49 🦋

3.9K 336 64
                                    

Affan menghampiri ardeela yang tekun membaca novel di atas katil , perlahan-lahan dia naik ke atas katil sebelum menjatuhkan kepalanya di atas peha gebu milik isterinya .

Tangan ardeela terus membelai rambut lebat suaminya , dia tetap meneruskan aktiviti membaca novel tanpa rasa tergangu .

"Sayang" panggil affan lembut , tangan ardeela yang mengusap rambutnya di tarik lalu dia mencium sekilas tangan isterinya .

"Ye" sahut ardeela yang masih lagi membaca novel , amboi dapat novel terus lupakan suami .

"Sayang nak pergi honeymoon tak ?" Soalnya sambil bermain dengan jari jemari isterinya , ardeela terus meletakkan novelnya ke bawah . Wajah affan yang terbaring di pehanya di pandang lama .

"Honeymoon ?" Soal ardeela kembali , affan mengangguk kepala perlahan .

Ardeela berfikir sejenak tentang hal itu , dia tak pernah lagi berfikir mahu honeymoon dengan suaminya .

"Abang nak honeymoon dekat mana ?" Affan memuncungkan sedikit mulut kedepan memikirkan lokasi honeymoon yang bakal dia pergi bersama isterinya .

"Ikut sayang la , abang ikut je kalau sayang nak pergi honeymoon dekat mana-mana" balas affan lembut .

"Hm ardel tak tahu la nak pergi mana abang , abang je la yang tentukan . Ardel okay je" ujar ardeela , affan bangun dari peha ardeela . Dia terus menghadap ke arah isterinya dan bersilap di depan ardeela .

"Cuba sayang bagitahu abang , tempat mana yang sayang paling teringin nak pergi ?" Soal affan , ardeela mengetuk dagu dengan jari telunjuknya .

"Hm apa kata kita honeymoon dekat kampung arwah mummy" ujar ardeela dengan anak mata yang bersinar-sinar , affan menyenget sedikit kepalanya .

Kampung ?

"Sayang serius ke ni ?" Soal affan untuk kepastian dari isterinya , ardeela menjatuhkan kepalanya berkali-kali .

"Jom la abang , kampung arwah mummy best . Banyak tempat yang cantik , alang-alang tu ardel boleh melawat kubur mummy" ujar ardeela dengan nada bersungguh-sungguh , affan terus mengangguk kepala sambil mengukir senyuman manis .

"Okay esok kita pergi kampung arwah mummy" ujar affan lembut , dia mengelus rambut isterinya dengan penuh kasih sayang . Ardeela terus memeluk erat badan tegap suaminya

"Thank you abang !" Ujarnya sambil mengetatkan pelukan .

"Welcome sayang" balas affan , dia juga membalas pelukan isterinya .

"Hm sayang" panggil affan dengan nada yang berubah . Ardeela melepaskan pelukan namun kedua tangannya masih setia memeluk leher suaminya .

Dia menatap dalam mata biru milik suaminya , begitu juga dengan affan menatap mata hazel isterinya .

Sekali lagi dia terpukau dengan kecantikan isterinya .

"Malam ni abang nak tuntut hak abang boleh ?" Soal affan dengan nada berhati-hati . Ardeela tergamam sekejap mendengar soalan suaminya , jantungnya terus melakukan kerja mengepam darah dengan laju .

Mukanya juga sudah merona kemerahan dengan rasa malu yang teramat , ardeela mengangguk kepala perlahan .

Affan yang melihat anggukan kepala dari ardeela terus membaringkan badannya isterinya ke atas katil . Dia mencium sekilas dahi isterinya sebelum tangannya menutup lampu bilik .

Dengan lafaz bismillah , malam yang indah menjadi saksi percintaan mereka sebagai suami isteri yang sah .

...

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang