"tuan"
Affan menhentikan jarinya dari menaip apabila zara tiba-tiba masuk ke dalam bilik kerjanya tanpa mengetuk pintu . Dia menaikkan satu keningnya mukanya seperti biasa datar habis
"Kenapa zara ? Awak tak reti nak ketuk pintu dulu ke ?" Soalnya dingin , zara mengaru kepalanya yang tidak gatal . Dia lupa mahu ketuk pintu dulu sebelum masuk , zara hanya mampu tersengih malu
"Saya minta maaf tuan" affan hanya mengangguk kepala , di sebabkan zara sedang mengandung dia tak sanggup memarahi wanita itu . Ada kang yang menangis teresak-esak nanti , malas dia
"Ha , kenapa masuk bilik saya ni ?" Zara menepuk perlahan dahinya . Boleh pula dia terlupa sesuatu .
"Ni tuan ada perempuan nak jumpa tuan" affan mengerut dahinya sekejap . "Siapa ?" Soalnya
"Eryna tuan" mendengar sebaris nama itu affan menghembus nafas kasar . "Suruh la dia masuk"
Zara mengangguk kepala , dia terus memanggil eryna untuk masuk ke ruang bilik kerja affan .
"Apasal lambat sangat !" Hambur eryna sambil menatap wajah zara tajam . Zara mengambaikan pandangan tajam gadis muka tebal itu .
Macam la dia tak tahu tujuan eryna datang ke office affan . "Bersyukur la tuan bagi masuk dalam , banyak songeh pula" balas zara sinis .
"Eh , mulut kau tu diam boleh tak ?" Marah eryna lantang . Tapi zara tetap zara dia mana takut dengan si muka tebal di hadapannya ini .
"Mulut saya suka hati saya la" jawab zara tak mahu kalah .
"Kau !" Tangan eryna naik tinggi untuk menampar pipi mulus zara . Dia kesah apa gadis di depannya sedang mengandung
"Eryna !" Suara kasar affan menyentak eryna dan zara yang sedap bertengkar . Laju eryna menurun tangannya bila melihat wajah dingin affan di depan pintu .
"Zara , awak pergi buat kerja sekarang . Eryna masuk bilik abang !" Zara terus berjalan meninggalkan eryna di depan pintu bilik affan . Sebelum pergi dia sempat menjeling lidah pada eryna
Dia mengusap perut besarnya dengan senyuman sinis . Eryna masuk ke dalam bilik kerja affan , kakinya melangkah ke arah sofa yang berhampiran meja kerja affan . beg tangan gucci di letak di meja sambil menyilang kaki .
"Eryna nak apa jumpa abang ?" Soal affan perlahan . Tangannya menyelak satu persatu kertas kerja tanpa memandang muka eryna yang tak berhenti menatap dirinya dari tadi.
"Saja , eryna kan dah lama tak jumpa abang" jawabnya dengan nada manja . Naik geli telinga affan mendengar suara manja eryna , kalau ardeela buat suara manja macam tu setiap hari dia nak dengar . Haish tetiba rindu pula dekat cik tunang kesayangan , affan termenung seketika memikir ardeela .
Bibirnya mengukir senyuman kecil , "abang !" Affan tersentak bila suara eryna mula meninggi memanggilnya . "abang senyum kenapa ?" Ujar eryna pelik dari tadi dia memanggil affan tetapi lelaki itu hanya termenung sambil tersenyum kecil .
"Ehem , nothing" dia berdehem seketika , affan terus menghilangkan senyuman yang terukir di wajahnya .
"Ye ke ?" Soal eryna sambil meleret suaranya .
"Betul la , ni eryna tak pergi kerja ke ?" Laju affan menukar topik , eryna memuncung bibirnya kedepan sekejap .
"Tak ada , harini cuti . So eryna saja datang sini nak ajak abang lunch sama-sama" ujarnya ceria . Affan melihat jam di tangannya yang menunjukkan sudah masuk waktu lunch . Terlalu sibuk berkerja sehingga lupa sudah waktu lunch .
"Sorry eryna , abang dah janji nak dengan tunang abang" ujar affan lembut , sejak bila dia berjanji dengan ardeela pun dia tak tahu .
Zap !
KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Aksi[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...