[BOOK 1]
[This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story]
Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...
Kevin menghempas badannya di atas katil empuknya . dia meraup muka kasar , dalam otaknya tak berhenti memikirkan kejadian di kedai bunga milik buah hatinya . hatinya cemburu melihat kemesraan ardeela dengan lelaki yang dia tak kenal di kedai bunga tadi .
Kevin termenung lama , dia kah yang terlambat menyata cintanya pada ardeela ?
felicia yang lalu di bilik kevin menghentikan kakinya saat melihat tubuh sahabatnya yang terbaring terlentang di atas katil . macam biasa tanpa mengetuk pintu felicia selamba masuk bilik kevin , dia berjalan menghampiri kevin yang tak berhenti termenung kipas syiling .
kepalanya juga mengikut memandang kipas syiling , apa yang dipandang kevin pun dia tak tau . mungkin kevin sedang memikir mahu tukar kipas baru agaknya .
"woi" sapaan kasar felicia menyentak kevin yang seronok termenung , anak mata hijau kevin mengalih memandang wajah bersih felicia yang sudah baring di sebelahnya . sejak bila perempuan ni masuk dalam biliknya pun dia tak tahu .
"kau ni suka betul masuk bilik aku tanpa izinkan" ujar kevin malas , dia membalikkan badannya membelakangi felicia , dia tak ada mood mahu melayan perangai tak senonoh felicia . "pernah ke aku masuk bilik kau minta izin ? tak pernahkan , macam la tak biasa kau ni . kau kene ingat bilik kau bilik aku juga" ujar felicia selamba
dia menelentangkan badannya , kepalanya menoleh memandang belakang badan kevin . "kau okay tak jihan ?" soal felicia , sejak kevin balik perangai lelaki itu lain . Kevin diam tak menjawab persoalan felicia .
felicia yang melihat kevin tak membalas soalannya terus bangun dari baringnya , laju kepalanya diletakkan di atas baru lelaki itu . "Jihan ? are you okay ? ada problem cerita la kat aku" ujarnya lembut . bahu kevin di usap perlahan , kepalanya masih lagi di bahu lelaki itu .
"okay" ujar Kevin sepatah
felicia tak puas hati mendengar jawapan kevin terus menarik tangan kevin supaya bangun menghadapnya . dengan terpaksa kevin bangun , muka malas terpampar di wajah hensemnya yang mampu mencairkan mana-mana perempuan termasuk la felicia .
pipi bersih kevin ditekup lembut , anak mata hazel cerahnya bertembung dengan anak mata hijau milik kevin lama . "jihan" panggil felicia lembut
"hm" sahut kevin perlahan
"kita dah kawan lama kan ? aku tahu kau tengah serabut . cuba cerita dekat aku apa problem kau ?"ujar felicia sambil mengelus pipi kevin lembut , kevin menikmati usapan lembut felicia . dia terus menjatuhkan kepalanya di bahu gadis itu .
"dalisha" panggilnya lembut
"hm" sahut felicia , tangannya tak berhenti mengusap kepala kevin di bahunya .
"aku lambat sangat ke ?" berkerut dahi felicia , lambat ?
"lambat apa ? lambat taubat ke jihan ? ya Allah Jihan kau dah nak mati ke ? kau nak tinggalkan aku sorang-sorang ke ? aku tak sedia lagi kau nak tinggalkan aku , hutang kau banyak dengan aku" kevin memutar mata ke atas , mula dah drama queen felicia ni .
pinggang ramping felicia di cubit perlahan . "adoi , sakit la" gadu felicia sambil menggosok pinggangnya .
"serious sikit boleh ?" kevin menjeling tajam muka felicia yang tersengih macam kerang busuk didepannya , kevin kembali meletakkan kepalanya di bahu felicia . kedua tangannya memeluk pinggang ramping felicia . dia selesa memeluk tubuh felicia dari perempuan lain , dia sendiri tak tahu kenapa .
"okay la , sorry . apa maksud kau lambat sangat tu ?" soal felicia dengan nada lembut
"tadi aku pergi kedai bunga deela" mendengar sebaris nama yang keluar dari mulut kevin menyentak felicia , dia termenung seketika . "lepastu ?" ujarnya perlahan .
"dia dah ada lelaki lain" felicia cuma diam , dia tahu hal itu . dia tahu siapa lelaki yang di maksudkan oleh kevin kerana waktu pertunangan ardeela dia menghadiri majlis itu . felicia sudah lama berkawan dengan ardeela cuma tak serapat dengan yang lain .
"aku lambat sangat ke nak cakap dekat dia yang aku ni cintakan dia sangat-sangat" hancur hati felicia mendengar luahan kevin . Ya Allah kau kuatkan la hatiku , berpuluh tahun mereka berkawan tak tipu la kalau felicia cakap dia tak jatuh cinta pada kevin . orang cakap lelaki dan perempuan tak boleh berkawan berdua nanti akan timbul perasaan cinta dan itu yang di rasakan oleh felicia saat ini .
'aku pun lambat juga jihan' bisiknya dalam hati .
"jihan kekadang kita kene ingat , tak semua yang kita impikan akan menjadi milik kita . mungkin dia bukan jodoh kau , Allah tu dah tetapkan masing-masing jodoh yang terbaik . melepaskan benda tu memang menyakitkan tapi mana tahu nanti akan ada yang lagi terbaik akan datang dalam hidup kau" ujar felicia panjang lebar dengan penuh maksud , kata-kata itu untuk dirinya juga
Kevin terdiam sejenak , otaknya mencerna ayat-ayat felicia satu persatu . kadang kala betul juga apa yang dikatakan felicia , akan tetapi hatinya sudah terlajur cinta pada ardeela saat pertama kali bertemu gadis itu . baginya tiada sesiapa yang mampu merampas ardeela darinya . gadis itu hanya miliknya
"tapi aku cintakan dia sangat-sangat dalisha , tak ada satu perempuan pun yang mampu buat aku jatuh cinta macam mana aku cintakan dia" felicia mengangguk kepala , dia berusaha menahan air matanya dari mengalir di hadapan kevin . felicia menarik nafas dalam
"jihan cinta perlukan pergorbanan , kalau kau cintakan dia kau kene biarkan dia bahagia dengen pilihan dia" ujar felicia sambil tersenyum terpaksa
'aku pun korbankan cinta aku dekat kau jihan' sambungnya dalam hati , bertapa hancurnya hatinya hanya Allah saja yang tahu .
"aku tak mampu"ujarnya sebak , pertama kalinya felicia melihat kevin jatuh seteruk ini . dia sedar bertapa kuatnya cinta kevin pada ardeela sehingga lelaki itu meneteskan air matanya
"kau tak cuba dah cakap tak mampu , ramai lagi perempuan yang terbaik untuk kau" felicia menepuk bahu kevin lembut "dah la aku ada kerja ni , jangan lupa makan aku dah masak untuk kau" sambungnya lagi . felicia terus meninggalkan kevin di bilik lelaki itu , laju kakinya melangkah masuk ke dalam biliknya yang bersebelahan dengan bilik kevin.
sebaik saja dia menutup pintu , air matanya merembes laju membasahi pipi licinnya . dia terduduk di belakang pintu , tangannya menekup mulut mengelakkan tangisannya di dengari kevin .
"sakit mama , hati dalisha sakit" gumannya perlahan . tangannya mengengam baju kuat , dia lemah saat ini . lemah kerana cintanya tak kesampaian.
melepaskan sesuatu yang belum tentu menjadi milik kita memang menyakitkan . kevin sakit kerana dia terlambat menyatakan cintanya pada ardeela tanpa dia sedar felicia juga sakit menahan cinta yang terlalu lama padanya .
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
...
Poor my baby felicia ;(
Sorry semua sebab mey lambat update hari ni hehe :v