02 🦋

6.5K 530 65
                                    

       "Assalamualaikum" ardeela melangkah masuk ke dalam rumah agam milik keluarganya dengan lemah , penat bergaduh dengan hantu dalam kereta tadi

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Assalamualaikum" ardeela melangkah masuk ke dalam rumah agam milik keluarganya dengan lemah , penat bergaduh dengan hantu dalam kereta tadi

"Besar rumah kau , anak dato eh" ujar hantu perempuan dengan melihat sekeliling rumah ardeela dengan kagum. Bestnya ardeela jadi anak orang kaya

Ardeela menjuling mata ke atas , hati dia masih panas dengan hantu perempuan yang degil dari tadi nak ikut dia balik.

"Deela dah balik ?" Ucap seorang wanita 40-an yang baru keluar dari dapur , dari tadi dia menunggu kepulangan anak tirinya

"Hm" ardeela membalas sepatah dan terus meninggalkan ibu tirinya keseorangan. Puan laura hanya memandang kepergian anak tirinya yang dingin

Dia tahu susah bagi ardeela untuk menerima dia sebagai penganti arwah ardell. Puan laura tak mengambil hati atas layanan dingin ardeela terhadapnya

Puan laura sayangkan ardeela seperti anak kandung dia sendiri , dia teringin nak anak perempuan tapi puan laura keguguran dan rahimnya terpaksa dibuang

Dia tetap bersyukur kerana suaminya masih setia disisinya , begitu juga dengan anak-anak lelaki suaminya. Mereka menerima puan laura dengan hati terbuka kecuali ardeela

Gadis itu sentiasa menolak kehadirannya dalam rumah agam tuan dahlan. Sejak dia berkahwin dengan tuan dahlan , ardeela sering berkurung di dalam bilik

Gadis itu akan keluar untuk pergi kerja sahaja. Makan pun sentiasa didalam bilik ataupun makan diluar untuk mengelak dari makan bersama-sama dengan mereka.

Puan laura berharap ardeela menerima dia suatu hari nanti.

Ardeela merebahkan dirinya di atas katil , dia merenung kipas siling dengan mata yang redup. Dia rindukan arwah mummynya

"Tadi tu mak kau ke ?" Ardeela terkejut bila hantu perempuan di pantai tadi tiba-tiba muncul tepat di mukanya

Hantu ni kang ada juga aku tumbuk kejap lagi ! Kus semangat

"Kau jangan muncul macam tu boleh tak ?" Ardeela terus mengiringkan badannya ke kiri dan memejam matanya untuk tidur. Hantu perempuan pantai tadi hanya tersengih busuk

"Sorry sorry , kenapa kau layan mak kau macam tu ?"

"Dia bukan mak aku lah"

"Habis dia mak siapa ? Takkan mak aku pulak ?"

Ardeela merengus geram , banyak mulut pulak hantu ni suruh balik taknak gedik nak mengikut

"Dia mak tiri aku , faham ?" Hantu perempuan tu mengangguk kepalanya perlahan , dia memerhati muka ardeela yang dari tadi memejam matanya

Buruk sangat ke aku ni , sampai perempuan ni taknak pandang aku ?

"Wey jangan tidur lagi..."

"Ish ! Bising la kau ni ! Kau nak apa ?" Ardeela terus duduk bersila dihadapan hantu perempuan pantai itu

"Jom berkenalan"

"Pergi mampus"

Ardeela kembali baringkan badannya , dia menarik selimut dan menyelimut badannya untuk tidur.

Mandi ? Jangan tanya kenapa sebab dia memang malas mandi , penat dia tak boleh bawak bincang

Penat dengan dunia , penat dengan otak , and penat dengan sekor hantu yang degil ni

"Alaaaaaa , bagi la tahu nama kau ! Nama aku nina , nama kau siapa ?"

"Ardeela , panggil deela je.. dah aku nak tidur ni , jangan kacau ! Sekali lagi kau kacau , aku bukak surah biar kau terbakar"

Nina terus menggeleng kepalanya , dia terus pergi ke penjuru bilik dan mencangkuk disitu. Dia tahu ardeela akan menepati apa yang gadis itu katakan

Sebelum dia terbakar baik dia duduk diam-diam , nak tidur tak boleh. Yela hantukan , mana ada hantu tidur.

"Nah , kerja yang kau mintak tadi" affan terus mengambil file dari tangan adiknya , dia terus mengeluarkan sehelai kertas dan segera membaca semua isi dalam kertas itu

Nama : Ardeela Medina binti tuan Dahlan
Umur : 23 tahun
Kerja : buka cafe dan kedai bunga sendiri
Adik beradik : 4 orang (3 lelaki 1 perempuan )

Nama ibu : Ardell Catrine Zander binti abdullah
Nama bapa : Tuan Dahlan bin Tuan zamri
Ibu tiri : Siti laura binti malik.

Affan mengambil gambar yang terselit di bahagian tepi kertas , gambar ahli keluarga ardeela semasa pernikahan kedua bakal ayah mertuanya

Bakal mertua eh , perasan betul dia ni

Dia melihat hanya ardeela seorang saja yang tidak senyum dalam gambar ni , jelas di muka gadis itu yang dia tak suka dengan perkahwinan baru ayahnya.

Affan tersenyum kecil , matanya hanya melekat pada muka dingin ardeela. Afzan mengerut dahi bila melihat abangnya tersenyum

Wow ! Affan muqrey senyum disebabkan seorang perempuan , dia kene bagitahu mama ni. Takde la abang dia hari-hari kene cop gay sebab tak suka perempuan

"Siapa perempuan tu ? Beria-ria kau suruh aku cari maklumat pasal perempuan tu"

Afzan penasaran dengan gadis di dalam gambar itu , boleh tahan cantik. Tapi muka ketat je , sesuai la dengan abang dia yang seorang ni

"Bakal kakak ipar kau , dah kau keluar ,"

"Ewah kau , dah la tak cakap terima kasih pastu halau orang pula. Kesian bakal kakak ipar aku kalau kahwin dengan kau !"

Afzan terus melangkah keluar dari bilik abangnya , mulut dia tak berhenti mengutuk abangnya.

Kalau kutuk dalam bilik abangnya lama-lama kang habis dia kene bantai dengan abang dia nanti. Dasar raksasa tua !

Affan terus merebahkan badannya atas katil , dia teringatkan muka dingin ardeela di pantai petang tadi. Muka itu telah mencuri hatinya

Buat pertama kalinya , affan jatuh cinta pada seorang yang digelar 'perempuan'

'Ardeela medina'

Sebaris nama indah itu melekat di fikirannya , dia akan pastikan gadis itu akan menjadi milik dia selamanya.

"Mentang-mentang dah tak jadi gay , berlagak pulak orang tua ni"

Harris yang keluar dari biliknya untuk menuju kedapur terhenti bila mendengar afzan mengutuk seorang , dia memandang afzan yang dari tadi bercakap seorang. Rumah ni berhantu ke ?

Dia terus memandang ke kiri dan ke kanan dengan takut , kalau rumah ni berhantu dia akan bakar rumah ni and cari rumah baru

"Kau cakap dengan siapa afzan?"

"Aku tengah cakap dengan malaikat maut suruh ambil nyawa kau cepat sikit , biar cepat mampus menyusahkan orang je"

"Sial kau !"



Bersambung..

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang