48 🦋

3.7K 328 4
                                    

Pop !

"Welcome back to neraka jahanam setan !" Jerit afzan , harriz dan emerson serentak . Manakala affan dan qaiser meletupkan popper pop dengan muka tak ada perasaan .

Yang lain hanya menepuk tangan sambil senyum terpaksa .

Sebenarnya mereka tak mahu pun sambut izham tapi mereka semua telah di paksa oleh 3 ekor beruk , siapa lagi kalau bukan afzan , harriz dan emerson .

Diorang bertiga tak sabar mahu menanti kepulangan izham .

Izham dan lestari yang baru melangkah masuk ke dalam penthouse terkejut mendengar bunyi letupan dari Party popper pop . Mereka melihat semua berkumpul di depan pintu masuk penthouse menanti kepulangan izham .

"Masuk masuk , buat macam rumah sendiri" ujar afzan selamba , dia terus paut bahu isterinya dan terus meninggalkan mereka di pintu masuk . Harriz dan emerson juga sama seperti afzan memaut bahu pasangan masing-masing  dan pergi meninggalkan mereka .

'dasar anak babi' kutuk mereka semua serentak dalam hati .

"Ni siapa nak kemas ni setan !" Jerit qaiser kuat , geram betul melihat perangai sahabatnya atau lebih tepat sehanat .

"Kemas la sendiri" ujar afzan setelah duduk di sofa , dia menarik tubuh isterinya supaya menempel dekat padanya . Citra hanya mampu pasrah , dia ikutkan saja kehendak suaminya .

"Adik kau memang sial , dah la semua ni rancangan dia lepastu tak hormat orang single , dua ketul beruk tu pun sama je " rungut qaiser dengan sakit hati . Dia mengutuk sahabatnya dalam hati , affan menepuk-nepuk bahu qaiser untuk menenangkan jiwa lelaki itu .

"Kahwin je la , tunggu lama-lama buat apa" ujar affan tanpa nada , qaiser memandang wajah affan yang tiada perasaan dengan pandangan pelik .

Kahwin ? Jodoh pun tak ada .

"Kau nak aku kahwin dengan siapa ? Pokok ? Batu ?" Balas qaiser sebelum menghembuskan nafas kasar . Sebelah bibir affan terus terungkit ke atas .

"Adik sepupu aku ada" ujar affan selamba .

"Eryna ?" Ujar qaiser sambil membuat muka geli , tak mahu dia dengan gadis itu . Gelap masa depan dia nanti , affan menggeleng kepala laju .

Gila apa dengan eryna , gadis itu sudah menjadi isteri orang lagi-lagi isteri abang iparnya .

"Ermina"

Mendengar sebaris nama yang keluar dari mulut affan , qaiser terus mengeraskan badannya . Dia berfikir sejenak tentang gadis itu .

Bukan dia tak tahu cara pandangan qaiser pada ermina macam mana .

"Bro , kalau kau dah suka dekat adik sepupu aku pergi je la masuk meminang dia . Nanti ada orang lain rembat dia baru kau tahu" ujar affan sebelum meraih tangan isterinya dan meninggalkan qaiser yang berdiri seorang diri depan pintu rumah .

Izham dan lestari awal-awal lagi sudah masuk ke dalam bilik .

Qaiser pula bagaikan tersedar dari mimpi , dia melihat sekelilingnya sudah kosong meninggalkan dia seorang diri .

"Kalau semua dah blah , siapa nak kemas semua ni !" Jeritannya sekali lagi .

"Kau la" balas mereka semua serentak . Qaiser memejam mata sambil menarik nafas dalam-dalam dan menghembus dengan perlahan untuk menghilangkan rasa geram .

Dia terus ke dapur mengambil penyapu dan penyodok untuk membersihkan sisa party popper pop yang bersepah di depan pintu .

'rumah bukan main mewah tapi maid tak nak ambil langsung , pastu kalau rumah ni bersepah aku juga yang kene kemas . Kalau macam tu baik aku kerja maid je dari jadi silent killer' bebelnya dalam hati sambil menyapu .

Dia menyapu dengan kasar , sakit betul hatinya bila jadi maid terjun . Kalau dia tahu jadi macam ni baik dia duduk dalam bilik je tidur .

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang