53 🦋

3.6K 314 8
                                    

Affan fokus membawa keretanya , tangan kanannya memegang stereng kereta manakala tangan kirinya tak lepas memegang tangan ardeela .

Sekali sekala dia membawa tangan ardeela ke bibirnya . Ardeela cuma membiarkan saja perbuatan affan , dia hanya menikmati keindahan alam sementara sampai ke kampung arwah mummynya

"Sayang kalau mengantuk lagi tidur je"suara affan memecah suasana yang sunyi di dalam kereta . Ardeela terus memandang suaminya "kalau ardel tidur siapa nak teman abang ?" Ujar ardeela .

"Kami ada" potong firdaus laju , nina di sebelah firdaus mengangguk kepala berkali-kali . Entah macam mana boleh sesat dua ekor ni ikut diorang balik kampung

Ardeela menjeling tajam firdaus dan nina , geram je dia dengan dua ketul hantu ni .

"Sayang jeling siapa ?" Tanya affan , ardeela mengelipkan mata memandang affan . Dia membuat reaksi biasa

"Mana ada jeling siapa-siapa" ujar ardeela polos , dia menghembus nafas lega bila melihat suaminya mengangguk kepala .

Nasib tak kantoi .

"Mummy memang asal kedah ke sayang ?" Soal affan

Ardeela menggeleng kepala perlahan . "Tak la mummy orang itali tapi family mummy buang mummy sebab bercinta dengan daddy . Kat kedah ni keluarga angkat mummy" terang ardeela panjang lebar .

Affan mengangguk kepala . Dia terus membawa kereta ke kedah , kereta afzan , harriz dan izham mengekori dari belakang .

"Tak sabar nak jumpa tok dengan tokwan" kata ardeela dengan gembira , bibirnya tak berhenti tersenyum lebar . Affan juga terikut senyum melihat senyuman isterinya

"Tok dengan tokwan garang tak" ardeela menggeleng kepala laju .

"Dok garang sangat tapi kalau abang dengan hat lain ketegaq mau kene hambat dengan tok" tu dia keluar dah bahasa kedah dia .

"Hambat dengan ketegaq tu apa sayang ?" Affan mengaru kepalanya , dia tak faham bahasa yang digunakan oleh ardeela .

"Hambat tu maksud dia kejar , kalau ketegaq tu pula degil" terang ardeela .

"Pandai eh sayang cakap kedah" puji affan lembut .

"Eh of course tengok la anak siapa" ujar ardeela dengan riak bangga . Nina dan firdaus membuat gaya seperti mahu muntah di belakang .

"Heh setakat tu aku pun tak ada" kata nina , sempat dia menjeling ardeela .

"Kau tak ada ? Ish ish ish" firdaus menggeleng kepala kesal

"Kenapa ? kau ada ke ?" Soal nina pelik

"Aku pun tak ada" balas firdaus sebelum mereka berdua serentak melepaskan ketawa besar .

"Kampung abang dekat mana ?" Kini ardeela menyoal affan

"Mama dekat spain and arwah papa dekat itali" jawab affan lembut , ardeela mengangguk kepala perlahan .

"So mama dengan papa orang luar negara la ni ? Macam mana boleh sesat dekat Malaysia ni ?" Ujar ardeela sambil ketawa kecil , affan juga mengikut ketawa dengan isterinya . No wonder la muka suaminya seperti kacukan

"Papa bukak bisnes dekat Malaysia sebab tu la sesat dekat sini"

"Ardel tak sangka pulak yang abang pun ada darah itali ye" ujar ardeela

"Yes , mungkin jodoh kita memang kuat kut" kata affan sambil mengeyit sebelah mata pada ardeela .

"Eee tak ada kene mengena pun dengan jodoh . Merepek je kerja dia" ujar ardeela sebelum menjeling manja . Affan melepaskan ketawa besar , alahai cik isteri nak bersweet pun tak boleh .

"Alamak sayang !" Ujar affan dengan nada gelabah

"Ha kenapa ?" Ardeela juga terikut suaminya mengelabah .

"Abang terlupa nak ambil something la dekat rumah" affan menepuk dahinya perlahan .

"Abang tertinggal apa ? Ish dah jauh tau nak patah balik" kata ardeela dengan geram

"Abang lupa nak ambil cinta abang untuk sayang dekat rumah" ujar affan selamba dengan senyuman lebar , ardeela terus mengemam bibir . Dia ingatkan betul-betul la suami dia tertinggal barang dekat rumah .

"Ish abang ni sama je dengan penculik kan" ujar ardeela lembut

"Penculik ? Kenapa pula dengan penculik sayang ?" Soal affan pelik . Affan mengaru keningnya , kenapa dia di sama kan dengan penculik ?

" Yela sama-sama jahat cuma beza dia penculik menculik orang tapi abang menculik hati ardel" kata ardeela malu , dia meramas lutut dengan geram . Ternganga sedikit mulut affan bila mendengar pickupline Isterinya , tangannya makin kuat mengengam stereng kereta .

Ya Allah isteri siapa comel sangat ni .

Nina dan firdaus di belakang membuat muka geli , rasa nak termuntah dalam kereta ni .

"Aku rasa macam menyesal ikut diorang balik kampung" ujar firdaus dengan menggeleng kepala perlahan , nina juga ikut setuju dengan firdaus .

"Tak apa la fir , kau boleh sweet dengan kak ponti kat dalam penthouse tu . Aku tengok dia dah lama usya kau"

"Kepala hotak kau , dari aku sweet dengan kak ponti baik aku sweet dengan kau" ujar firdaus tapi ayat belakang diperlahankan hanya dia saja yang mendengarnya  .

"Ha apa dia ? Kau cakap apa tadi ?" Nina mendekatkan telinganya pada firdaus . Laju firdaus menolak kepala nina supaya jauh darinya .

"Tak ada bende setan jauh sikit kau tu busuk" marah firdaus, nina menjeling wajah seram firdaus dengan tajam .

"Sebusuk-busuk aku , busuk lagi dirimu . Sedar wahai hantu yang kau tu lagi seram dari aku" ujar nina selamba .

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang