[BOOK 1]
[This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story]
Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...
Citra membuka matanya perlahan , kepalanya terasa sangat sakit . Darah kering masih mengalir di pipinya , dia cuba meronta-meronta melepaskan ikatan di badannya , sedar saja dari pengsan dia sudah berada di tempat yang gelap .
Dia cuma ingat yang dia keluar dari rumah pergi ke pintu pagar rumah affan masa majlis pertunang mereka di langsungkan kerana dia dapat panggilan dari orang yang dia tak kenal .
Kepalanya dipukul kuat dari belakang sehingga dia tak sedarkan diri .
"Lepaskan aku la !" Jerit citra kuat . Dia masih meronta kuat tapi sayang ikatan di badannya sangat kuat .
"Tolong !" Jeritnya sekali lagi . Sial la siapa pula yang culiknya kalini , citra memandang sekeliling bilik gelap itu . Kosong , hanya dia seorang yang terikat di kerusi .
"Ish , ingatkan dah keluar dari rumah neraka tu tenang la sikit hidup aku . Rupanya tak " bebel citra seorang diri . Dia buntu macam nak selamatkan dirinya dan dia sangat yakin orang yang di rumah sana pasti tak perasan kehilangannya .
Sedangkan di rumah affan sudah huru-hara dengan kehilangan citra . Lagi-lagi afzan , dia sudah seperti orang mati bini . Matanya tajam memandang laptop yang memain video rakaman cctv , afzan mengengam tangannya bila melihat citra di pukul kuat di bahagian kepala
Shit ! Dia takkan lepaskan orang yang sudah cederakan bakal isterinya .
Ardeela , lestari dan may berusaha menenangkan puan malika yang dari tadi tak berhenti menangis . Mereka bertiga juga risau dengan keselamatan citra , hati mereka juga terbakar melihat sahabat baiknya cedera .
Affan dan izham diam memerhati harriz yang fokus mencari location citra . Nasib la di baju citra mereka selitkan gps kecil di batu berlian , setiap baju tunang mereka ada satu gps kecil . Afzan dapat rasakan musuhnya pasti akan membuat onar di majlis pertunang mereka dan tekaannya tepat .
"Muqris ! Aku dah jumpa location citra" afzan bangun dari duduknya berjalan menghampiri Harriz , mukanya hanya dingin . Dia melihat tanda merah mengelip di laptop milik harriz , bibirnya terukir senyuman sinis .
Afzan merengangkan otot-ototnya , "argh , akhirnya aku keluar juga" ujarnya sinis . sekarang yang kuasai dirinya bukan lagi afzan tapi raden , sisi gelap dalam diri afzan . Matanya berubah menjadi biru gelap , affan dan yang lain perasan perubahan afzan hanya mampu mendiamkan diri .
Kalau raden sudah menguasai tubuh badan afzan jangan harap mereka dapat hentikan kekejam lelaki itu .
"Korang tunggu apa lagi ? Nak tunggu perempuan tu mampus baru nak gerak ?" Itu la raden , tak pernah nak hormat orang . Mulutnya setanding dengan perangai , kejam .
"Jom la , ardel tunggu sini jaga mama" arah affan lembut , ardeela mengangguk kepala mendengar arahan bakal suaminya . Raden mencebik bibir melihat affan bersweet-sweet di depannya .
"Kau kalau nak sweet- sweet kat sini baik tak payah ikut . Nak muntah aku tengok" ujar raden selamba , anak jarinya mengorek lubang hidung yang terasa gatal .
"Kau diam la , nanti kau kahwin hari-hari kau hadap bende sama" balas affan , tangannya lincah mengambil pistol dan masukkan dalam hoodienya . Lepas kehilangan citra mereka semua tukar baju biasa .
"Memang mampus afzan aku buat"
"Dah bodoh , asyik gaduh je berdarah telinga aku dengar korang berdua memekak" marah izham dari tadi dia tahan je bila affan dan raden tak berhenti bergaduh .
Elok-elok peluru dia nak terbenam kat kepala musuh jadi terbenam kat kepala dua beradik ni pula nanti .
