Arfan masuk ke dalam bilik isteri keduanya dengan muka datar , di tangan terdapat sehelai kertas putih untuk di berikan kepada isterinya .
"Nah , ambil ni" kata arfan sambil mencampak sehelai kertas putih tepat mengenai muka eryna . Eryna terkejut bila kertas putih itu menampar mukanya , perlahan-lahan dia mengambil kertas itu dan membaca dengan tekun .
"Aku nak kau berhenti kerja doktor tu" kata arfan datar .
Deg !
Eryna terkejut besar , dia memandang muka datar suaminya dengan tatapan tak percaya .
"No ! Kenapa pula i kene berhenti kerja !" Kata eryna kasar . Dia tak mahu berhenti , ini cita-citanya dari kecil tak mungkin dia mahu berhenti .
Arfan menatap eryna dengan tajam sehingga eryna menunduk kepalanya kebawah . Takut dia melihat pandangan suaminya
"Kau jangan nak melawan aku boleh tak ? Aku kata berhenti tu berhenti je la . Bodoh !" Marah arfan .
"Tapi tu cita-cita i dari kecil arfan please jangan paksa i untuk berhenti" kata eryna dengan perlahan . Arfan yang mendengar kata-kata isterinya terus melepaskan ketawa besar
Tangannya laju menarik kuat rambut eryna sehingga isteri mendongak ke atas . Eryna merintih kesakitan
"Apa kau cakap , cita-cita ? Kau sedar tak yang kau tu dah hancurkan cita-cita isteri aku ? Jadi aku pun boleh hancurkan cita-cita kau" kata arfan tanpa rasa serba-salah . Dia makin menguatkan gengaman di rambut eryna
Mata eryna mula mengeluarkan air mata satu persatu .
"Sampai bila you nak seksa i arfan ?" Tanya eryna perlahan .
Arfan terdiam sejenak .
"Sampai kau mati" kata arfan selamba . Dia melepaskan genggaman tangannya dengan kasar .
"Habis kalau i berhenti i nak kerja mana ?" Tanya eryna dengan esakan kecil .
"Kau bodoh ke ? Lepas kau berhenti kau kene jadi maid dekat rumah ni , aku nak kau jaga makan minum and pakai aku dengan hawa" kata arfan sambil menayangkan senyuman sinis .
Eryna memejamkan mata lama .
"Kau dengar tak apa yang aku cakap !" Jerkah arfan kuat . Terangkat bahu eryna mendengar jerkahan arfan , laju dia mengangguk kepala
"Bagus kalau kau dengar . Dah aku nak kau hantar surat tu sekarang !" Kata arfan sebelum melangkah keluar dari bilik .
"Oh ya satu lagi" arfan menghentikan langkah di depan pintu .
"Thank you atas layanan kau haritu , mesti kau dah biasa layan ramai lelaki kan sebab tu la kau pandai layan aku" kata arfan dengan ketawa sinis yang kuat . Dia terus keluar dari bilik lepas dapat menyakitkan hati isteri keduanya .
Esakkan eryna semakin menjadi-jadi . Hati dia sakit sangat-sangat . Malah fizikal dia juga sakit .
"Mama hati eryna sakit" kata eryna perlahan . Dia menepuk-nepuk dadanya dengan kuat .
Kenapa ? Kenapa dia tak pernah rasa bahagia . Kenapa dia selalu di sakitkan , adakah dia tak layak untuk rasa bahagia ?
Tanpa arfan tahu , hawa mendengar segala-galanya . Dari tadi dia hanya memasang telinga mendengar 'suaminya' menghina eryna .
Hawa yang baru mahu masuk ke bilik memandangkan biliknya dan juga arfan berhampiran dengan bilik eryna atau lebih tepat madunya terhenti di depan pintu bilik eryna bila mendengar suara suaminya di dalam bilik gadis itu . Hawa menerkap telinga untuk menjelaskan lagi pendengarannya .
Ya , dia dengar segalanya . Hawa mengengam kuat tangannya . Jadi perempuan yang di kenalkan oleh suaminya sebagai maid ternyata palsu .
Hawa laju menyorokkan badannya di sebalik dinding saat arfan keluar dari bilik eryna . Pada mulanya dia juga terkejut tapi lama-lama senyuman sinis mula melukis di bibirnya .
Hawa terus turun kebawah untuk menghantar suaminya ke depan rumah seperti yang dia lakukan setiap hari
"Abang pergi kerja dulu ye sayang" kata arfan sambil memimpin tangan isterinya . Hawa hanya menayangkan senyuman manis
"Abang hati-hati pergi kerja tau , balik nanti jangan lupa belikan hawa ayam goreng tau" kata hawa gembira . Arfan mengusap rambut panjang hawa dengan lembut
"Kenapa tak suruh leora masak je" kata arfan sambil menyarung kasut hitamnya . Hawa menggeleng kepala perlahan
"Tak nak hawa nak yang kat kedai , hawa nak kat tempat biasa yang kita selalu beli tu" kata hawa , dia memuncungkan bibir kedepan untuk menunjukkan yang dia sedang merajuk .
Arfan melepaskan gelak kecil , dia melabuhkan ciuman di dahi hawa .
"Okay nanti abang belikan okay" kata arfan lembut . Hawa mengangguk kepala laju .
"Abang pergi dulu bye sayang" sambung arfan dengan meraih tangan hawa lalu di bawa ke bibir hawa dan juga ke bibirnya . Sebelum melepaskan tangan hawa dia menurun badannya hingga paras perut isterinya . Perut kempis isterinya di cium lembut
"Byebye anak papa" bisik arfan perlahan .
Seminggu lepas perkahwinan arfan dan eryna , hawa dikhabarkan mengandung . Dan hal itu yang dinanti-nantikan oleh arfan lepas 2 tahun dia berkahwin dengan hawa .
Lepas saja arfan pergi ke kerja , eryna menurun tangga satu persatu dan menghampiri hawa yang masih setia di pintu rumah .
"Leora nak pergi mana ?" Tegur hawa sebaik saja menghidu bau wangian dari eryna .
Eryna menarik nafas dalam sebelum menjawab soalan hawa . "Leora nak keluar beli barang kejap , barang kat dapur tu dah kurang . Hawa ada nak kirim apa-apa tak dekat leora ?" Tipu eryna . Hawa cuma menggeleng kepala .
"Kalau macam tu leora pergi dulu" kata eryna , laju dia keluar dari rumah meninggalkan hawa di depan pintu . Eryna takut lama-lama dia di situ banyak pula hawa akan bertanya .
Hawa terus masuk ke dalam bilik . Dia sempat menayangkan senyuman sinis bila eryna menipu dirinya .
Dia melabuhkan punggung di atas katil . Otaknya ligat memikirkan cara untuk menambahkan derita eryna .
"Eryna , eryna kesiankan kau . Tak pasal-pasal kau kene jadi kambing hitam dalam rancangan aku" bisik hawa perlahan .
"Malam ni derita kau akan bertambah , kau tunggu je la . Kalau kau ikut cakap aku dulu tak ada la aku nak jadikan kau kambing hitam" kata hawa seorang diri dalam bilik . Ketawa sinisnya bergema memenuhi bilik .
Tangannya mengusap perut kempisnya yang kini sudah ada satu nyawa yang paling tak di ingini olehnya .
"And thank you baby , kehadiran kau akan deritakan lagi perempuan tu dan juga 'suami aku'" sambung hawa dengan sinis .
Hawa mengambil telefon bimbit di sebelahnya . Jarinya laju mendail menelefon seseorang , dia meletakkan telefon di telinga untuk menunggu orang yang ditelefon angkat panggilan darinya.
Sesaat kemudian .
"Hello"
...
"Let's start the plan"
...
"Bagus , aku dah mula kerja aku sekarang tugas kau dengan yang lain untuk hancurkan diorang"
...
"Duit macam biasa"
...
"Okay , bye"
Hawa terus mematikan panggilan tanpa menunggu balasan dari orang yang di telefonnya
...
Hawa jahat ke ??? korang rasa siapa hawa sebenarnya ?
siapa dapat teka dia hebat HAHAHA....
KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Acción[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...