57 🦋

3.7K 322 56
                                    

Tuah dahlan masuk dalam rumah dengan keletihan , tali leher di longgarkan untuk menghilangkan rasa rimas . Dia merehatkan badan di sofa sebelum naik ke bilik

Tuah dahlan mengeluh perlahan , dia memandang sekeliling rumah miliknya dan juga arwah ardell . Segala kenangan dia bersama isterinya mula berlayar di fikiran .

Tuah dahlan tak pernah berhenti mencintai ardell . Wanita keturunan itali itu sentiasa menjadi cinta pertamanya . Dia mengahwini laura hanya untuk menjaga makan minumnya saja

Cinta ?

Tak , tuan dahlan tak pernah cintakan wanita yang bergelar isterinya selepas arwah ardell . Dia cuba untuk menumpukan rasa cinta pada laura tapi tak boleh , cintanya terlalu kuat pada arwah isterinya ardell .

Tuan dahlan bangun dari sofa menuju ke rak almari berdekatan yang berisi gambar keluarga . Almari itu khas untuk arwah isterinya , tiada siapa boleh sentuh melainkan dirinya dan juga anak-anaknya .

Bahkan laura juga tak dibenarkan usik almari ini . Tuan dahlan mengambil satu frame yang berisi gambar ardell dan anak bongsunya ardeela .

Rindu . Sangat rindu pada si pemilik hatinya . Rindu yang tak terkata , hanya mampu di ucap tapi tak mampu di sampaikan pada dia . Tuah dahlan hanya mampu memendamkan segala rindu pada ardell dalam hati .

'sayang , abang rindu sangat dengan sayang' kata-kata itu terluah dalam hati tuan dahlan . Rindu pada arwah ardell semakin mendalam . Dia memeluk frame gambar itu dengan erat , umpama memeluk tubuh isterinya yang dah tiada .

Sakit sangat merindukan seseorang yang takkan kembali sampai bila-bila .

Puan laura menyembunyikan badan di sebalik dinding , dia turun ke bawah untuk menyambut kepulangan suaminya tapi turun-turun saja , dia melihat tuah dahlan sedang melepaskan rindu pada arwah madunya .

Puan laura mengengam kuat kedua tangannya , dia menghembus nafas kasar . Riak wajahnya berubah  ketat , dengan perasaan sakit hati puan laura terus naik ke atas  masuk ke bilik . 

"Dah mati pun menyusahkan aku lagi , ingatkan dah mampus . Suami aku takkan teringat dekat kau lagi" rungut puan laura sebelum melabuhkan pungungnya di atas katil empuk . tangannya di silang ke dada begitu juga dengan kaki kanan di silang di atas kaki kiri .

hatinya ? jangan cakap la , dia betul-betul sakit hati sekarang ni .Sepatutnya tuan dahlan balik ke rumah saja terus cari dirinya tapi madu dia yang dah mampus juga suaminya cari dahulu .

"you dah kenapa masam je muka" tegur tuan dahlan dengan nada dingin . Puan laura menghiraukan suaminya , dia hanya mendiamkan diri . Tuan dahlan cuma menggeleng kepala , dia terus mengambil tuala dan terus masuk ke dalam bilik air 

Puan laura tercengang , dia ingatkan tuan dahlan akan datang kepadanya dan memujuk dia tapi suaminya terus masuk tanpa menghiraukan dirinya yang tengah sakit hati .

sepanjang perkahwinan dia dengan tuan dahlan , dia banyak makan hati dengan perangai dingin suaminya dan juga ardeela . Orang lain akan melihat dia seperti bahagia dengan tuan dahlan tapi hakikatnya tak . Puan laura tak pernah rasa kebahagian itu , dia rasa dirinya seperti dipergunakan untuk menjaga makan minum suami dan anak-anak tirinya saja .

Puan laura berhenti termenung bila suaminya keluar dari bilik air lengkap dengan berpakaian tidur . Tuan dahlan menhampiri isterinya di katil , puan laura sangkakan tuan dahlan akan memujuk dirinya tapi dia silap . Tuan dahlan hanya mengambil bantal dan berjalan keluar dari bilik .

"You nak pergi mana ? " soal puan laura , kaki tuan dahlan berhenti di depan pintu bilik . dia merengus nafas kasar tapi perlahan .

"I nak tidur bilik isteri i" jawab tuan dahlan . Puan laura terus bangun dari duduknya .

