"Abang" affan mencelik mata bila dia terasa badan dia di goncang sedikit . Dia mengosok matanya untuk menghilangkan kabur .
"Argh , hantu !" affan terjerit kecil bila matanya menangkap satu lembaga yang berpakaian telekung putih . Dia mengelip-gelip mata agar penglihatannya semakin jelas , wajah masam isterinya memenuhi retina mata affan .
"Bangun solat subuh la , abang ni boleh pula panggil ardel hantu" ardeela memuncung bibirnya kedepan , dia menjeling tajam muka mamai suaminya . Affan cuma menayang sengihan tak bersalah , dia cuba meraih tangan ardeela namun isterinya laju melarikan tangan dari di sentuh affan .
"apa pegang-pegang orang dah ada wuduk tau , pergi mandi pastu ambil wuduk kejap lagi nak subuh" ardeela terus mengambil dua sejadah lalu di bentangkan mengikut kiblat . Affan juga turun dari katil dan menuju ke bilik air , mulut yang ternganga luas ditutup sekejap dengan tapak tangannya . Rasa mengantuk masih terasa dalam dirinya
ardeela hanya mampu menggeleng kepala melihat perangai suaminya , sementara menunggu affan , ardeela mengambil telefonnya di meja kecil bersebelahan katil mereka . Pelbagai aplikasi dia buka untuk menghilangkan rasa bosan menunggu suaminya
"deela..." jari ardeela yang menari-nari di screen telefonnya berhenti serta-merta bila mendengar suara halus yang memanggil dirinya . Matanya meliar keseluruh bilik , hatinya mula rasa tak sedap hati tapi dia abaikan saja . Mungkin dia salah dengar , ardeela kembali bermain dengan telefonnya . Rasa takut yang menerpa dirinya di buang jauh-jauh
"deela !" kini suaranya yang memanggilnya menjadi keras sampaikan ardeela tercampak telefonnya ke lantai . sekali lagi matanya meliar mencari suara itu namun hampa , jantungnya mula berdegup laju .
"nina ? kau ke tu ? jangan main-main boleh tak ?" ardeela sangkakan nina cuma mahu bermain dengannya setelah dia kahwin dengan affan , nina jarang sekali muncul dihadapannya . sudah lama dia tunggu kedatangan hantu pendek itu tapi nina langsung tak munculkan dirinya .
ardeela menghela nafas kasar , dia bangun dari katil untuk mengambil telefonnya yang sudah bercium dengan lantai . saat dia membongkok badannya , ardeela perasan sepasang kaki lelaki yang pucat berdiri di hadapannya . perlahan-lahan dia membangunkan badannya , nafasnya sudah tidak teratur , matanya tak lepas memandang kaki pucat itu sehingga ke atas . Terbuntang mata ardeela bila melihat keseluruhan wajah lelaki di depannya
sebiji mata lelaki itu terjuntai keluar , di kepala lelaki itu terdapat satu kapak yang terpacak tinggi . darah juga tak berhenti mengalir di kepala lelaki itu , tajam saja pandangan lelaki itu memandang ardeela .
"kenapa kau pilih jantan sial tu jadi suami kau !" kasar suara lelaki itu menerpa gegendang telinga ardeela .
ardeela menggeleng kepalanya , sebelah tangannya naik untuk menutup mulutnya . Matanya mula berair , dia ingatkan lepas kahwin dengan affan dia takkan nampak bende ni lagi . "pergi ! jangan kacau aku !" jerit ardeela kuat .
"aku takkan biarkan dia bahagia , hidup dia akan hancur macam mana dia hancurkan hidup aku" hantu lelaki itu mula langkah bergerak ke arah ardeela . Ardeela kebelakang satu-persatu bila hantu itu mendekatinya , "jangan kacau aku !" ardeela menepis-nepis identiti di hadapannya , dia memejam kuat mata dari melihat wajah menyeramkan hantu itu . Dalam hatinya sudah berdoa agar affan cepat-cepat keluar dari bilik air .
