Affan menjinjing beg baju baby yang baru di beli dengan ke dua belah tangannya . Ardeela memegang lengan sado affan . Perutnya yang membesar melambatkan lagi pergerakannya .
"Sayang ada nak beli apa-apa lagi ?" Tanya affan . Wajah cantik isterinya di tatap lama . Ardeela mengherot bibir seksinya ke kiri dan ke kanan , memikirkan sesuatu .
"Ha , abang ardel nak makan apam balik manis boleh ?" Kata ardeela dengan mengelipkan mata berkali-kali . Sejak dia mengandung suaminya sering menghalang dia makan makanan manis .
Katanya tak elok untuk baby la , itu la , ini la . Terus kerut dahi affan , laju kepalanya menggeleng . Ardeela yang melihat gelengan suaminya terus mata berair .
Kelam kabut affan melihat mata isterinya yang mula bertakung air mata .
"Abang jahat !!! Abang dah tak sayang ardel lagi dah" teriak ardeela kuat di dalam mall itu . Semua mata tertumpu pada mereka berdua . Affan terus melepaskan semua barang shopping . Dia memujuk isterinya .
"Mana ada , hey tak baik la cakap macam tu . Sayang dah la , orang tengok malu tahu tak" pujuk affan lembut , dia mengusap air mata isterinya .
"Tak ! Abang tak sayang dekat ardel dah . Ardel benci abang !!!" Makin kuat teriak ardeela . Affan mengeluh kecil .
"Okay fine ! Kita pergi cari apam balik manis untuk sayang okay . Dah jangan nangis" kata affan pasrah . Terus berhenti tangisan ardeela . Terpancar kegembiraan di wajah ardeela .
"Betul ?" Tanya ardeela untuk kepastian . Affan mengangguk kepala dengan terpaksa . Ardeela terus tersenyum lebar . Tergeleng-geleng kepala affan melihat perubahan isterinya .
Dia menunduk sedikit badannya meminta maaf kepada orang yang melihat drama tak laku mereka berdua . Dia mengutip kembali barang-barang shopping dan mengejar langkah isterinya .
"Sayang ni , jangan buat perangai lagi tau . Malu orang tengok" kata affan sebaik saja mereka berdua duduk di kerusi kosong . Ardeela menayang sengihan lebar .
Affan yang geram dengan kecomelan isterinya terus mencubit lembut pipi ardeela .
"Sayang tunggu sini , abang pergi beli kan apam balik untuk sayang okay" kata affan sambil mengelus rambut isterinya . Ardeela mengangguk kepala berkali-kali .
Affan meninggalkan ardeela berseorang di kerusi itu . Kakinya cepat-cepat mencari kedai yang menjual apam balik manis . Tak dapat karang mengamuk pula isterinya nanti .
Ardeela mengeluarkan telefon untuk menghilang rasa bosan sementara menunggu suaminya . Pelbagai aplikasi di buka di dalam telefonnya .
"Ardeela medina ?" Ardeela mengangkat kepala saat mendengar namanya di panggil . Riak wajahnya berubah .
"Kevin" panggil ardeela perlahan . Terus lebar senyuman Kevin bila berjumpa dengan buah hatinya . Dia terus mengambil tempat di sebelah ardeela . Namun saat matanya turun di perut ardeela yang membulat , senyuman terus mati .
Dia lupa yang gadis pujaan hatinya sudah berkahwin .
"How are you ?" Tanya kevin perlahan . Ardeela mengangguk kepala sambil mengusap perutnya .
"I'm fine" balas ardeela lembut . Kevin cuma tersenyum tawar .
"Berapa bulan ?" Tanya kevin sambil menatap lama perut ardeela .
Ardeela menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab soalan kevin .
"Alhamdulillah dah nak masuk 6 bulan ." Balas ardeela dengan senyuman kekok . Kevin mengosok belakang tengkuknya .

KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Action[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...