Bunyi tangisan pilu seorang perempuan kedengaran sayup sayup di gegendang telinga arfan . Dia membuka mata bila tangisan itu menganggu lenanya .
Arfan bingkas bangun dari baringnya , dia memandang eryna yang tak berhenti menangis di sebelahnya dengan pandangan kosong .
Perasaan serba salah mula bertandang di hatinya . Mulutnya mahu mengeluarkan kata maaf tapi egonya menghalang .
Dia sedar layanan dia pada eryna semalam sangat teruk .
"Yang kau menangis ni kenapa ?" Tanya arfan dingin . Eryna hiraukan soalan arfan . Badannya sakit sekarang ni . Kepala dia juga terasa berat .
"Kau ni , bis-" suara arfan terhenti bila tapak tangannya menyentuh badan isterinya yang masih terdedah .
Panas .
"K-kau demam ke ?" Tanya arfan , kedengaran nada risau pada suaranya . Eryna cuma senyap , mulutnya rasa berat mahu jawab soalan arfan .
Arfan rasa tak senang hati bila eryna mendiamkan diri . Dia terus baringkan badan eryna .
Eryna terkejut , badannya mula menggigil ketakutan . Dia takut arfan kembali melakukan perkara yang sama seperti semalam .
Lepas baringkan badan eryna , arfan menarik selimut lalu menutup badan isterinya . Dia turun dari katil dan menuju ke almari baju . Arfan keluarkan sehelai t-shirt dan seluar panjang eryna . Pakaian dalam isterinya juga di ambil .
Arfan kembali ke katil . Dia menyerahkan pakaian dalam pada eryna . Isterinya hanya melihat tanpa mengambil pakaian dalam di tangannya .
"Ambil la pakai sendiri , karang aku pakaikan jadi lain pula" kata arfan tanpa memandang wajah isterinya . Eryna mengambil pakaian dalam dengan rasa malu .
Selesai memakai pakaian dalam , eryna cuba mengambil baju t-shirt dan seluar panjang dari tangan suaminya tapi arfan lebih laju mengalihkan tangannya .
"Kau baring je , biar aku pakaikan baju dengan seluar untuk kau" kata arfan dingin
"Tak apa saya boleh pakai sendiri" balas eryna dengan suara serak . Arfan menggeleng kepala laju . Tanpa persetujuan eryna , arfan terus menyarung baju dengan seluar pada tubuh isterinya .
"Tak payah nak malu sangat , aku dah tengok semuanya" kata arfan selamba . Pipi eryna merona kemerahan .
"Dah tidur , aku turun kejap buat bubur untuk kau" kata arfan dengan menolak lembut badan eryna supaya baring semula . Arfan sempat membelai rambut perang eryna sebelum turun ke dapur untuk membuat bubur .
Eryna tergamam , dia pelik kenapa tetiba arfan melayan dia dengan baik . Setan baik mana yang merasuki badan suaminya ni .
Eryna menggeleng kepalanya perlahan , dia terus pejam mata untuk tidur . Dalam beberapa saat saja eryna sudah ke alam mimpi . Mungkin dia terlalu penat .
Mental dan juga fikizalnya sangat sangat penat .
Sakit semalam masih lagi terasa , Arfan masuk ke bilik sambil membawa dulang yang berisi bubur dan ubat . Dia menghampiri eryna yang dah tidur .
Arfan melabuhkan punggung di sisi katil , wajah lena eryna di pandang lama . Lena sungguh isterinya tidur .
"I'm sorry sweetie" bisik arfan yang dia seorang saja yang dengar . Arfan mengusap rambut eryna dengan lembut .
"I will make sure lepas ni kau akan bahagia eryna . Sikit je lagi" kata kata itu hanya mampu terluah dalam hatinya . Ciuman hangat di labuhkan pada dahi eryna .
Arfan bangun untuk mengambil kain kecil , dia membasahkan sedikit kain itu lalu meletakkan di atas dahi eryna .
Hawa ? Arfan tak ada niat langsung mahu melawat gadis itu di hospital .
KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Action[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...