[BOOK 1]
[This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story]
Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...
Eryna menghampiri ardeela yang duduk keseorang di meja makan di dapur , senyuman sinis terukir di bibirnya . Ni saat dia untuk jauhkan affan dari ardeela
"Hai you ardeela right ?" Sapa eryna , ardeela mengangguk kepala mulutnya terasa berat mahu berborak dengan orang yang dia tak kenal . Mukanya hanya dingin dan tak minat untuk melayan eryna ketika ini .
"I eryna" eryna menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan ardeela tapi sayang ardeela hanya memandang sepi huluran eryna .
Eryna menarik balik tangannya , panas hatinya bila ardeela seperti tak mahu melayannya .
"I sepupu abang rey" sambungnya lagi .
"Abang Rey ?" Ardeela mula mengeluarkan suara . Dahinya mengerut sedikit apabila eryna menyebut nama rey , anak siapa pula si rey tu ?
"You tak tahu ke yang semua family bakal suami you panggil dia rey ?" Ardeela cuma mengangkat bahunya , bibir eryna terus tersenyum sinis .
"Setahu i cuma orang yang dia sayang je boleh panggil nama dia rey . Pelik pula i bila abang rey tak suruh you panggil dia rey , hm kenapa eh ?" Ujar eryna yang cuba memanaskan hati ardeela . Ardeela terdiam mendengar ayat eryna , dia kesah apa kalau affan tak suruh dia panggil nama rey . Dia memandang eryna dari atas hingga ke bawah , jadi ni la eryna yang ermina katakan tempoh hari ?
Dia nak panaskan hati kita la tu , tak apa jom kita panaskan hati dia balik
"Oh sebab dia suruh i panggil dia dengan panggilan manja , ye la i kan bakal isteri dia takkan la nak panggil dia abang rey hm macam tak sesuai je" ujar ardeela gedik . Berubah muka eryna mendengar suara gedik ardeela , tak guna !
"Yakin ke you tu jadi isteri abang rey nanti ?" Soal eryna sinis
"Mesti la jadi lagipun lagi seminggu kitaorang nak kahwin" ujar ardeela sambil tersenyum lebar .
"Lagi seminggu ?" Bulat mata eryna memandang muka bangga ardeela , kenapa dia tak tahu yang mereka akan kahwin lagi seminggu !
"Yeah you tak tahu ke ? Kata orang paling 'abang rey' sayang tapi tak kan tak tahu yang dia nak kahwin lagi seminggu" perli ardeela sinis , dia menekan suara saat menyebut abang rey . Bibirnya terukir senyum sinis bila dapat mengenakan eryna
"Okay la i nak jumpa bakal suami i yang tercinta , jangan lupa datang tau ahad depan" bisik ardeela di telinga eryna .
Eryna mengengam kuat tangannya , tak guna ! dia nak sakitkan hati ardeela tapi sekali hati dia yang sakit . Dia menepuk meja makan kuat
Ermina yang baru masuk ke dapur terkejut melihat eryna tiba-tiba menepuk meja , dia menghampiri kakaknya . "Kau dah kenapa kak ? Dok tepuk-tepuk meja mak long ?" Soal ermina pelik . Eryna memandang tajam wajah adiknya
"Kau jangan nak sibuk boleh tak ! Kau dengan yang lain sama je !" Jerkah eryna kuat , makin terkejut ermina melihat kakaknya marah .
"Yang kau nak marah-marah ni kenapa ?" Nada ermina juga tinggi memarahi kakaknya , tak ada angin ribut tetiba nak marah orang tanpa sebab
"Kau diam !" Eryna menunding jari di depan muka adiknya , ermina menepis kuat jari kakaknya .
"Kau tu yang diam ! Nak marah-marah aku tu dah kenapa ? Jaga sikit perangai kau tu kat rumah maklong ni . Jangan nak tunjuk perangai busuk kau kat sini malu kat orang !" Marah ermina , eryna mengangkat tinggi tangannya untuk menampar pipi adiknya
"Eryna !" Jeritan puan marlinda menghentikan tindakkan eryna untuk menampar pipi ermina . Dia merengus geram bila muka mamanya sudah kemerahan menahan marah
"Kamu berdua ni tak malu ke bergaduh kat rumah maklong ? Eh penat la mama dengan kamu berdua ni ! Kamu tu eryna tak habis-habis nak malukan mama , cukup sekali kamu malukan mama jangan nak tambah lagi malu mama . Ada anak pun tak guna !" Bebel puan marlinda , ermina menunduk kepala mendengar bebelan puan marlinda , eryna pula memandang muka puan marlinda tajam .
"Argh ! Semua orang sama je la !" Jeritnya , eryna terus meninggalkan rumah besar affan . Dia perlu tenangkan dirinya sekarang
"Eryna ! Mama belum habis cakap lagi !" Puan marlinda cuba mengejar langkah eryna tapi ermina cepat-cepat menghalang mamanya . " Biar je dia tu mama , kerja nak malukan orang je" ermina memandang permergian kakaknya dengan pandangan sinis . Menyampah la ada kakak yang 24 jam asyik nak marah je .
"Kamu tu kenapa gaduh dengan kakak kamu ?" Laju tangan puan marlinda memulas telinga anak bongsunya . Dia tak puas lagi nak membebel ni
"Aduh , ma sakit la . Kakak yang mulakan dulu , tetiba nak tengking-tengking mina . Mama tahukan anak kesayanganya mama ni mana boleh orang tengking" ujar ermina membela dirinya yang tak bersalah . Tangannya mengosok telinga yang sudah merah di pulas puan marlinda
"Dah tahu kakak kamu tu jenis cepat marah kamu tu tak payah la nak balas balik" ujar puan marlinda geram . Kenapa la dia ada anak perempuan yang kuat bergaduh , sehari kalau tak gaduh tak boleh gamaknya
"Eleh macam dia seorang je boleh marah , mama mina tak kan balas kalau dia tak marah mina tanpa sebab" puan marlinda menggeleng kepala melihat karenah anak bongsunya yang tak mahu kalah .
Pening !
Eryna memandu keretanya laju pergi ke tempat yang selalu dia tenangkan diri ,
'kalau aku tak dapat abang rey , orang lain pun tak kan dapat abang rey !' bisik hatinya . Semakin lama dendamnya pada ardeela makin kuat , bertahun-tahun dia kejar affan tapi ardeela juga yang dapat hati affan .
Dia menghentikan kereta di bukit luas yang jauh dari bandar , eryna meletakkan kepalanya di stereng kereta sekejap . Kepalanya terasa berat memikirkan masalah yang datang menghampirinya
Tanpa dia sedar airmatanya mengalir deras di pipi mulusnya , dia menangis teresak-esak keseorang dalam kereta . Sesekejap tangannya menghentak kuat stereng kereta banyak kali . Dia tak menghiraukan tangannya yang terasa sakit menghentak stereng kereta
"Argh !!" Jerit eryna kuat , dia bencikan semua orang . Dari dulu orang sekelilingnya sering mencari kesalahan , dia hanya perlukan kasih sayang . Dia juga nak rasa di sayangi dan dicintai oleh orang yang dia cinta tapi kenapa dia tak pernah dapat rasa perasaan itu !
Kasih sayang mama papanya juga berubah bila adiknya di lahirkan di dunia ini . Abangnya pula sudah berkahwin dan terlalu fokus pada perkahwinan tanpa menanyakan tentang dirinya . Sama ada dia sihat atau sakit , dari dulu dia tanggung rasa sakit keseorang .
Hanya affan seorang saja yang selalu beri perhatian padanya , di sebabkan itu dia mula cintakan affan . Dia mahu affan jadi miliknya seorang , dia tak nak orang lain rampas affan darinya . Banyak kali dia nyatakan cinta pada affan tapi lelaki itu cuma anggap dia seperti adik perempuannya sendiri .
Sakit !
Tiada seorang lelaki yang tulus sayangkan dia seperti mana affan sayangkan dia . Eryan sanggup butakan mata demi mengejar cinta yang terang-terang bukan miliknya .
Eryna dahlia leora hanya mahukan tuan affan muqrey dalam hidupnya .
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.