Setelah 2 bulan berkampung di hospital kini izham di benarkan keluar dari hospital , doktor aiman juga dah tak sanggup mahu merawat izham . Dia merasa seperti merawat singa jantan ,
Lagi-lagi kehadiran isteri kesayangan izham yang tak ada beza . Garang 24 jam .
"Saya harap tuan makin sihat , hati-hati dekat luar nanti . Saya dah tak sanggup nak rawat tuan lagi" ujar doktor aiman selamba . Dia juga membantu izham mengemas barang supaya izham cepat-cepat meninggalkan hospital ini .
"Hm , aku tahu la . By the way thank you sebab selamatkan aku" ucap izham dengan ikhlas , dia menepuk sekilas bahu doktor aiman .
"Tak ada hal la tuan , tu memang kerja saya sebagai seorang doktor yang baik" ujar aiman sambil memuji dirinya sendiri . Izham menjuling mata ke atas , menyampah pula bila mendengar doktor aiman memuji diri sendiri .
"Ceh , masuk bakul angkat sendiri" perli izham selamba .
"Dah tak ada siapa nak puji saya , baik saya puji diri sendiri" balas doktor aiman
"Ni mana isteri kesayangan tuan ?" Soal doktor aiman lepas melihat lestari tiada dalam bilik izham , selalunya lestari sentiasa ada di dalam bilik berdamping di sebelah encik suami .
"Toilet" balas izham sepatah . Doktor aiman mengangguk kepala , dia terus melihat jam di tangannya .
"Okay la tuan , saya pergi dulu . Mesti patient lain tengah tunggu doktor paling hensem dalam hospital ni" ujar doktor aiman sambil memuji diri sendiri lagi sekali .
Izham mengangguk kepala , dia terus membuat isyarat menghalau doktor aiman keluar dari biliknya . Cair taik telinga mendengar doktor aiman yang tak habis-habis memuji diri sendiri .
Single betul hidup .
"Awak dah siap ke ?" Ujar lestari setelah masuk ke dalam bilik suaminya , dia terus menghampiri suaminya yang masih duduk di atas katil .
"Hm dah" jawab izham dengan nada yang dingin , lestari abaikan saja nada suaminya . Dia langsung tak ambil hati dengan kedinginan izham pada dirinya
"Jom la" lestari terus memaut lengan sado suaminya , sebelah tangannya membimbit barang izham tapi suaminya cepat-cepat mengambil beg dari tangannya .
"Tak apa biar aku yang bawa , beg ni berat" kini nada izham berubah menjadi lembut , dia suka bila lestari memaut lengannya .
Lestari cuma mengangguk kepala perlahan , mereka terus berjalan keluar dari hospital dan menuju ke arah kereta .
"Biar saya yang drive" ujar lestari setelah meletakkan beg izham di kerusi belakang
"Hm" balas izham sepatah . Dia terus masuk ke dalam kereta , begitu juga dengan lestari .
"I'm miss you" ujar lestari secara tiba-tiba , izham terdiam sekejap . Dia mengusap lembut rambut isterinya , dia juga rindukan lestari .
Terbaring kaku selama sebulan lebih sangat menyakitkan dirinya .
Sudah menanggung sakit lepastu menanggung rindu pada si isteri makin menyakitkan .
"Me too" izham melabuhkan ciuman lembut di dahi isterinya . Bibir lestari terus tersenyum lebar , dia menghidupkan enjin kereta . Dengan lafaz bismillah keretanya mula bergerak meninggalkan hospital
"Don't leave me again , saya penat tau tengok semua kawan-kawan saya bersweet depan saya" adu lestari dengan bibir muncung ke depan . Meletus ketawa kecil dari mulut izham mendengar aduan isterinya .
"Abang dengan adik sepupu awak pun sama je , suka buat saya sakit hati" sambungnya lagi dengan nada tak puas hati . Tangan izham sekali lagi naik mengusap rambut isterinya .
Kurang ajar punya sepupu , berani betul diorang buli bini aku
"Tak apa nanti sampai rumah aku bantai monyet-monyet tak guna tu" ujar izham lembut .
"Awak" panggil lestari perlahan tanpa memandang wajah suaminya
"Hm why sayang ?" Sahut izham dengan suara serak basah .
Jantung lestari bagaikan nak pecah bila izham memanggil dirinya 'sayang' dengan suara sexy izham membuatkan dirinya mahu menjadi gila .
"Boleh tak awak jangan panggil kau aku , tak selasa la . Kitakan dah kahwin panggil la yang romantik sikit" ujar lestari perlahan , dia takut izham tak selasa pula mahu menukar panggilan .
"Kalau awak tak selasa tak apa la teruskan je guna kau aku" sambungnya lagi lepas melihat suaminya mendiamkan diri .
"Boleh je" balas izham pendek . Lestari terus mengukir senyuman manis
"Awak nak panggil saya apa ?" Soalnya dengan gembira , excited betul minah ni .
"Kau panggil aku yayang aku panggil kau baby" ujar izham selamba . Lestari mengemam bibirnya dari meletuskan ketawa
Kenapa suami dia ni comel sangat !!!
Dia mengengam kuat stereng kereta melepaskan geram pada kecomelan suaminya , tak apa cik suami . Siap la you dalam bilik nanti , i terkam you sampai tak lepas rawr !
"Okay yayang !" Ujar lestari dengan nada excited . Izham menyimpan senyumannya melihat tingkahlaku isterinya , bukanya dia tak nampak perbuatan lestari dari tadi .
"Lepas ni boleh la baby manja dengan yayang depan diorang semua" sambung lestari sebelum melepaskan ketawa sinis kuat , izham menggeleng kepala perlahan . Dia layankan aja la dengan perangai isterinya .
Dah sebulan lebih kahwin baru dia melihat perangai sebenar lestari , kalau tak sebelum ni perangai isterinya sangat la susah untuk di teka .
"Dah dah bawa kereta tu elok-elok , yayang dah la baru keluar hospital . nanti tak pasal pasal yayang dengan baby masuk hospital balik" ujar izham lembut
"Baik yayangku !" Lestari terus fokus membawa kereta pulang ke penthouse milik affan .
Sebenarnya izham pelik dengan kelakuan isterinya , lestari seakan sudah lama kenal dengan dirinya . Tingkahlaku gadis itu juga bukan seperti orang lain yang malu-malu babi dengan suami sendiri .
Tak apa nanti dia cari lagi semua tentang isterinya .
"Baby , can i ask you something" izham mula mengeluarkan suara menanya pada isterinya .
"Nak tanya apa tu yayang ?" Soal lestari yang masih fokua pada jalan raya .
"Do you love me ?" Lestari mengerut sedikit dahinya mendengar soalan suaminya .
"Yeah , of course i love you so much . Why ? " balas lestari dengan nada pelik
"Nothing i'm just asking and bila baby start jatuh cinta dekat yayang ?" Soal izham sekali lagi . Makin berkerut dahi lestari
Suaminya dia ni dah kenapa ? Masa kene tembak peluru tu putuskan urat waras dia ke ?
"Sejak kita mula-mula jumpa dulu" jawab lestari dengan maksud yang tersirat .
"Secepat tu ?" Izham menjadi pelik , tak kan la masa dia jumpa dengan lestari di lorong gelap gadis itu sudah jatuh cinta padanya .
"Yeah" balas lestari selamba . Izham terus mengunci mulutnya .
'kita dah lama jumpa izham dari kita kecil lagi , awak je yang lupa dekat saya' kata-kata itu hanya mampu diluahkan dalam hatinya . Lestari juga mendiamkan diri fokus membawa kereta .

KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Action[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...