"Aku terima nikahnya eryna dahlia leora binti farwish leon dengan mas kahwinnya rm50 ringgit tunai"
"Sah ?"
"Sah"
"Alhamdulillah"
dengan sekali lafaz eryna sah menjadi isteri arfan walaupun terpaksa .
Eryna memejam erat matanya , tangannya mengigil saat menadah tangan . Tubir matanya mula memanas , hari ni saja dia dah banyak membazirkan air mata .
Keluar saja dari pejabat agama , eryna terus meluru menghampiri keluarganya di kereta meninggalkan arfan di belakang .
"Eryna ikut mama dengan papa balik boleh ?" Pinta eryna perlahan , dia tak mahu mengikut arfan pulang ke rumah tuan dahlan .
"Suami ada , ikut suami kamu tu balik" ujar encik farwish tanpa memandang wajah anak keduanya , dia masih lagi kecewa dengan eryna
"Please papa" rayunya sekali lagi .
"Mama" kini eryna merayu pada puan marlinda , tangan mamanya dia raih perlahan sebelum di gengam lembut .
Puan marlinda hanya mampu mengusap kekura tangan anaknya dalam kereta . "Eryna sekarangkan dah kahwin , jadi eryna kene la ikut suami eryna" tangan kanan puan marlinda naik mengelus lembut pipi anaknya .
Walaupun eryna selalu buat dia naik angin , dia tetap sayangkan eryna seperti anaknya yang lain . Eryna menggeleng kepala laju , matanya mula berkaca-kaca
"Eryna tak nak mama" air mata eryna mula mengalir perlahan di pipi mulusnya . Arfan memutar mata ke atas melihat drama air mata yang di buat isterinya .
"Sayang , jom balik ikut abang eh" arfan sengaja melembutkan suaranya di depan mertuanya . Dia meraih bahu isteri yang baru di nikah berapa minit tadi dengan lembut .
"Eryna ikut suami kamu ye , nanti ar ada masa bawa la eryna balik rumah kami" pesan puan marlinda lembut , arfan mengangguk kepala perlahan
Tanpa membuang masa encik farwish terus menggerakkan kereta meninggalkan eryna dan arfan di luar pejabat agama , tuan dahlan pula awal-awal sudah berangkat pulang ke rumah bersama ardeela dan affan .
"Tak payah nak menangis sangat la" ujar arfan kasar , dia menarik kasar lengan eryna menuju ke keretanya yang parking tak jauh dari mereka .
"Sakit la arfan" eryna meronta perlahan untuk melepaskan cengkaman arfan di lengannya namun cengkaman suaminya sangat kuat
Arfan membuka pintu kereta dengan kasar , badan eryna di tolak perlahan supaya masuk ke dalam perut kereta . Dia hanya diam tanpa mengeluarkan sebarang suara , kereta Lamborghini miliknya berderung kuat meninggalkan pejabat agama .
"Kita nak pergi mana arfan ?" Soal eryna pada suaminya namun arfan hanya dia seperti tadi . Suara eryna seperti angin di telinga arfan , raut wajahnya hanya tenang membawa kereta .
Eryna juga menutup mulutnya selepas melihat tiada pembalasan dari suaminya , dia menunduk kepala kebawah sambil bermain dengan tangannya .
Sampai saja di satu rumah banglo besar , arfan membelok keretanya masuk ke halaman rumahnya . Mata eryna tak berhenti memerhatikan kawasan banglo mewah di hadapannya .
Sebaik saja kereta arfan berhenti , dia terus menghadap ke arah isterinya . "Aku nak kau tutup mulut bila masuk dalam rumah ni nanti" ujar arfan sambil memandang wajah cantik isterinya .
"Kenapa" soal eryna takut , pandangan tajam arfan sangat menakutkan dirinya saat ini .
"Aku cakap tu ikut je la ! Tak payah banyak tanya" bentak arfan kuat , terangkat bahu eryna mendengar bentakkan arfan . Baru kahwin dah kene bentak , kalau hari-hari macam mana la nasibnya nanti
KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Action[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...