"i'm not your mummy , darling"
Ardeela mengerut dahinya begitu juga dengan yang lain .
"Maksud mummy" tanya ardeela dengan esakan yang masih tersisa . Puan catrine mengelus rambut ardeela .
"I'm your mummy twins" lembut saja suara puan catrine bercakap dengan ardeela .
Makin kerut dahi ardeela . Dia memandang seluruh wajah puan catrine . Memang sama dengan muka arwah mummynya .
Dah nama kembar memang la sama .
"Nama ummi , mardell catriona zander but everyone call me catrine" kata puan catrine .
"And this" puan catrine menarik tangan arfiq supaya berdiri di sebelahnya .
"Anak ardell"
Semua terkejut beruk . Mata mereka memandang ke arah puan catrine dan arfiq yang menunjukkan riak selamba .
"Tak faham"
Puan catrine mengangguk kepala perlahan .
"Actually ardell tak meninggal dunia pun waktu dia kene tembak tu , dia terpaksa palsukan kematian dia demi keselamatan semua orang . Ardell tahu siapa yang rancang semua ni and dia decide balik ke Itali . Granpa and granma kamu semua yang sorokkan dia .
Tapi sayang , nyawa ardell tak panjang lepas lahirkan arfiq . Dia tumpah darah dan tak dapat diselamatkan . Lepas je ardell meninggal granpa dengan granma kauorang pula ikut jejak ardell . So ummi la yang membesarkan arfiq seorang diri dekat itali . Kami balik Malaysia pun sebab nak tangkap pembunuh ardell"
Semua memasang telinga mendengar penjelasannya . Tuan dahlan melangkah ke arah arfiq . Mata sudah basah dengan air mata . Tapak tangan tua tuan dahlan menekup pipi arfiq dengan lembut .
"Anak aku ya Allah" kata tuan dahlan dengan tangisan sayu . Dia merapatkan dahinya dengan dahi arfiq . Dia bersyukur sekurang-kurangnya anak bongsunya masih hidup .
"Daddy" buat pertama kalinya arfiq memanggil seorang lelaki dengan panggilan daddy . Masa yang ditunggu-tunggu akhir tiba .
"Jadi kubur dekat kedah tu bukan mayat arwah mummy la ?" Tanya ardeela dengan tak percaya . Puan catrine mengangguk kepala perlahan .
"Tu mayat orang lain , kami ubah muka dia jadi macam muka arwah ardell"
Naik turun kepala ardeela . Dia masih lagi tak percaya . Namun dia tetap memeluk tubuh puan catrine . Masa dia peluk puan catrine dia dapat rasakan yang dia memeluk mummynya .
"Deela rindu mummy"
"Ummi pun rindukan mummy" balas puan catrine dengan sebak . Dia mencium lembut kepala ardeela . Dia dah anggap anak-anak adik kembarnya seperti anaknya sendiri .
"Yow adik ku yang sekian lama menghilang" ariq menghampiri adik bongsunya . Arfiq hanya memandang adik beradiknya dengan tatapan dingin . Dia masih belum selesa dengan abang-abangnya kecuali ardeela .
Dari dulu dia yang banyak jaga ardeela dari jauh . Musuh abang iparnya yang mahu mencederakan ardeela pasti akan di halang olehnya .
Ariq menarik tubuh adik bongsunya dalam pelukan . Dia menepuk belakang badan adiknya . Arsyad dan arfan juga menyelitkan diri memeluk tubuh tegap arfiq .
"Welcome back budak hilang" kata ariq sambil melepaskan pelukan . Dia menolak badan arsyad dan arfan yang masih lagi mahu memeluk arfiq .
"Lepas la bodoh , peluk lama-lama buat apa . Rimas" kata ariq kasar . Arfan dan arsyad terus melepaskan pelukan . Arfiq masih lagi mengunci mulutnya .
"Lelaki lagi , hari tu mummy cakap baby dalam perut mummy perempuan . Apa ni tak adil langsung" kata ardeela lepas dia rasa tenang dalam pelukan puan catrine . Semua tergelak dengan ucapan ardeela .
"Terima kasih sebab jagakan anak bongsu saya" ujar tuan dahlan lembut . Puan catrine mengangguk kepala dengan senyuman manis .
"Memang tugas saya , lagipun saya dah anggap anak-anak arwah adik saya macam anak saya sendiri" balas puan catrine lembut . Tuan dahlan mengangguk kepala perlahan , sebelah tangannya mengosok belakang tengkuknya dan sebelah lagi di seluk ke dalam kocek seluarnya
Ardeela bergerak ke arah abang-abang dan adiknya , dia menyelit di tengah-tengah antara abang-abangnya . Dia mengiku perut ariq dan arsyad . Mata mereka berlima tak lepas memandang ke arah tuan dahlan dan puan catrine berborak di depan mereka .
"Deela tengok macam sesuai je kalau daddy kahwin dengan ummi"
Semua mengangguk kepala serentak . Mereka setuju saja kalau tuan dahlan mahu kahwin lagi . Bibir arfiq tersenyum lebar melihat senyuman puan catrine . Dia terhutang budi dengan perempuan itu .
"Ehem , daddy tak nak kahwin lagi ke ?" Tanya arsyad secara tiba-tiba . Terdiam tuan dahlan dan puan catrine .
"Apa kamu merepek ni arsyad . Daddy kamu ni baru je lepas bercerai tau" dalih tuan dahlan dengan wajah yang memerah .
Mereka berlima mengecilkan mata memandang ke arah daddy mereka . Tuan dahlan pula dah seperti cacing kepanasan .
"Sudah-sudahlah kacau daddy kamu ni , kesian dia" kata puan catrine lembut .
"Ala apa salahnya , sekarang daddy dah single and ummi pun single tak kahwin lagi . So tak salah pun kalau ummi dengan daddy kahwin" arfiq mengeluarkan suaranya . Habis merah muka puan catrine dengan tuan dahlan .
Laju kepala mereka menggeleng .
"Jangan nak mengada-ngada ye , ummi dengan daddy kamu ni dah tua"
"Eh apa salahnya kalau awak kahwin dengan saya" laju tuan dahlan bersuara . Bulat mata puan catrine memandang tuan dahlan .
"Jom la kita kahwin"
Hampir terkeluar jantung puan catrine bila di lamar begitu saja oleh tuan dahlan . Tadi kemain lagi jual mahal .
"Terima je ummi" kata arfiq laju . Yang lain hanya mengangguk kepala . Puan catrine memandang kembali wajah tuan dahlan yang masih setia memandang dirinya .
"Okay kita kahwin"
Semua bersorak gembira bila puan catrine menerima lamaran tuan dahlan .
"Yeay dapat mummy baru" kata ardeela gembira . Dia lagi suka kalau puan catrine yang menggantikan posisi arwah ardell daripada puan laura .
"Haish , daddy dah nak kahwin , arsyad pula minggu depan nak kahwin juga . Aku ni bila nak kahwin !" Rungut ariq dengan keluhan berat .
"Tak apa bang , aku tak kahwin lagi" kata arfiq dengan menepuk-nepuk bahu ariq . Bersinar-sinar mata ariq memandang arfiq , nasib dia ada kawan yang masih single .
"Tapi aku ada girlfriend" terus masam muka ariq bila dapat tahu yang adik bongsunya dah ada pasangan . Semua gelak melihat muka masam ariq .
Keluarga mereka kembali cerah dan bahagia . Namun mereka lupa tentang dendam seseorang . Dendam yang akan buat keluarga bahagia mereka musnah dan hancur seteruknya .
...
Mey rasa lagi 4 or 5 chapter je dah nak habis . Terkejut ke tu ???
Sama la mey pun terkejut jugak . Hohoho

KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Action[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...