"Habis i bukan isteri you ke dahlan ?" soal puan laura dengan geram . Tuan dahlan mengurut pelipis matanya , dia tak ada masa mahu bergaduh dengan isterinya sekarang ni 

"I tanya you ni dahlan kenapa you diam !" kata puan laura , nadanya naik senoktah .

"Yes you're my wife but you have to remember laura , i kahwin dengan you bukan sebab cinta . Tu pun you yang merayu dekat i supaya kahwin dengan youkan . This is your choice so tanggung je la kalau you rasa tak bahagia" kata tuan dahlan selamba .

Puan laura terkaku mendengar ayat selamba suaminya . Hatinya bagai di tusuk duri yang sangat tajam .

"tak boleh ke you bukak hati you dekat i dahlan ? dah 9 tahun kita kahwin takkan tak ada sedikit rasa cinta pada i ?" soal puan laura dengan nada luluh , dia menahan airmata dari mengalir  

"i'm sorry laura , i dah cuba bukak hati i untuk terima you tapi i tak boleh . Cinta i hanya untuk ardell catrine bukn untuk siti laura" kata tuan dahlan perlahan .

"kenapa you tak ceraikan i je dahlan ? kenapa you seksa i macam ni ?" soal puan laura sekali lagi .

"Habis siapa yang nak jaga makan minum and pakaian i dengan anak-anak i ?"

"i'm not your maid dahlan ! i'm your wife !" jerit puan laura kuat . Mujur hanya tinggal mereka berdua saja dalam rumah kalau tak habis kecoh .

"I penat dengan layanan you dekat i , i pun nak rasa bahagia dahlan . Tolong la bahagiakan i" ujar puan laura sambil menghampiri suaminya di depan pintu . Dia meraih lembut kedua tangan tuan dahlan .

"please dahlan" rayu puan laura , airmata yang dari tadi ditahan akhirnya gugur mengalir deras 

Tuan dahlan hanya memandang airmata isterinya dengan tatapan kosong . Hatinya tak terjentik rasa kesian pada puan laura 

"No , i tak boleh . I cuma boleh bahagiakan ardell seorang je" kata tuan dahlan

"Ardell , ardell , ardell . Tak habis-habis dengan perempuan tu , you sedar tak dahlan perempuan tu dah mati ! MATI !" bentak puan laura di hadapan suaminya

pang !

Puan laura terkejut bila tuan dahlan menampar pipinya . Sepanjang 9 tahun mereka berkahwin tak pernah sekalipun tuan dahlan menampar dirinya . Ini kali pertama dia di tampar oleh suaminya

"Ye memang dia dah tak ada tapi dia tak pernah mati dalam hati aku ! sampai bila-bila dia tetap isteri aku , satu-satunya isteri aku !" marah tuan dahlan , dadanya berombak kuat menahan marah

tuan dahlan mencengkam kuat pipi isterinya

"kau tu hanya orang luar yang tak layak masuk dalam keluarga aku . Bagi aku kau hanya sampah yang menjijikkan" seusai kata begitu tuan dahlan terus keluar dari bilik meninggalkan puan laura sendirian .

zap !

kata-kata tuan dahlan menusuk tajam hatinya . Puan laura terduduk di depan pintu , kata-kata suaminya tadi berputar di fikirannya .

Dia mengengam kuat tapak tangannya . 

'kau dengan perempuan sial tu sama je , aku takkan biarkan kau dengan keturunan kau bahagia' bisik hatinya . Puan laura bangun dari duduknya , dia mengelap airmata palsunya dengan kasar .

kakinya menuju ke arah katil , puan laura mengambil telefon bimbit milikya di atas katil . Dia terus mendail nombor seseorang 

"Hello"

...

"Mulakan plan kau sekarang"

...

"Apa susah sangat kau mengandung je la lepastu kau gugurkan budak tu tapi pastikan nampak perempuan tu yang salah"

...

"Good dah mama letak dulu bye"

...

puan laura mencampakkan telefon bimbitnya atas katil , dia membaringkan badannya sambil tersenyum sinis . Otaknya ligat memikirkan plan untuk hancurkan keluarga suaminya

"kalau aku dengan anak aku tak bahagia kau pun takkan bahagia tuan dahlan" kata puan laura seorang diri sebelum ketawa sinisnya bergema dalam bilik .





01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang