85 🦋

4.5K 397 62
                                    

Eryna menyiram taman bunganya dengan nyanyian kecil , perutnya yang sudah membesar di usapan lembut . Sebenarnya dia bosan tak tahu nak buat apa dekat rumah . Dia menyiram pokok bunganya pun senyap-senyap kerana arfan melarang eryna melakukan kerja rumah .

Lagi beberapa bulan je dia akan bersalin .

Bibirnya tersenyum lebar , tak sabar nak tunggu kelahiran anaknya nanti . Semenjak duduk berasingan dengan hawa , eryna merasakan sangat bahagia .

Dia tak perlu lagi merasa serba salah kepada madunya .

Dalam eryna seronok berangan , dia tak perasan ada satu van berhenti jauh dari perumahannya dan beberapa lelaki keluar lalu masuk ke dalam rumah eryna . Mereka menghampiri eryan yang masih lagi berangan .

Eryna tersentak bila badannya di tarik kasar oleh dua orang lelaki . Dia baru hendak menjerit tapi tangan salah seorang dari mereka cepat-cepat menutup mulutnya .

Tubuh eryna di bawa masuk ke dalam rumah . Eryna tak berhenti meronta-ronta untuk melepaskan badannya dari pegangan lelaki-lelaki itu .

"Diam !" Jerit salah seorang dari mereka di depan eryna . Air matanya mula bertakung .

"Apa yang kauorang nak" tanya eryna sebaik saja tangan lelaki itu lepas dari mulutnya .

"Kitaorang nak kematian kau" jawab salah seorang dari mereka dengan gelakkan sinis di akhir ayat . Mengigil badan eryna . Dalam hati , eryna tak berhenti mendoakan agar seseorang menyelamatkan dia .

"Apa salah aku dekat kauorang !" Tengking eryna kuat . Namun lelaki-lelaki itu hanya mengunci mulut mereka .

"Salah kau sebab tak ikut cakap aku" sampuk seorang perempuan di depan pintu . Terbuntang mata eryna melihat wajah perempuan itu .

"Ha-hawa" tergagap eryna menyebut nama perempuan itu . Hawa menghampiri eryna dengan muka dingin .

"Arfan ingat kalau dia sorokkan kau , aku tak dapat nak cari kau ? Malangnya suami kita tu bodoh" kata hawa sambil mencengkam kuat pipi eryna . Dia menatap eryna dengan penuh kebencian .

"Bukan kau buta ke ?" Tanya eryna perlahan . Hawa hanya gelak kuat .

"Saja buat-buat buta untuk brainwash arfan" jawab hawa selamba . Eryna mengerutkan dahinya . Jadi selama ni madunya tipu semua orang ? .

"Jadi selama ni"

"Ye selama ni aku tipu semua orang" kata hawa dengan pantas . Eryna menggeleng kepala perlahan .

"Kenapa aku , apa salah aku hawa" tanya eryna perlahan . Hawa hanya duduk dengan bersilang kaki di depannya . Sinis sekali pandangan hawa pada eryna .

"Sebab kau faktor utama kebahagiaan arfan" kata hawa tanpa nada .

"Bukan arfan cintakan kau ke ?" Tanya eryna dengan kerutan di dahi . Hujung bibir hawa naik ke atas .

"Nope arfan tak cintakan aku tapi arfan cintakan arwah hawa"

Eryna terkedu . Dadanya berombak kencang . Dia masih lagi tak faham dengan kata-kata hawa . Apa maksud perempuan di hadapannya ? Arwah hawa .

"Kalau hawa dah meninggal kau siapa ?" Tanya eryna kasar . Hawa cuma mendiamkan dirinya . Dia tak ada niat mahu menjawab persoalan eryna .

"Satu hari nanti kau akan tahu juga siapa aku" kata hawa dengan penuh makna tersirat . Dia mula bangun dan berjalan menghampiri eryna .

"Sekarang aku nak tamatkan nyawa kau" kata hawa dengan senyuman yang menakutkan . Entah mana datang keberanian dalam dirinya , eryna terus menolak kuat badan hawa sehingga gadis itu jatuh terduduk ke lantai .

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang