Affan , afzan , izham dan harriz tak berhenti ke hulur ke hilir di depan wad bersalin . Dahi mereka sudah basah dengan peluh yang tak berhenti mengalir . Jantung mereka juga tak berhenti berdegup laju .
Sudah 6 jam isteri mereka bertarung nyawa di dalam .
"Bila anak aku nak keluar ni" keluh afzan sebelum melabuhkan punggung di kerusi . Harriz dan izham juga mengikut duduk di sebelah afzan .
"Affan macam mana ? Semua dah selamat bersalin ke ?" Tanya tuan dahlan sebaik saja sampai di depan wad bersalin , puan Catrine dan yang lain juga mengikut dari belakang tuan dahlan . Affan menyalam tangan ayah mertuanya .
"Belum lagi daddy , dah 6 jam dekat dalam tu" kata affan perlahan . Dia melihat tuan dahlan dan puan Catrine sudah menukar baju biasa .
Tuan dahlan menepuk bahu affan berkali-kali untuk menenangkan menantu bongsunya . Dia tahu affan sangat risaukan dengan keadaan anak bongsunya . Dia juga risau dengan ardeela .
Dia harap anak bongsunya bersalin dengan selamat . Dia tak mahu kehilangan satu-satunya anak perempuannya . Cukup la dulu dia kehilangan isteri tercinta .
Semua menghampiri depan wad bersalin bila seorang doktor perempuan keluar dari bilik bersalin dengan senyuman lebar .
"Macam mana dengan isteri saya doktor ?" Tanya mereka berempat serentak . Doktor perempuan itu hanya mengangguk kepala perlahan .
"Alhamdulillah , isteri-isteri encik semua selamat melahirkan bayi-bayi yang comel" kata doktor perempuan itu dengan gembira . Affan , afzan , izham dan harriz melepaskan nafas lega .
"Terima kasih doktor mira" ucap afzan . Doktor yang bernama mira hanya mengangguk kepala laju .
"Sebelum tu , boleh saya tahu siapa suami kepada puan ardeela medina ?" Tanya doktor mira .
"Saya doktor" jawab affan laju , wajahnya berubah bila senyuman manis doktor mira bertukar menjadi senyuman sayu .
"Isteri saya selamatkan doktor" tanya affan dengan perasaan tak sedap hati .
"Isteri encik selamat melahirkan bayi kembar tiga . Dua lelaki dan seorang perempuan . Tapi kami nak minta maaf .. kami dah sedaya upaya selamatkan..."
Hampir gugur jantung affan mendengar penjelasan doktor mira . Semua yang berada di depan wad bersalin diam terkaku . Kaki affan terasa lembik sehingga dia tak dapat seimbangkan badannya lalu jatuh terduduk di lantai .
Air matanya mula mengalir perlahan . Tuan dahlan terus mengusap belakang menantunya dengan air mata yang turut mengalir .
Doktor mira juga tak dapat menahan air matanya . Tembok yang dia bina dengan senyuman manis akhirnya pecah . Nurse yang bersama dengan doktor mira juga mengalirkan air mata .
"Boleh saya tengok isteri dengan anak-anak saya" kata affan perlahan . Doktor mira mengangguk perlahan . Dia memberi ruang kepada affan dan yang lain untuk melihat isteri-isteri mereka di dalam .
Affan bangun dari duduknya dengan bantuan tuan dahlan dan arfan . Mereka masuk ke dalam wad yang menempatkan isteri mereka .
Afzan , izham dan harriz bergerak ke arah isteri mereka yang mengendong bayi di atas katil . Riak wajah citra , may dan lestari sangat mendung sambil memandang ke arah katil ardeela .
Affan berjalan ke arah katil isterinya . Dahi ardeela di usap perlahan . Sebelum sampai di katil ardeela , affan cepat-cepat menghapuskan air mata .
"Sayang" panggil affan lembut . Ardeela membuka mata perlahan . Dia cuba mengukir senyuman manis walaupun nampak hambar di mata affan .
"Abang , anak kita mana" tanya ardeela perlahan . Lepas dia lahirkan anak ketiganya , ardeela terus tak sedarkan diri kerana terlalu penat .
