Afzan memandu kereta berseorangan , abangnya dan yang lain sudah pulang ke rumah terlebih awal . Afzan pula pulang lambat kerana ada kerja yang di perlu siapkan
Kalau tak kene ugut dengan affan tak ada la dia susah-susah duduk dekat office lama-lama , menyusahkan dia je
Tapi salah dia juga , siapa suruh malas nak siapkan kerja.
"Esok aku letupkan office tu , biar tak menyusahkan aku"
Mulut dia tak berhenti merungut , nasib la office tu affan yang punya kalau tak dah lama dia bakar .
Tengah sedap dia merungut , mata afzan tertangkap seorang perempuan yang berdiri di atas jambatan tinggi
Dahi dia mengerut melihat gadis itu , sekali sekala kepalanya memusing kebelakang melihat gadis tadi
"Minah ni gila ke apa ? Nak buat konsert pun agak-agak la atas jambatan"
2 saat kemudian baru dia dapat tangkap apa yang gadis itu mahu lakukan , afzan laju menghentikan keretanya di seberang jalan
Kaki dia laju melangkah ke arah gadis yang menangis teresak-esak , tiba-tiba afzan berhentikan kakinya. Otak dia tetiba berfungsi , dia seperti teringat sesuatu sekarangkan dah pukul 12 malam . Ada ke orang bunuh diri malam-malam ?
Jadi gadis didepannya ni manusia atau hantu ?
"Sampai hati papa dengan mama buat citra macam ni" luah gadis di depan afzan , okay afzan dapat tangkap yang dia ni manusia
"Woi !"
Citra yang berdiri di atas jambatan terkejut bila disergah oleh afzan , kaki dia hilang keseimbangan hampir jatuh ke dalam air
Nasib afzan bertindak pantas menarik tangan citra dari terjatuh , salah dia juga main sergah je , sepatutnya bagi la salam dulu ke atau pembuka kata ke eh ?
Citra terus jatuh tersembam atas badan afzan , mata mereka bertembung . Lama , Afzan terpegun dengan kecantikkan citra . Muka natural citra membuatkan jantungnya berdegup laju .
Adakah ini dimanakan cinta ?
Cantik betul ciptaan Allah ni , ceh jumpa perempuan cantik baru nak ingat Allah ? Bunuh orang tak nak pula ingat Allah .
Citra sedar yang di terbaring di atas badan afzan terus bangun dari badan afzan , pipinya sudah merah menahan malu . Afzan juga bangun dari baringnya , dia sengaja membuat dingin untuk menutup malunya
"Kau buat apa berdiri atas tu ? Nak bunuh diri ? Nak menyusahkan orang lain ?" Afzan memarahi citra .
Citra hanya menundukkan kepalanya , ayat 'menyusahkan orang' berlegar di kepalanya. Mata dia terus mengeluarkan airmata , mama dengan papanya selalu kata dia menyusahkan semua
KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Acción[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...