Lemah kaki lestari melangkah kearah katil izham , dia terus melabuhkan punggung di kerusi berdekatan dengan izham . Tangan suaminya di raih lembut , air mata yang dari tadi dia tahan akhirnya mengalir laju .
"Awak" panggilnya sebak , tangan izham di bawa ke mulutnya sebelum dia mencium pelahan kekura tangan suaminya .
"Awak bangun la , jangan tinggalkan saya sorang-sorang kat sini" sambungnya , teresak-esak dia menangis di sisi katil izham . Rambut lebat suaminya di usap lembut
"Semua orang tunggu awak bangun tau , kalau saya lambat datang tadi mesti awak dah tinggalkan saya" ujarnya lagi dengan suara serak . Dia rindukan suaminya , rindu pada gurauan suaminya walaupun baru kahwin .
"Kenapa lelaki tu nak bunuh awak , kenapa dia selalu cederakan awak" persoalan itu sering berputar dalam kepalanya , dia tak tahu kenapa keluarga suaminya terlalu ramai musuh . Siapa suaminya yang sebenar ?
Ardeela menepuk perlahan bahu lestari . Dia mengosok rambut ikal mayang lestari yang sudah di anggap seperti adiknya . "Kau dah makan ?" Lestari menggeleng kepalanya , dia belum makan apa-apa sejak datang ke hospital .
"Pergi la makan dulu , aku dengan ardel boleh jaga suami kau" ardeela hanya mengangguk kepala saja setuju dengan suaminya . Lestari laju mengelap air matanya sebelum memandang affan dengan raut wajah pelik .
"Kau panggil deela apa tadi ? Ardel ? Tak pernah-pernah orang panggil minah ni ardel" ujarnya sambil menarik hinggus . Hidungnya sudah kemerahan kerana asyik menangis
"Suka hati aku la dia isteri aku" ujar affan selamba , dia merangkul bahu isterinya . Ardeela cuma membiarkan rangkulan affan , bibirnya mengukir senyuman bangga . Lestari memandang affan dengan tak puas hati
"Awak bangun la cepat , tengok abang affan buat saya jealous hm" lestari mengoncang sedikit lengan suaminya . Sakit pula hatinya melihat senyuman bangga affan , kau sabar laki aku bangun nanti aku sweet sweet depan kau .
Lestari terus bangun dari kerusi dengan kasar , "tepi" dia sengaja menolak tubuh affan supaya berpisah dengan ardeela , "pinjam isteri kau kejap" lestari merangkul erat lengan ardeela dan di bawa pergi meninggalkan affan .
"Woi isteri aku tu" jerit affan
"Pinjam la kedekut !" Balas lestari dengan menjerit juga . Diorang ingat hospital ni fun fair ke nak jerit-jerit bagai ?
Ardeela hanya mampu pasrah .
"Aku nak kau cari jantan sial ni sampai dapat" afzan mencampakkan satu file kepada anak-anak buahnya . Berita tentang izham makin membuatkan hatinya membara
"Baik boss" ujar salah seorang anak buahnya . File di tangannya di buka dan satu kertas putih di bawa keluar . Mereka bertiga dengan tekun membaca maklumat yang berada dalam kertas itu .
"Pergi buat kerja korang sekarang , aku nak jantan tu dalam masa tiga hari" ketiga anak buahnya mengangguk kepala serentak sebelum meninggalkan boss mereka yang sudah menjadi gunung berapi .
Naik turun dada afzan menahan marah , dia mengenggam tangannya kuat . "Kau tak habis-habis nak cari pasal dengan keluarga aku , tak cukup kau bunuh papa aku sekarang kau nak bunuh abang dengan sepupu aku pulak" ujarnya seorang diri . Dia sudah tahu siapa yang cuba membunuh izham , target sebenar musuh mereka adalah abangnya affan tapi izham pula yang menjadi mangsa keadaan .
Afzan perasan telefonnya bergetar di dalam poket , laju tangannya mengeluarkan telefon .
'mybaby boo~'
Afzan berdehem sedikit sebelum mengangkat panggilan dari isterinya .
"Hello sayang" lembut saja suaranya menjawab panggilan isterinya , suara garangnya tadi di buang jauh-jauh

KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Action[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...