Affan hanya mampu mengangguk kepala sahaja . Mulutnya terasa berat untuk menjawab soalan isterinya .
"Tu" affan menunjukkan ketiga-tiga katil kecik di sebelah isterinya . Ardeela membangunkan badannya perlahan . Affan membantu isterinya .
"Abang , ardel nak tengok anak-anak ardel . Boleh ?"
"Sayang" panggil affan dengan sebak . Ardeela memandang suaminya dengan pelik . Dia memandang semua yang di dalam wad menunjukkan riak wajah yang mendung .
"Kenapa abang ?"
"Anak kita yang perempuan tak dapat di selamatkan sayang" kata affan perlahan .
Badan ardeela mengeras . Dia rasa macam ada satu batu besar menghempap badannya . Ardeela turun dari katil dengan perlahan . Dia menghampiri katil kecil yang menempatkan anak-anaknya .
"Uwerk , uwerk" bunyi tangisan dari kedua bayi lelakinya bergema di dalam wad tersebut kecuali satu bayi perempuan yang diam terkaku di antara bayi lelakinya .
Anak perempuannya seakan lena tertidur sampai tidak mahu bangun berjumpa dengan mummy dan daddy . Ardeela tak mampu menahan air matanya . Dia mengangkat perlahan badan kaku anak perempuannya .
Dia dakap badan anak perempuannya dengan esakan kuat . Affan yang tak sanggup melihat isterinya terus memeluk badan ardeela . Mereka berdua sama-sama menangis sambil memeluk badan kaku anak perempuan mereka .
"Armaya , bangun sayang jangan la tidur . Armaya tak nak jumpa mummy dengan daddy ke ? Mummy sayang armaya sangat-sangat . Armaya selesa ye dekat sana sampai tak nak tengok mummy dengan daddy . Tunggu mummy dekat syurga ya sayang" luah ardeela lembut .
Semua yang mendengar luahan ardeela tak dapat menahan air mata mereka .
Tiba-tiba ardeela dapat rasakan anak perempuannya mula bergerak dalam dakapannya .
"Uwerkk" ardeela dan affan tergamam melihat anak perempuan mereka mula menangis dalam pelukan ardeela . Mereka berdua saling berpandangan . Begitu juga dengan semua orang .
"Ab..abang" panggil ardeela dengan tangisan gembira . Doktor mira terus menghampiri ardeela dan affan . Dia memeriksa badan anak perempuan affan .
"Ya Allah saya tak pernah lagi jumpa kes macam ni , tahniah puan ardeela , encik affan . Anak perempuan awak berdua masih hidup" kata doktor mira dengan gembira .
Ardeela tak berhenti mengucup wajah anak perempuannya dengan gembira . Dia bersyukur Allah memberi peluang kedua kepadanya untuk berjumpa dengan anak perempuannya .
"Tuan armaya merina zander binti tuan affan muqrey"
"Tuan Afzril Muqrin bin tuan affan muqrey"
"Tuan Afzrin Muqrin bin tuan affan muqrey"
Ardeela menyebut satu persatu nama anak-anaknya . Affan mencium lembut dahi isterinya . Dia membawa isterinya untuk duduk semua di atas katil . Seriau pula tengok isterinya yang baru lepas bersalin berdiri lama-lama .
"Terima kasih sayang" kata affan lembut . Dia mencium semula dahi isteri sebelum beralih ke dahi anak perempuannya . Dia juga tak lupa mencium anak-anak lelakinya . Affan mula mengazankan di telinga anak-anaknya .
"Nama anak kita siapa sayang" bisik afzan perlahan di telinga citra .
"Tuan Ariana Cyra fazrisyah binti tuan afzan muqris" kata citra sambil mengusap perlahan pipi anak perempuannya .
"Woi nama kauorang apa ?" Tanya afzan kuat .
"Tuan Hadwan wong"
"Tuan Idlan Louis dengan tuan Idzan Louis"
Jawab harriz dan izham serentak .
"Sejak bila anak kau kembar setan" kata afzan pada izham . Citra menampar perlahan lengan suaminya
"Tu nama anak akan datang" semua tergelak dengan jawapan izham .
KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Acción[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...