55 🦋

3.5K 317 5
                                    

Lepas saja minum petang mereka semua terus masuk bilik untuk berehat .

Affan melentangkan badannya di atas katil empuk . Ardeela pula mengeluarkan semua baju di dalam Laggage bag untuk simpan dalam almari .

"Sayang kejap lagi la simpan baju-baju tu" tangan affan terus melingkar memeluk pinggang ramping isterinya . Dia terus menarik ardeela supaya terbaring di atasnya

"Ya Allah abang ni , ardel tengah kemas baju tau" ujar ardeela , bidang dada suaminya di tepuk perlahan . Ardeela cuba bangunkan badannya namun affan mengetatkan lagi pelukan di pinggang ardeela .

"Kan abang dah cakap tinggalkan dulu , nanti abang kemaskan . Sekarang ni sayang rehat je , mesti penat drive tadi kan ?" Ujar affan , tangan kanannya menekup lembut kepala ardeela di dadanya .

"Tapi-"

"No tak ada tapi tapi sekarang sayang tidur , maghrib nanti abang kejut" potong affan laju , ardeela terdiam di atas affan .

Bunyi degupan jantung affan membuatkan dia rasa tenang . Lama kelamaan matanya mula layu tertutup , begitu juga dengan affan .

Mereka berdua terlena kepenatan di atas katil . Hajah sofia yang mahu menghantar kain batik pada cucu kesayangannya tersenyum lebar di depan pintu .

Comelnya la cucu dan menantu cucunya tidur .

"Tengok apa tu pia ?" Tegur haji idris lembut , dia menepuk perlahan bahu isterinya .

"Tak ada la abang tadi pia nak hantaq kain batik ni dekat deela tapi dia dengan suami dia dah lena tak jadi la pia nak bagi" balas hajah sofia dengan berbisik , dia menolak sedikit badan suaminya kebelakang untuk menutup pintu .

Haji Idris dan hajah sofia terus masuk bilik meninggalkan bilik ardeela .

"Pia rasakan abang cucu kita tu dah jumpa orang yang tepat" kata hajah sofia gembira . Haji Idris mengangguk kepala setuju dengan isterinya

"Abang pun rasa yang affan tu boleh jaga cucu kita" ujar haji Idris sebelum mengambil tempat di sebelah isterinya .

"Haish , bila tengok ardeela dengan suami dia teringat pula sama kita mula-mula kahwin dulu" hajah sofia mengukir senyuman manis . Haji Idris terus memeluk bahu bahu isteri kesayangannya

"Kalau ardell masih hidup mesti dia gembirakan tengok anak perempuan dia dah bahagiakan" sambung hajah sofia lagi , kalini kedengaran nada suaranya berubah menjadi sebak . Haji Idris mengusap bahu hajah sofia untuk menghilangkan rasa sedih teringatkan anak angkat mereka .

"Kita doa yang baik-baik je la dekat dia" ujar haji idris lembut . Jujur la siapa je tak rindukan anak walaupun hanya anak angkat .

"Dah dah jangan nangis , tak manis abang tengok pia menangis" haji idris menghapuskan air mata isterinya .

"Yang penting sekarang ni , anak cucu kita semua dah bahagia . Tugas kita la ni dah selesai , sekarang tiba masanya untuk kita terus kehidupan berdua sampai ke syurga" kata haji Idris dengan penuh romantis . Apa ingat tua tua tak boleh nak bersweet ke ?

"Pia tak sangka jodoh pia dengan abang panjang  sampai sekarang"

"Dah nama kita tertulis di luh mahfuz sayang" hajah sofia menunduk kepalanya kebawah , malu pula bila suaminya memanggil dirinya sayang .

"Pia sayang abang sampai bila-bila" kata hajah sofia dengan menyandarkan kepalanya di bahu suaminya .

"Abang pun sayang pia sampai bila-bila , pia cinta abang di dunia dan di akhirat" haji Idris mencium lembut dahi hajah sofia . Mereka berdua menikmati masa tua mereka bersama-sama

Afzan yang baru hendak ke tandas berhenti sekejap bila dia melihat banyak semut beratur panjang di ruang tamu . Dia mengaru kepala perlahan , setahu dia tadi tak ada semut .

"Mana datang semut ni ?" Soal dia perlahan , dia melihat semut itu datang ke bilik haji Idris dan hajah sofia . Dia mengintai sedikit memandangkan pintu bilik haji Idris terbuka sedikit .

"Haish sweet sangat sampai semut pun datang" keluh dia bila melihat haji Idris dan hajah sofia berpeluk dalam bilik . Afzan menggeleng kepala perlahan sebelum menyambung niatkan untuk pergi ke tandas .

"Tak apa balik bilik nanti aku sweet dengan isteri aku" guman dia perlahan . Cemburu pula melihat haji Idris bermanja dengan hajah sofia .

Tak boleh jadi ni , lepas saja dia membuang hajat . Afzan terus masuk ke dalam bilik , isterinya yang terbaring di atas katil di peluk dengan kuat .

Citra terkejut bila di peluk oleh afzan . Dia melihat afzan menenggelamkan kepala di perut kempisnya .

"Hubby , terkejut wifey tau tetiba peluk macam tu" citra menepuk perlahan bahu suaminya . Afzan mencebik bibir.

"Tadikan wifey , hubby nak pergi tandas lepastu hubby nampak semut banyak" afzan mula mengadu manja di perut citra , citra tekun mendengar cerita suaminya

"Lepastu ?"

"Lepastu wifey nak tahu mana datangnya semut tu ?" Citra mengangguk kepala melayan suaminya .

"Semut tu dari dari bilik tok dengan tokwan , hubby intai la sikit rupanya diorang tengah berasmara dana dalam bilik . Diorang punya sweet kalah kita wifey sampai semut pun datang tau" afzan tak berhenti mengadu pada isterinya

Dia menenggelamkan lagi kepalanya , citra mengosok kepala suaminya dengan lembut . Haish encik suami ni , dengan orang tua pun nak jealous .

Tetiba keadaan menjadi sunyi .

Citra merasa pelik kenapa suaminya tetiba diam , tadi kemain mengadu macam budak-budak sekarang diam pula . Citra terus menolak sedikit kepala suaminya , rupanya afzan tertidur di perutnya

Citra menggeleng kepala perlahan , dia juga memejam mata untuk mengikut suaminya tidur .

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang