Ardeela membiarkan angin meniup lembut rambutnya , dia hanya menikmati keindahan pantai dihadapanya. Dia serabut duduk kat rumah , pergi mana-mana ada je makhluk halus yang mengikutinya
Kalau lama lama duduk dalam rumah tu rasanya dia boleh jadi gila , pergi sana nampak hantu pergi sini nampak hantu.
Dari kecil lagi ardeela boleh melihat makhluk halus , rahsia itu hanya dia dan arwah mummynya saja yang tahu. Bagi ardeela , perkara itu adalah nasib malang baginya
Dulu , bila dia nampak hantu dia akan terus bagitahu arwah mummynya tapi sekarang mummy sudah tiada meninggalkan dia seorang diri.
Lepas saja arwah mummynya meninggal , ardeela terus bertukar watak menjadi seorang yang pendiam dan dingin. Kerana dia hanya rapat dengan arwah mummynya berbanding daddy dan abang-abangnya
Sedang ralit termenung , mata ardeela tak sengaja melihat satu susuk tubuh perempuan yang pucat dan satu badannya basah mengikut belakang orang-orang yang berjalan di pantai berhampiran dengannya
Dia tahu itu bukan manusia , mungkin salah satu roh yang mati lemas di pantai ni. Tiba-tiba makhluk itu menoleh ke arah deela yang dari tadi memerhati kelakuan makhluk itu
Ardeela terus memejam mata dan menundukkan kepalanya. Dia berharap hantu tu takkan datang kepadanya , fade up nak layan hantu dah.
Dia membuka matanya perlahan-lahan dan dia melihat dua pasang kaki pucat dihadapannya , aduh ! ardeela mengeluh perlahan dia sudah agak mesti hantu ni akan datang kepadanya
Ardeela cuba membuat-buat tak nampak hantu dia hadapannya. Hantu itu mendekatkan muka pucatnya di depan muka ardeela , dia menilik muka ardeela sedalam-dalamnya
Dia perasan yang dari tadi gadis dihadapannya dapat melihat dirinya.
"Kau boleh nampak aku kan ?" Tanya hantu perempuan itu pada ardeela , namun ardeela hanya membuat tak dengar dengan pertanyaan dari hantu itu
Gila nak jawab , kang ada yang kene angkut dengan hospital gila sebab cakap sorang-sorang. Kenapa la dia boleh nampak semua bende ni , menyusahkan diri dia saja
"Aku tahu kau boleh nampak aku , sebab dari tadi kau asyik pandang aku je" sekali lagi hantu perempuan itu bercakap dengannya , kalini hantu tu duduk disebelahnya. Apa masalah hantu ni , orang tak layan jangan la sibuk dekat sini
"Kau jangan kacau aku boleh tak ? Aku tak kacau kau , so jangan kacau aku" ujar ardeela dengan perlahan , gila kau kuat-kuat kang orang kata dia tak betul
Muka cantik tapi gila , fuh jangan jangan jatuh saham dia nanti
Ardeela menjeling sedikit melihat muka hantu perempuan disebelahnya , nasib muka tak seram kalau seram dah lama dia cabut lari dekat situ
"Ala , aku bosan la dekat sini takde siapa nak borak dengan aku. Kau kan boleh nampak aku , so borak la dengan aku"
ardeela membuat muka pelik , apa masalah hantu ni ? Sakit ke ? Eh sakit apanya bukan dia dah mati ke. Ardeela terus bangun meninggalkan hantu perempuan itu , kacau betul hantu ni dia baru je nak tenangkan diri
"Jangan la tinggalkan aku" ardeela sangkakan hantu itu takkan mengikutinya namun sangkaannya meleset. Hantu itu cuba mengejarnya , ardeela mencepatkan langkahnya untuk menuju ke arah keretanya ditepi jalan
"Jangan ikut aku lah !" Bermula lah aksi kejar mengejar antara hantu perempuan itu dengan ardeela , ada jugak aku baca ayat al-quran kuat-kuat kat sini kasi dia terbakar
Ardeela menoleh kebelakang melihat hantu perempuan itu masih lagi mengikutnya dari belakang. Kurang kasih sayang betul la hantu ni , kalau nak kasi sayang cari orang dia
Dia sendiri pun kurang kasih sayang.
Tiba-tiba dahinya terhantuk di tubuh tinggi keras dihadapannya. 'Hantu galah mana pulak kat depan aku ni !' bisik hatinya , tak cukup dengan hantu perempuan tadi sekarang hantu baru pulak datang
Ardeela mengosok-gosok dahinya yang terasa pedih , boleh tahan kuat dia langgar dada hantu lelaki dihadapannya tadi. Dia melihat hantu lelaki itu jugak mengosok bidang dadanya
Aik hantu pun boleh rasa sakit ke? Dia ni hantu ke manusia ? Mana ada hantu pakai baju kemas seperti lelaki dihadapanya ni.
Hantu atau manusia ni ?
"Excuse me ? Dah langgar orang tak reti nak minta maaf ke ?" Ujar affan sambil mengosok dadanya , Boleh tahan kuat perempuan dihadapannya rempuh dada dia tadi
"Sorry sorry , saya tak sengaja" ardeela bagaikan tersedar dari mimpi terus meminta maaf , okay kat depan dia ni manusia bukan hantu.
Ni semua salah hantu perempuan tadi
Affan hanya mengangguk kepala tanda sudah memaafkan ardeela
"Nama kau siapa?" Ardeela mengerut dahinya , dah kenapa tanya nama dia . Dia nak saman aku ke ? Omg takkan la sebab langgar dada terus nak saman
"Buat apa nak tahu nama saya ?"
"Saja mana tahu nama kau, aku sebut masa akad nikah nanti"
Damn ! Dah keluar dari mulut hantu , termasuk pulak dalam mulut buaya.
Ardeela membuat muka geli dan terus meninggalkan lelaki itu. Tak kuasa dia nak melayan , baik dia cari makanan. Penat main kejar-kejar dengan hantu perempuan tadi.
Affan tercengang bila gadis cantik pergi begitu saja meninggalkan dirinya seorang diri. Malu tu malu la juga
Terkejut pun sama , sejak bila mulut dia jadi manis. Tapi dia tertarik dengan kedinginan perempuan tadi , jarang dia jumpa perempuan dingin macam ardeela tadi
Perempuan yang dia selalu jumpa mesti akan tergedik-gedik dihadapanya. Pada mulanya affan ingatkan , perempuan tadi sengaja melanggar dirinya rupanya tak . Kan malu sendiri apa la kau ni affan
Affan tersenyum sedikit bila teringatkan muka perempuan dihadapannya tadi. Cantik
"I make sure you will be mine"
Bersambung~
KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Action[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...