71 🦋

3.6K 326 24
                                    

Ardeela menaiki tangga satu persatu menuju ke arah biliknya , dia mahu mengejut suaminya yang masih tidur di atas .

Ardeela membuka pintu perlahan dan melangkah ke arah affan yang berselubung dalam selimut .

"Abang , bangun . Breakfast" kejut ardeela dengan menarik selimut affan . Namun suaminya hanya diam kaku .

"Abang jangan buat ardel takut la . Bangun cepat" ardeela menggoyang-goyangkan badan affan .

"Sayang abang tak larat ni" affan mengeluarkan suaranya bila terasa lenanya terganggu , ardeela laju menghembuskas nafas lega . Dia ingatkan suaminya dah arwah tadi .

"Makan la dulu abang , penat tau ardel dengan mama masak kat bawah" kata ardeela . Dia melihat wajah suaminya kelihatan pucat . Terus dia letakkan belakang tapak tangannya di atas dahi affan .

Panas .

"Abang demam ke ?" Tanya ardeela . Affan mengangguk kepala perlahan . Kepala dia terasa berat .

"Jum la makan sikit lepas tu makan ubat" kata ardeela lagi , dengan susah payah ardeela menarik tangan suaminya untuk bangun . Badannya sudah la kecil berbanding affan .

"Tak ada selera la sayang" kata affan lemah . Laju kepala ardeela menggeleng .

"Tak ada kene makan juga" balas ardeela dengan nada tegas . Affan hanya mampu pasrah . Dia paksakan juga badannya bangun turun ke bawah . Dari bilik hingga ke meja makan isterinya tak lepas memegang tangannya .

Sampai di ruang meja makan , affan melihat afzan , izham dan juga harriz sudah ada di meja dengan muka sama sepertinya , pucat .

Puan malika pelik dengan anak-anak lelakinya . Muka mereka berempat terlalu pucat .

"Kamu berempat demam ke ?" Tanya puan malika . Affan , Afzan , izham dan harriz mengangguk kepala berkali-kali . Mereka tak larat mahu membuka mulut .

"Nah nasi goreng" ardeela meletakkan nasi goreng di pinggan affan . Begitu juga dengan afzan , izham dan harriz . Namun muka mereka berempat terus berkerut seribu .

"Uwerk" mereka berempat terus berlari berebut sinki untuk mengeluarkan isi perut mereka . "Tepi bodoh aku nak muntah ni" kata izham dengan menutup mulutnya , dia menolak badan harriz manakala izham dan affan sudah bertolak sesama sendiri .

"Kau fikir kau seorang je ke ? Aku pun sama nak muntah , uwerk" balas harriz

Ardeela , may , citra dan lestari juga berlari ke arah suami masing-masing .

Belakang suami mereka di usap perlahan . Puan malika menghampiri anak-anak lelakinya yang sudah lemah di dapur . Badan mereka terasa lembik .

"Mama rasa baik kamu berempat pergi klinik , bawa isteri- isteri kamu sekali" kata puan malika dengan senyuman penuh makna .

"Perlu ke mama" kata afzan lemah , puan malika mengangguk kepala laju .

"Yes perlu , mana tahu ada surprise ke kejap lagi" kata puan malika . Ardeela , may , lestari dan citra memandang sesama sendiri .

Selesai sarapan pagi mereka berlapan bergerak ke klinik seperti yang di arahkan puan malika .

"Busuk babi bau klinik ni" kata afzan kasar . Citra terus menampar perlahan lengan suaminya .  "Jangan cakap kasar-kasar la dekat sini , malu dekat orang" tegur citra , dia hanya berbisik di telinga afzan .

"Tuan affan" panggil seorang nurse perempuan , affan dan ardeela bangun serentak untuk masuk ke dalam bilik doktor namun afzan , harriz dan juga izham turut bangun mengikuti affan .

Tangan isteri mereka di tarik sekali

"Kauorang pahal setan ikut aku" kata affan dingin , mereka bertiga hanya membuat muka selamba .

"Datang sekali masuk pun sekali la . Tak payah nak tunggu lama-lama" kata harriz . Afzan dan izham mengangguk kepala . Affan mendengus kasar . Kaki dia terus melangkah masuk ke dalam bilik .