"Chill la perempuan tu tak mati lagi" makin geram izham dengan raden yang selamba tu . Harriz menenangkan adik sepupunya dia pun geram juga dengan raden tapi sekarang ni keselamatan citra lagi penting .
"Tadi kau juga beria-ria suruh cepat , sekarang tetiba kau pula yang lambat" ujar izham geram . Raden hanya membuat muka tak bersalah , yang kene culik tu bakal isteri afzan bukan dia . Eh bukan kalau perempuan tu kahwin dengan afzan , citra tu akan jadi isteri dia juga ke ? Ye la dia kan dalam badan afzan , cuma watak je berbeza .
"Oh ye eh ? Jom la" dengan lengang lengok raden berjalan ke pintu rumah . Affan dan yang lain mengikut langkah raden dari belakang , kalau raden sudah keluar dia la yang akan mengantikan tempat affan sebagai ketua .
"Eh kejap !" Affan , izham dan harriz tak sempat menghentikan langkah terus merempuh kuat tubuh raden yang tetiba saja berhenti mengejut .
"Kau kenapa setan , lain kali nak berhenti bagi signal bodoh !" Geram betul izham dengan perangai tak senonoh raden . Kenapa la mamat ni muncul ! Kenapa mesti watak sial yang afzan ciptakan .
"Sebelum nak berperang kita kene mintak restu dulu , nanti kalau mati tak ada la berdosa sangat" raden jalan menghampiri puan malika yang tersedu-sedu di sofa . Dia meraih tangan puan malika , bibirnya mencium lembut tangan tua milik puan malika .
Affan dan yang lain terdiam sekejap , sentap woi . Raden ni sejak dah lama tak keluar terus jadi alim eh .
"Raden janji , raden bawa menantu mama balik dengan selamat" puan malika mengangguk , tangannya mengusap lembut pipi anak lelaki bongsunya . Dia faham dengan keadaan afzan , dia tak kesah kalau raden mengambil alih tubuh anak bongsunya .
"Kamu semua hati-hati" raden dan yang lain mengangguk kepala . Mereka juga mengikut mencium tangan puan malika , first time keluar membunuh mintak restu dekat mak .
"Let's go bebeh !" Ujar raden gembira . Kereta sport mereka laju bergerak ke tempat perculikan citra . 'wait for me baby ' ujar afzan gembira .
Ardeela , lestari dan may masih lagi blur dengan perubahan afzan . Raden ? Siapa pula lelaki tu ? Kenapa perangai dia lain dengan afzan , watak raden lebih aktif dari afzan .
Puan malika mengesat sisa air matanya , dia melihat muka bakal-bakal menantunya yang kelihatan sangat blur .
"Yang tadi tu bukan afzan tapi raden sisi gelap afzan" belum sempat mereka hendak menanya lebih lagi puan malika terlebih awal membuka mulut menerang kepada mereka .
"Sisi gelap ?" Puan malika mengangguk kepala , senyuman sayu terukir di bibir puan malika .
"Maksud mama afzan ada penyakit split ?" Soal ardeela , sekali lagi puan malika mengangguk kepala . Dia tahu serba sedikit tentang penyakit split ni , di kolej dulu dia pernah ambil bidang psikologi .
"Dah lama ke afzan ada penyakit split ni mama ?" Soal may pula , tubuh fairah yang tertidur di atas ribanya di betulkan sedikit . Budak kecil ni asyik nak tidur je kerja pantang ada peluang .
"Dah lama , dulu kerap juga raden muncul tapi lepas afzan cuba kawal raden jadi jarang nak tengok raden muncul , dan lepas je citra masuk dalam keluarga mama raden tu ibarat dah tak wujud dalam badan afzan" terang puan malika , ardeela dan yang lain mengangguk kepala . Mereka tak mahu menanya lebih lagi , cukup la sekadar tahu kewujudan raden dalam tubuh afzan .
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
...
Arghhhhh kenapa rasa macam makin merepek eh ? 😭
Disebabkan hari sabtu tak sempat update chapter baru so harini saya update 2 chapter . Ingatkan nak buat 4 chapter tapi otak saya tak memberikerjasama 😭🙏
So tunggu la hari jumaat sabtu dan ahad minggu depan .
Thank you kepada semua yang support cerita Ardeela , saya hargai sangat-sangat .