"sayang , hey sayang !" affan memegang kedua tangan isterinya yang dari menepis sesuatu , keluar saja dari bilik air , dia sudah melihat isterinya menepis-nepis udara sambil menjerit . Ardeela tersentak sekejap , dia terus memeluk ketat tubuh affan . Ardeela mula menghamburkan tangisannya di dalam pelukan suaminya , affan menjadi bingung dengan perangai isterinya namun dia hiraukan . Belakang ardeela di usap perlahan untuk menenangkan isterinya
"abang takut" ujarnya dengan teresak-esak , affan mengetatkan lagi pelukan di tubuh ardeela supaya menghilangkan ketakutan dalam isterinya .
"takut apa sayang ? cuba cakap dengan abang" ujar affan lembut , dia mengosok kepala isterinya yang terlapik dengan telekung . Ardeela cuma diam , dia hanya menangis dalam pelukan suaminya . Ardeela tak tahu sama ada affan akan percayakan dirinya atau tidak
"dah dah jangan nangis , jom kita pergi ambil wuduk balik" ujar affan sambil menepuk-nepuk perlahan belakang isterinya . Ardeela laju melepaskan pelukan di tubuh affan lepas tangisannya mula reda , badan suaminya yang hanya memakai towel di pandang sekejap , ya Allah tak pakai baju rupanya suami aku ni .
"kenapa tak nak tengok ke badan abang yang seksi ni ?" affan mula mengusik isterinya , ardeela memejam matanya , pipinya mula merona merah . Bibir affan terus melepaskan ketawa kecil melihat muka malu isterinya , tanpa membuang waktu affan menarik tangan isterinya untuk menuju ke tandas . telekung yang masih tersarung di badan ardeela dibuka perlahan dan di letakkan di sebelah rak kecil tepi bilik air .
"Alang-alang dah batal wuduk , apa kata sayang teman abang sambung mandi balik" laju tangan ardeela menampar lengan sado suaminya , "banyak cantik muka abang , nanti kita terlepas subuh pulak" affan memuncungkan bibirnya sambil tangannya mengosok-gosok tempat yang baru saja ardeela tampar
"ala , nak gurau sikit pun tak boleh" ujar affan dengan suara dibuat-buat merajuk , ardeela mengecilkan matanya memandang wajah merajuk suaminya . "dah tak payah nak merajuk eh , kita ambil wuduk lepastu awak pakai baju then kita solat" ardeela mengsengsengkan baju lengan t-shirtnya hingga ke siku . Kepala paip dibuka perlahan , saat tangannya mahu menadah air affan laju menyelitkan menadah tangannya .
"abang , pergi la ambil kat tempat lain" ardeela menolak tangan affan supaya jauh darinya . Affan mencebik mulutnya
"tak nak , abang nak kongsi jugak paip dengan sayang" affan kembali menadah tangannya , ardeela cuma mampu menggeleng kepala . keras kepala betul , kalau hantuk dekat dinding silap-silap dinding yang pecah .
"sayang"
"hm" guman ardeela sambil menyapu air di seluruh wajahnya .
"apa beza sayang dengan kepala paip ?" tanya affan sambil memandang isterinya tekun mengambil wuduk , ardeela mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu .
"kalau kepala paip tempat ambil wuduk tapi kalau sayang tempat abang batalkan air wuduk" ujar affan dengan tersenyum bangga , ardeela sedaya upaya menahan bibirnya dari tersenyum mendengar ayat pickupline suaminya , time nak ambil wuduk la suaminya mahu bersweet-sweet . Selesai dia mengambil wuduk ardeela terus melangkah keluar dari bilik air , sampai di pintu bilik air ardeela memusing badannya menghadap affan yang masih lagi berdiri di kepala paip
"tak payah nak batal wuduk sangat la , sebelum kita masuk neraka sebab melambatkan solat baik awak ambil wuduk cepat" affan memegang dadanya , sentap mat dengar perlian isteri sendiri . Laju affan mengambil wuduk dan memakai baju , mereka terus melaksanakan solat subuh .
Ardeela bersyukur dikurniakan suami seperti affan , bacaan ayat al-quran semasa solat subuh tadi sangat merdu di telinganya . Apa ingat mafia tak solat ke ? .

KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Action[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...