"Eh , saya panggil seorang je kenapa ramai pula yang masuk ni" kata doktor lelaki itu .

"Jimat masa doktor" balas afzan selamba . Doktor itu hanya mengangguk kepala perlahan .

"Okay tak apa kalau macam tu sila duduk" kata doktor lelaki itu . Affan , afzan , izham dan harriz mengambil tempat di depan doktor itu .

"So , sakit apa ?" Tanya doktor itu .

"Sakit hati , demam la doktor tak kan la sakit tua pula" kata afzan geram . Tergelak doktor itu .

"Ye saya tahu awak awak semua demam tapi demam macam mana ? Demam biasa atau demam dah nak mampus ?" Balas doktor yang bernama faiz itu dengan selamba .

"Demam biasa je doktor , yang nak mampus tu doktor kejap lagi" kata izham pula . Doktor faiz menggeleng kepala sambil tersenyum lebar .

"Okay cukup jadi apa simptom simptom demam tuan semua ?" Tanya doktor faiz lembut .

"Tekak rasa loya , pening , rasa macam nak mati pun ada" balas afzan , yang lain hanya mengangguk kepala .

"Puan puan ada rasa apa apa simptom tak ?" Tanya doktor faiz pada ardeela , citra , may dan lestari . Berkerut dahi affan dan yang lain bila doktor itu menanya soalan pada isteri isteri mereka .

Ardeela , citra , may dan lestari menggeleng kepala serentak .

"Okay kalau macam tu kejap ye . Nurse" panggil doktor faiz . Seorang nurse perempuan menghampiri mereka dengan membawa satu dulang . Di atas dulang itu ada empat bekas ujian air kencing .

Nurse itu menyerahkan bekas itu pada ardeela , may , lestari dan citra .

"Puan berempat buat ujian air kencing ni dulu ye" kata doktor faiz .

"Doktor , yang demam kami kenapa tetiba isteri kami pula yang doktor check" kata izham . Yang lain hanya mengangguk kepala berkali-kali .

Doktor faiz cuma menayangkan senyuman lebar . "Tak apa kita tunggu dulu keputusan air kencing isteri isteri tuan , baru kita tahu kenapa tuan semua boleh demam" kata doktor faiz .

Ardeela , citra , may dan lestari pergi ke tandas yang di tunjuk oleh nurse tadi dengan perasaan pelik . Selesai membuat ujian itu mereka berempat menyerahkan botol-botol itu pada nurse perempuan tadi .

Setelah beberapa minit menunggu keputusan ujian akhirnya keputusan keluar . Doktor faiz kembali dan duduk di hadapan mereka . Di tangannya terdapat empat pregnancy test .

"Macam mana doktor ?" Tanya affan . Doktor faiz menayang senyuman lebar .

"Tahniah , isteri isteri tuan mengandung 4 minggu" kata doktor faiz . Mulut mereka berlapan ternganga luas .

"M-mengandung doktor ?" Kata ardeela dengan tergagap .

"Kami berempat mengandung serentak ?" Kata may pula . Doktor faiz mengangguk kepala .

"Ya puan semua mengandung . Dan suami suami puan ni sebenarnya kene alahan , sesetengah ibu mengandung ada yang suami dia akan alahan , ada yang tak . Jadi kalau suami yang kene tu kira bersyukur la sebab puan tak perlu rasa rasa loya , asyik nak muntah atau alahan lain lagi" kata doktor faiz panjang lebar .

Tangan ardeela , may , citra dan lestari serentak menyentuh perut kempis mereka . Sungguh mereka tak sangka ada satu nyawa yang hidup dalam rahim mereka berempat .

"Tapi tu la , jarang saya jumpa orang mengandung serentak ni . Awak semua kahwin sekali ke ?" Sambung lagi doktor faiz . Mereka berlapan mengangguk kepala . Doktor faiz juga mengangguk kepala sekali .

"Kalau macam tu kita buat ultrasound dulu" kata doktor faiz .

Affan , afzan , harriz dan izham terus menghampiri isteri masing-masing . Terserah senyuman bahagia di bibir mereka berempat . Terus hilang demam mereka bila tahu isteri mereka sedang mengandung .

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang