Tok
Tok
Tok
Arfan yang fokus dengan kerjanya rasa terganggu dengan ketukan di pintu bilik kerjanya banyak kali .
"Masuk je la !" Jerit arfan , kepala tunduk ke bawah menyambung membuat kerjanya. Ariq dan arsyad membuka pintu seluas-luasnya . Wajah gembira terpampang di wajah mereka berdua . Arfan menghembus nafas perlahan .
"Nak apa ?" Tanya arfan tanpa memandang kedua wajah adiknya . Tanpa pelawaan arfan , ariq dan arsyad selamba duduk di kerusi depan abang sulung mereka .
"Nah" sampul coklat dihulurkan kepada arfan . Dengan perlahan arfan mengambil sampul surat di tangan arsyad .
Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka sampul coklat itu . Satu persatu kertas di keluarkan dan di baca dengan teliti . Arfan cuba mengawal emosinya saat membaca dokumen yang diberikan adik - adiknya
Arfan terus mencampakkan kertas itu ke tepi , dia tak sanggup untuk teruskan membaca . Ariq dan arsyad hanya memerhati abangnya yang seperti cacing kepanasan .
"Sampai bila kau nak berlakon ar ?" Tanya ariq dengan dingin . Arfan diam tanpa menjawab soalan ariq .
"Kau tak kesian dekat eryna ke ?" Tanya arsyad pula . Kali ni arfan mendengus perlahan .
"Aku tak tahu , aku buntu sekarang ni" kata arfan perlahan . Dia menongkat dahinya dengan kedua tapak tangan .
"Sekarang ni dia rancang nak hancurkan hidup eryna dengan yang lain"
"Aku pelik , kenapa dia sanggup buat macam ni ?"
Pelbagai soalan bermain di minda mereka bertiga . "Kita ada buat salah ke dengan dia ?" Tanya arsyad . Jari telunjuk bermain di dagunya . Arfan dan ariq mengangkat bahu serentak .
"Aku rasa kau kene cepat-cepat habiskan semua ni . Kau nak eryna bencikan kau ke ar ?" Kata ariq . Arfan terdiam .
"Tu memang rancangan aku , aku nak dia bencikan aku sampai bila-bila . Aku pun tak sanggup nak seksa hidup dia lagi" kata arfan perlahan . Ariq menggeleng kepala . Matanya tajam memandang muka mendung arfan .
"Tapi ar , ni bukan cara dia . Kau dah lama kan cintakan eryna ? Sekarang masanya kau bukti kan dekat dia yang kau betul-betul cintakan dia . Bagi dia lupa kan affan" nasihat ariq dengan tenang .
"A-aku buntu" kata arfan . Dia meraup rambutnya ke belakang .
"Sebab tu aku cakap kau kene hentikan semua ni . Sekarang waktu kau dengan eryna bahagia . Cukup selama ni kau orang berdua terseksa . Lagi pun aku rasa yang eryna pun dah mula cinta and sayang kan kau . Jangan sia sia kan dia lagi" kata arsyad panjang lebar . Arfan hanya diam .
"Kau tahu kan dia bahaya ? Kalau dia apa apa kan eryna macam mana ?" Kata arfan dengan nada luluh . Dia tak terbayangkan kalau dia gagal menjaga eryna .
"Percaya pada diri kau . Sekarang ni dia dah mula kan plan dia nak hancurkan perkahwinan deela dengan yang lain" kata ariq serius .
"Dia dah hantar anak-anak buah dia" sambung arsyad lagi . Sekali lagi arfan terdiam . Kalau kalini dia tak bertindak semuanya akan musnah .
"Tak apa , kita bagi dia bersenang lenang dulu" terbit satu senyuman sinis di bibir arfan . "Kita follow je game dia" sambung arfan lagi . Ariq dan arsyad juga terikut tersenyum sinis .
"Tak nak bagitahu baby girl ke ?" Tanya arsyad . Dalam keluarga mereka hanya arsyad yang memanggil ardeela dengan panggilan baby girl . Ariq dan arfan menggeleng kepala
"Tak payah , suami dia ada ." Kata arfan dengan penuh makna . Arfan , ariq dan arsyad tahu tentang status pekerjaan kedua adik ipar mereka . Affan sendiri yang beritahu sebelum kahwin dengan adik mereka .
"Dia ingat aku bodoh" guman arfan perlahan .
Ting
Laju mata arfan mengerling ke arah telefon bimbit di atas meja . Dia melihat nama eryna terpampang di skrin telefon . Tangannya terus mengambil telefon dan membuka chat dari eryna .
My heart ❤️
"Awak balik makan tak lunch nanti"Bibir arfan terus naik tersenyum lebar . Jarinya laju menaip di skrin telefon
Me
"Balik"My heart ❤️
"Okay , saya dah masakan makanan favourite awak"Makin lebar senyuman arfan . Dia seperti angau membalas chat isterinya . Ariq menolak lengan arsyad menggunakan sikunya . Arsyad juga memandang abang sulungnya dengan tatapan tak percaya .
Me
"Thankyou"My heart ❤️
"Welcome"Me
"Wait for me and love you darling"Arfan terus menutup telefonnya . Dia terus mengemas-gemas barangnya . Ariq dan arsyad memandang arfan dengan pelik . Abang dia dah kenapa kelam kabut tetiba ni .
"Kau nak pergi mana ?" Tanya ariq dengan kerutan di dahinya . Arsyad mengangguk kepala berkali-kali .
"Nak balik la dating dengan bini . Kau tak bini kan ? Huh lemah slebew" kata arfan selamba . Dia terus keluar dari bilik meninggalkan kedua-dua adiknya yang ternganga luas .
Ariq dan arsyad mengigit bibir bawahnya menahan geram .
Di rumah pula , eryna tergaman lama . Dia tak berhenti memandang chat terakhir dari arfan . Suami dia salah hantar ke ?
'wait for me and love you darling'
Eryna mengemam bibirnya , dia rasa nak menjerit je sekarang ni . Jantung dia berdegup sangat kencang .
Sah , dia betul-betul dah cintakan arfan 100%
...
Jeng jeng jenggggggg ....
Kita bagi sweet moment Eryna dengan arfan la pula , asyik sedih-sedih je bila part eryna :( .
And sorry sangat-sangat sebab mey lambat update actually mey dah start masuk kolej and kerja so mey agak busy nak update insya-Allah tak lama lagi mey akan habiskan buku ni terus . Maaf sangat-sangat buat kauorang semua tertunggu-tunggu 🙏🏻

KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Action[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...