"kami dari jabatan agama islam , kami dapat aduan yang ada orang buat maksiat dekat sini" kata salah seorang dari mereka . Affan cuma mengangguk kepala mengiyakan kata-kata lelaki itu .
"Betul la tu , kenapa pakcik nak kahwin kan kita orang ke ?" Tanya affan tanpa nada . Syezrin hanya mendiamkan diri di belakang affan .
"Hm , boleh kami masuk ?" Tanya seorang lagi lelaki .
"Sila kan" pelawa affan selamba . Kelima-lima lelaki itu masuk ke dalam bilik . Syezrin mengerut dahinya , dia pelik kenapa kelima-lima lelaki tua itu meminta masuk ke dalam bilik mereka .
Bukan sepatutnya dia dan affan akan dibawa ke pejabat agama untuk di nikahkan ke ? . Affan menutup pintu dan mengikut belakang pegawai pencegah maksiat .
"Awak berdua tahukan , zina itu dosa besar . Apa nak jadi la dengan anak muda sekarang ni" kata salah seorang daripada mereka sambil menggelengkan kepala . Dia hanya memandang affan dan syezrin sebelum duduk di sofa .
Affan menyilang tangan di dada dengan muka dingin . Dia mengigit bibirnya menahan geram . Keempat lelaki tadi cuma mendiamkan diri , mereka juga memeluk tubuh seperti affan .
Syezrin mengengam kuat kain bathrobenya . Perasaan takut mula muncul dalam dirinya bila dia seorang saja perempuan dalam bilik hotel ni .
"Kau cakap macam tak ada dosa sial" kata affan kasar . Lelaki yang duduk di sofa hanya mengelakkan dia .
"Memang la sebab saya dari jabatan agama islam . Mana pernah buat dosa . Berzina pun saya takut tau , walaupun saya tak kahwin lagi" sindir lelaki itu dengan sinis . Affan mengecilkan matanya memandang lelaki itu .
"Kenapa tuan semua tak bawa kami pergi jabatan agama ?" Tanya syezrin lepas lama dia mendiamkan diri . Kini semua mata tertumpu padanya . Syezrin menelan liur bila tatapan mata mereka semua sangat sinis sesama melihat dirinya .
"Kau nak kahwin dengan dia ?" Tanya lelaki di sofa itu dengan selamba . Syezrin mengangguk kepala laju .
"Kau tak malu ke ? Nak rampas hak orang ?" Tanya lelaki itu lagi . Syezrin tersentak . Riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia sangat terkejut dengan pertanyaan lelaki itu .
"M-maksud tuan" tergagap-gagap suara syezrin . Lelaki di sofa itu mula bangun dan menghampiri syezrin . Tangannya tangkas mencengkam kuat pipi perempuan itu . Dia mendekatkan bibirnya ke telinga syezrin
"Muka dah cantik tapi main kotor" bisik lelaki itu di telinga syezrin . Badan syezrin mula menggigil . Aura lelaki di depannya sangat menakutkan dia .
"Affan tolong i" pinta syezrin dengan ketakutan namun affan hanya membiarkan . Dia sibuk bermain dengan telefon tanpa pedulikan syezrin .
"Kauorang semua siapa ?" Tanya syezrin dengan penuh berani . Lelaki itu melepaskan cengkaman di pipi syezrin .
Syezrin baru hendak membuka langkah untuk berlari keluar terjerit kesakitan apabila rambutnya di tarik kasar . Lelaki itu mencampak badan syezrin ke tengah-tengah bilik .
"Kitaorang lelaki yang kau upah untuk perangkap affan . Lupa dah ke ?" Tanya lelaki itu dengan sinis . Syezrin menyatukan kedua tapak tangannya , dia merayu-rayu kepada lelaki-lelaki itu untuk melepaskan dirinya .
"Bro lama lagi ke ? Kesian isteri aku dah tunggu dekat rumah" kata affan tanpa nada . Syezrin memandang affan dengan tatapan terkejut . Kelima-lima lelaki itu membuka topeng yang mereka pakai .
Lagi bertambah terkejut syezrin bila kelima-lima itu adalah afzan , harriz , izham , qaiser dan emerson . Sebenarnya masa syezrin dalam bilik air , affan sempat menghantar mesej kepada emerson . Mujur lelaki itu bijak .

KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Acción[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...