30 🦋

4.1K 355 39
                                    

"satangcheorom dalkomhadaneunde , i wanna know !!" suara sengau milik afzan memenuhi ruangan bilik tidurnya . Lagu twice what is love bergema kuat sehingga menganggu ketenteraman orang yang berada dalam penthouse tersebut . Badannya juga mengikut menari

Affan , harriz dan izham yang berhampiran dengan bilik afzan hanya mampu menahan geram . Pagi pagi sudah memekak , kalau tak kenang adik dah lama mati budak tu . Dah la suara macam alien sesak nafas

Ya Allah kau tarik la balik nyawa budak terencat akal tu .

"He-" nyanyian terhenti saat pintu di buka kasar , dia memandang muka citra yang sudah kemerahan menahan marah . Dia terus mematikan lagu dan tersengih seperti kerang busuk .

"Pagi pagi dah bising . Awak ni dah kenapa saya nak mengaji pun tak boleh tahu tak" citra mensengsengkan telekungnya ke atas bahu . Sakit betul hati dia , orang nak mengaji boleh pula bakal suaminya buka lagu kuat-kuat .

Apa dia ingat ni tempat karaoke ke apa ?

"Jangan marah wahai bakal bidadariku , aku cuma happy ye la kejap lagi kan kita dah nak kahwin" ujarnya gedik sambil jarinya menguis dinding , citra tetiba berasa seram melihat afzan seperti malu-malu kucing di hadapannya . Mamat ni kene rasuk ke ?

"Awak demam ke ? Kalau demam jom kita pergi klinik , takut la saya tengok awak macam ni . Kita tangguh dulu wedding kita eh ?"

"Eh a big no ! Mana ada aku demam , aku excited nak kahwin dengan kau ni" bibir afzan mula muncung ke depan , tangannya di silang ke dada tanda dia sedang merajuk dengan citra .

Bukan makin comel tapi makin seram .

"Tahu la excited tapi tak payah la sampai macam tu sekali , kitaorang tak ada pun macam kau" sampuk izham sambil memeluk tubuh . Dia menyandarkan badannya ke dinding bilik afzan . Affan dan harriz berdiri di belakang citra dengan muka dingin seperti biasa . Mereka berdua mengangguk kepala serentak setuju dengan izham .

"Buto tak excited , habis semalam siapa dok jerit-jerit 'zahsy ishh tak sabar nak kahwin' 'arghhh' 'esok you will be mine baby' pergi mampus la korang bertiga" afzan meniru semula cara mereka bertiga tengah malam semalam . Bukannya dia tak dengar , dia belum pekak lagi .

"Eh sial mengintip orang eh kau" izham terus mengunci kepala afzan di ketiaknya .

"Eh bodoh , kau ingat aku ni tak ada kerja ke nak mengintip kau . Dah terang-terang bilik kau sebelah aku , confirm confirm la aku dengar anjing . Lepas bodoh sakit kepala aku" afzan berusaha melepaskan kepalanya . Sesak nafas woi , bau kumbahan kuat ni .

"Sayang tolong la bakal suami kau ni . Nanti aku mati sebab lemas macam mana , ha kau nak kahwin dengan siapa petang ni" citra hanya menggeleng kepalanya , malas dia mahu layan drama murahan afzan baik dia sambung mengaji lagi bagus .

Tapi hatinya cair saat afzan memanggilnya 'sayang' . Aish belum kahwin lagi dah goda , sabar citra sabar petang ni dah nak kahwin .

"Yang , sayanggg !!" Panggil afzan berulang kali . Kurang asam betul budak ni tinggalkan aku tak apa siap la kau malam ni , lunyai aku kerjakan .

"Lepas la bodoh , sakit" afzan menepuk-nepuk tangan izham yang masih kekal di kepalanya .

"Lek , ni kali terakhir kau dapat peluk aku . Lepasni masing-masing dah nak kahwin , rey is sini la join sekali" ajak izham sambil mengetatkan rangkulan di kepala afzan .

Affan dan harriz mula melangkah menghampiri mereka berdua . Bibir masing-masing sudah tersenyum sinis

"Eh babi jangan dekat ! Kalau kau dekat kau babi . Mamaaaaaaa" jeritnya sekuat hati .

Puan malika yang sedang minum teh o panas tersembut sedikit mendengar suara anak jantannya menjerit di tingkat atas . Puan marlinda dan puan maya juga melihat ke atas , apa la budak budak tu buat dekat atas . Dah nak kahwin pun perangai masih lagi macam budak-budak .

"Pagi-pagi dah riuh ye anak-anak kak long tu" ujar encik farwish sebelum menghirup air kopi khas untuknya . Maklum la hanya dia seorang saja yang minat kopi , isterinya dan yang lain tak sukakan kopi kecuali anak bongsunya ermina .

Omputih kata like father like daughter gitew .

"Biasa la arwish masing-masing excited nak jadi suami orang" balas puan malika , bibirnya tak berhenti senyum manis . Dia juga tak sabar mahu menerima menantu .

Bukan satu bukan dua tapi empat menantu dia akan terima hari ini .

"Lepas ni anak kita pulak abang" sampuk puan marlinda . Matanya tak berhenti menatap ermina dan qaiser yang dari tadi tak berhenti bergaduh berebut bihun .

"Ha ? Anak kita ? Siapa ? Eryna ?" Soal encik farwish berkali-kali . Sejak bila pula anaknya nak kahwin , sudah ada calon kah anaknya itu ? Puan malika dan puan maya juga buat muka keliru .

"Tu" bibirnya muncung ke arah ermina dan qaiser . Semua yang di meja mengalih pandangan yang di tunjuk oleh puan marlinda . Bibir mereka terus mengukir senyuman lebar .

"Ish bangkai ni , ambil la yang lain . Sibuk je nak ambil kat pinggan mina" marah ermina sambil menepis tangan qaiser yang sibuk mencuri bihun di pinggannya .

"Masalahnya kau ambil favourite aku , bagi balik" balas qaiser yang tak mahu kalah dengan ermina . Dia menolak-nolak tepisan ermina di tangannya .

"Lagi satu , apa bangkai bangkai ha . Panggil aku abang qai" sambungnya lagi .

"Eh tak sesuai langsung nak panggil abang qai baik mina panggil bangkai je terus sebijik dengan perangai abang !" Ujar ermina geram , dia memuncung bibirnya kedepan .

Sakit hati betul dengan perangai qaiser yang suka buat dia naik angin .

"Ehem" deheman dari encik zamarul menghentikan pergaduhan mereka berdua . Ermina dan qaiser baru sedar yang semua di meja sedang melihat pergaduhan manja mereka tadi .

"Jangan marah marah nanti lama-lama jadi sayang" ujar puan marlinda , dia menunduk sedikit kepalanya kebawah untuk menahan senyuman .

Gulp.

Serentak mereka berdua menelan air liur . Perit rasanya .

"Nanti benci jadi cinta" sambung encik farwish .

"Mama papa" rengek ermina . Mukanya sudah kemerahan bila di usik dengan puan marlinda dan encik farwish .

"Ehem" qaiser berdehem sebentar menghilangkan rasa debar di hatinya . Dia paling tak suka kalau di usik sebegitu , namun dia menutup wajahnya dengan wajah dingin .

Matanya melirik sedikit ke arah ermina yang sudah menunduk menahan malu .

Nampak comel pula melihat muka kemerahan ermina . Tanpa dia sedar bibirnya mula tersenyum kecil .

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang