52 🦋

3.8K 331 13
                                    

"sayang" affan mengejut isterinya yang nyenyak tidur di atas katil , rambut panjang yang menutupi muka ardeela di alih dengan lembut . Jarinya mula bermain di muka isterinya

Ardeela menepis jari affan yang bermain di mukanya , dia masih lagi mengantuk . Lepas saja solat subuh dia terus sambung tidur , kalau si nina dan firdaus tak kejut dia pukul 4 pagi mungkin mengantuknya dah hilang .

"Bangun la sayang dah pukul 10 ni" bisik affan di telinga ardeela , sekali-sekala dia meniup manja di telinga isterinya .

"Hm kejap lagi la abang , ardel mengantuk la"kata ardeela dengan nada mengantuk , dia membetulkan posisinya untuk sambung tidur .

"Sayang cakap nak balik kampung arwah mummy" ardeela terus membuka matanya dengan luas , macam mana dia boleh lupa tentang itu . Dengan laju dia membangunkan badannya , affan terkejut bila isterinya tetiba bangun mengejut .

"Kenapa tak cakap awal-awal , ardel tak packing baju lagi" marah ardeela . Tanpa menunggu suaminya dia terus turun dari katil dan melangkah ke bilik air .

Affan hanya terkaku di atas katil , dia mengaru kepalanya yang tak gatal . "Aku pula yang di salahkan ? Haish perempuan memang sentiasa betul" rungut dia perlahan .

"Ardel dengar apa yang abang cakap !" Jerit ardeela di dalam bilik air , sekali lagi affan terkejut . Ya Allah tajam betul telinga isteri dia .

"Sayang siap-siap la , biar abang yang packingkan baju" ujar affan dia depan pintu bilik air .

"Ha okay" balas ardeela .

Affan mengeluarkan Laggage bag dan pakaiannya dengan ardeela , dia melipat satu persatu baju dengan kemas . Dia sudah biasa packing baju sendiri

"Woi abang tak guna !" tanpa mengetuk pintu afzan terus menerjah bilik abangnya , dia melihat affan memasukkan baju dalam laggage bag . Dia mengaru kepala perlahan , kenapa halau kah abang dia ? 

"kau memang tak pandai bagi salam ke sebelum masuk bilik aku ?" Ujar affan dingin , tajam matanya memandang muka selamba afzan .

"Kau kan bapak segala setan , nanti aku bagi salam takut kau terbakar pula ." Balas afzan , dia duduk di katil king milik abangnya dengan selamba .

"Ni kau kemas-kemas baju buat apa ? Kene halau dengan bini ke ?" Sambungnya lagi . Affan mengabaikan soalan adiknya , malas dia mahu melayan .

"Woi bapak setan , kau dah pekak ke ?" Ujar afzan seraya membaling bantal ke arah affan .

Pap !

Tepat balingan bantal afzan mengenai kepala affan .

"Honeymoon la babi , apa guna kahwin kalau tak pergi honeymoon" kata affan sambil membaling semula bantal kepada afzan .

"Honeymoon dekat mana ?" Soal afzan .

"Dekat kubur kenapa nak ikut ?" Balas affan dengan senada . Afzan pura-pura membuat muka takut

"Bukan kaleng-kaleng tempat honeymoon kau bang , kenapa tak sabar sangat ke nak jumpa malaikat dalam kubur tu ?" Ujar afzan .

"Kau ni kan menyemak je dalam bilik aku , baik kau keluar sebelum aku tendang kau keluar dari bilik aku" affan sudah geram dengan perangai selamba adiknya . Nasib adik kalau orang luar dah lama mati .

"Okay fine , jangan la marah bang . Period ehh" gurau afzan sebelum berlari keluar dari bilik lepas melihat abangnya mula mengangkat kaki mahu menendang dirinya .

"Guys muqrey kita nak pergi honeymoon ! Moh ler kita ikut !!" Jerit afzan kuat , izham dan harriz terus mengeluarkan kepala di pintu .

"Honeymoon ?" Jerit mereka serentak , afzan mengangguk kepala laju .

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang