08 🦋

5.2K 455 54
                                    

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.





Ardeela menolak troli menuju ke rak makanan ringan , stock makanan di dalam bilik dia sudah kekurangan. Ardeela terpaksa menolak kuat sedikit troli dia bukan kerana banyak makanan

Tapi si nina duduk dalam troli yang dia bawa , puas juga la dia bergaduh dengan nina tadi . Terpaksa la ardeela mengalah dengan si kenit nina tu

"Kenapa kau letak makanan dalam bilik deela ? Jarang aku tengok kau makan sekali dengan family kau"

Nina selalu tengok ardeela hanya duduk dalam bilik , balik kerja je duduk dalam bilik . Abang-abang ardeela panggil untuk turun makan

Mesti ardeela buat-buat tidur atau penat.

"Hm saja , kau tak payah ambil tahu la" ujar ardeela dengan nada malas , buang masa je dia jawab persoalan nina ni

"Ala , apa salahnya. Pelik la aku dengan kau ni , semua orang laju je kalau family ajak makan tapi kau , punya banyak alasan kau bagi dekat family kau"

"Ish kau ni banyak mulut la ! Baik kau tutup mulut kau sebelum aku tak nak layan kau nanti" ugut ardeela , punya la bising mulut tu

Mesti dalam perut , puan maya banyak makan bontot ayam , sebab tu la mulut si nina ni payah nak tutup

Nina menutup mulut dia dengan kedua belah tangan , takut pula dia dengan ugutan ardeela. Kesian dia kalau ardeela tak nak kawan dengan dia

Takkan la dia nak kawan dengan cik ponti , nanti hari hari cik ponti ajak dia terbang. Tak nak la dia

Ardeela puas hati bila nina sudah diam boleh pekak telinga dia dengar suara nina yang macam telan speaker tu. Nasib dia seorang saja yang dengar

Kalau orang lain dengar ? Tak ke malu depan orang ramai

Tangan ardeela cuba mengambil snek kegemarannya di rak tinggi , kaki dia yang pendek menyukarkan ardeela untuk mengambil makanan tersebut

Terpaksa la dia menjengket kaki sedikit tapi tetap tak sampai. Tu la deela waktu kecik kecik mummy suruh minum susu tak nak kan dah menyusahkan diri.

Tetiba ada satu tangan mengambil snek kegemarannya di belakang dia , ardeela terus pusing ke belakang melihat siapa pemilik tangan yang mengambil snek dia

Di sebabkan ketinggian dia hanya paras dada dengan lelaki itu ardeela terpaksa mendongak kepala ke atas , Dia melihat muka affan yang tersenyum manis terus membuat muka menyampah

Dalam banyak-banyak lelaki , kenapa mesti affan juga yang dia jumpa

"Dah tahu diri tu pendek , tak reti nak minta tolong ke ?"

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang