Tangan ardeela lincah menyusun bunga-bunga dalam pasu . Bibir dia tak berhenti tersenyum lebar . Kelly memandang bossnya dengan tatapan pelik .
Lengan serna di cuit sedikit , serna yang mengira stok rasa terganggu dengan kelly . Tajam pandangannya memandang kelly .
"Benda kau ni ?" Kata dia dengan kasar . Laju kelly membuat isyarat supaya diam . "Kau tengok deela tu , sejak kahwin ke main lebar lagi senyuman dia" kata kelly dengan nada berbisik .
Serna mengalihkan pandangannya pada ardeela . Kepalanya terangguk-angguk sedikit . "Biasa la tu , pernah ke kau tengok orang kahwin muka monyok je" kata serna . Dia kembali sambung kerjanya .
"Ada kau" kata kelly selamba . Serna kembali memandang kelly dengan tajam . "Kau cakap baik sikit eh , aku tak kahwin lagi tau" kata serna . Kelly mencebik bibir perlahan .
"Aku ajak kau kahwin kau tak nak , sombong sangat" kata kelly dengan melenggokkan badannya . Terlepas ketawa sinis serna .
"Kau ajak aku kahwin ?" Kata serna sambil menunjukkan jari ke arah kelly dan juga dirinya .
"Kau pun macam pondan ada hati nak kahwin dengan aku . Hello aku suka lelaki gentleman tau bukan lelaki lembut macam kau ni" sambung serna lagi dengan sinis .
"Kau nak cakap aku lembut ? Cuba kau tengok diri kau tu . Pakaian dah macam lelaki , perangai pun macam lelaki ada hati konon nak lelaki gentleman , hey lelaki gentleman pun lari la tengok kau" balas kelly yang tak nak kalah dengan serna .
"Kau !" Serna mengengam kolar baju kelly dan tangannya naik ke atas seperti mahu menumbuk muka kelly . Kelly juga buat perkara yang sama seperti serna .
"Hey hey apa kau orang ni ! Sikit sikit nak gaduh" celah ardeela untuk menghentikan pergaduhan kelly dan serna . Dia menggeleng kepala perlahan .
Serna dan Kelly saling berpandangan dengan tatapan tajam . Naik pening kepala ardeela melayan karenah pekerja-pekerjanya .
"Sekali lagi kau orang gaduh , aku terus panggil tok kadi supaya kahwinkan kau orang cepat cepat" ugut ardeela . Laju kepala kelly dan serna menggeleng . Ardeela kembali ke tempatnya semula . Kerjanya tertangguh kerana terdengar kelly dan serna bergaduh di belakangnya .
"Kau la ni" tuduh serna kepada kelly .
"Aku pula , kau yang mulakan dulu" balas kelly .
"Kau" serna terpaksa mendongakkan sedikit kepalanya ke atas memandang kelly lebih jauh tinggi darinya .
"Kau" balas kelly .
"Kau !"
"Kau !"
"Ka-"
"Aku cakap apa tadi ? Kau orang nak aku betul betul panggil tok kadi ke ?" Kata ardeela dingin . Serna dan Kelly terus berpecah membuat kerja mereka .
Ardeela mengurut-ngurut kepalanya . Dah tunang pun perangai tak berubah lagi .
Kelly dan serna baru bertunang minggu lepas , itu pun terpaksa kerana aturan keluarga . Tak sangka keluarga serna berkawan baik dengan keluarga kelly . Jadi untuk mengeratkan kali persahabatan antara keluarga , mereka menyatukan dua mempelai yang tak selalu aman .
"Assalamualaikum" bisik seseorang tepat di telinga ardeela , terangkat bahu ardeela . Laju di memusing ke belakang . Bibirnya terus mengukir senyuman manis saat matanya menangkap wajah ceria affan
"Waalaikumussalam abang ni" ardeela menyalam tangan suaminya .
"Kenapa tak bagitahu dah sampai , ardel tak siap lagi kerja tau" sambung ardeela dengan bibir muncung kedepan .

KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Action[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...