17 🦋

4.4K 395 20
                                    

Eryna mengengam stereng kereta dengan kuat , sakit hati melihat keluarganya dan yang lain ketawa bahagia tanpa menghiraukan dia . Pertama kalinya eryna melihat affan tersenyum bahagia di samping ardeela

Tak guna kau perempuan !

Dia hanya memerhati dari jauh , eryna nak tengok muka perempuan yang dah rampas affan darinya

"Heh , takde la cantik mana , aku lagi cantik" kutuk eryna , matanya tak lepas memandang muka ardeela yang masih ketawa riang . Dia kene cari jalan macam mana nak buat affan tak jadi kahwin dengan perampas tu

Lepas seorang seorang datang nak rampas affan darinya , kalini dia takkan duduk diam . Dendam dalam hatinya semakin membara , otaknya memikir rencana untuk pisahkan affan dan ardeela

Ting...

Eryna bukak telefone ditangannya , dia melihat satu mesej dari nombor yang tak dikenali . Tanpa berfikir panjang dia membuka chat itu , matanya terus terbuntang luas melihat satu gambar yang sering menghantuinya

'hey babe , i miss you'

Badan eryna mengigil hebat lepas membaca mesej dari nombor itu , cepat-cepat dia block dan delete nombor lelaki yang sering kacaunya.

Shit , dia nak apa lagi .

Matanya terus mengalir airmata deras , dia takut ! Eryna menghidupkan enjin kereta dan terus pergi dari rumah agam affan . Dia perlu tenangkan dirinya sekarang .

"La kaklong tak sangka maya yang rey nak kahwin dengan deela" ardeela yang seperti kenal dengan suara itu terus mengangkat kepalanya

Puan maya ? Encik zamarul ? Apa yang ibu dan ayah nina buat kat sini ?

"Eh Maya kenal ke dengan deela ?" Soal puan malika , puan maya mengangguk laju kepalanya . "Kenal la kaklong , deela ni kawan arwah nina" ujar puan maya bibirnya tersenyum lebar , patut la dari tadi dia macam familiar dengan perempuan di sebelah affan rupanya ardeela

Kak long ? Wait jangan cakap yang nina dengan affan sepupu ! Patut la beria-beria si hantu ketot tu suruh dia terima affan rupanya sepupu sendiri

'kau terima la dia'

'dia hensem tau'

'baik pulak tu'

Berbakul-bakul pujian nina berikan pada affan sebelum dia gerak ke rumah lelaki tu . Siap kau hantu ketot !

Nina yang sedap terlentang atas katil tersedak airliur , dia menepuk-nepuk dadanya mehilangkan rasa perit di tekaknya . Siapa kutuk aku ni haish

"Wush asal bulu roma aku naik" tiba-tiba nina rasa tak sedap hati , dia memandang sekeliling bilik . Dia berharap tak ada hantu lain selain dia sudah la ardeela takda kat rumah.

"Dah lama ke kawan dengan nina ?" Kini puan malika beralih menyoal ardeela , tak sangka pula dia yang bakal menantunya kawan baik dengan arwah anak perempuan saudaranya . Ardeela menelan airliur kasar , menyesalnya menipu puan maya tempoh hari

"Haah aunty , dah lama" jawab ardeela dengan sedikit gugup . Dahi may , citra dan lestari mengerut selepas mendengar ardeela berkawan dengan nina . Siapa perempuan tu ? Sejak bila ardeela ada kawan nama nina , setahu mereka ardeela tak ada kawan lain selain dari mereka bertiga .

"Si-" ardeela segera menyepak kaki may , dia membuat isyarat untuk diam . Dia tahu apa yang akan keluar dari mulut kawannya . May mengosok-gosok kakinya yang sakit di sepak ardeela , dia terus mendiamkan diri . Balik nanti dia akan paksa ardeela cerita semuanya pada mereka .

Affan juga tak sangka yang ardeela kawan pada adik perempuan sepupunya , selama ni nina tak pernah cerita pasal ardeela pada mereka sekeluarga . Tapi tak apa la , asalkan dia dapat kahwin dengan ardeela Hehe..

"Apa panggil aunty , kamu tu kan tak lama lagi nak jadi menantu aunty , panggil je mama" ni satu hal yang ardeela tak berapa suka , dia memaksa bibirnya senyum manis . 'Ingat deela nanti dia jadi mak mertua kau' bisik hatinya .

"Okay aun- m-mama" ujar ardeela yang sedikit kekok , puan malika faham dengan ardeela yang kekok dengannya hanya tersenyum manis . Nanti lama-lama ardeela biasa la tu

"Dad to be , jom main dengan fairah" ujar fairah sambil membuat raut muka comel , semua yang ada di meja itu cair dengan kecomelan fairah . Harriz terus mengendong fairah pergi ke tempat yang tak berapa jauh dari meja makan . Izham dan afzan juga mengikut bermain dengan fairah

"Fairah tu anak may ke ?"soal puan malika , dia dari tadi nak tahu sangat tentang gadis kecil itu . Kecomelan si kecil itu mencuri perhatiannya

"Anak angkat mama" puan malika mengangguk kepala mendengar jawapan may , dia tak kesah pun kalau may ni janda ke dara ke dia tak kesah asalkan anak saudaranya bahagia

"Dah lama jaga dia ?"soal puan malika sekali lagi ,

"Haah dari dia baby lagi"

"Patut la , ada rupa macam kamu sikit . Mama ingat anak kandung kamu tadi" ujar puan malika dengan ketawa kecil . May hanya senyum mendengar kata-kata puan malika . Ramai cakap muka fairah dengannya hampir sama , bila cakap anak angkat semua tak percaya sebab rupa sama

2 tahun dia jaga si kecil itu , dari baby sampai lah sekarang pandai bercakap , tapi kalau dah bercakap kalah makcik bawang . Bab gosip no 1 , ni mesti selalu gosip dengan mummynya , puan Jennifer . Setiap malam pasti mulut si kecil tu membebel gosip sebelum tidur , jenuh dia nak melayan perangai gosip fairah.

'mom you know'

'mom you tahu tak'

'mom i cantikkan'

'mom i tak suka la girl tadi sebab'

Kalau si kecil tu dah bukak mulut may dah faham apa yang keluar dari mulut fairah. Kalau tak gosip mengumpat orang , itu la yang dia tahu . Kecil-kecil dah pandai bergosip , dah la dia bukan kaki gosip kalau tak kenang tu anak kesayanganya dah lama dia jahit mulut fairah kasi diam .

Nasib sayang...

Ermina bangun dari kerusinya dan duduk di kerusi kosong sebelah ardeela , muka ardeela di tatap lama , Cantik . Kalau eryna ada sekarang ni mesti kakaknya cemburu teruk . Ardeela mula rasa tak selesa bila ermina tak lepas memandang mukanya

Perempuan ni dah kenapa ?

"Hai kak deela" sapa ermina ceria , tangannya terus dihulur ke arah ardeela , ardeela menyambut huluran ermina perlahan . Anak siapa pula ni ? Risau lah

"Hai" balasnya kekok , bibir ermina mengukir senyuman lebar . Dia seronok nak dapat kakak baru , dia dah bosan asyik hadap muka kakaknya yang perasan cantik tu .

"Nama kite ermina , kak deela just panggil kite mina je" ujar ermina dengan nada manja , lepas ni dia nak bermanja dengan kakak-kakak barunya . Nak bermanja dengan eryna ? lambat lagi perempuan tu nak manjakan dia

24 jam asyik nak marah je , cepat tua baru tahu.

Ermina merapatkan sedikit badannya dengan badan ardeela , "lepasni kak deela hati-hati dengan setan nama 'eryna' tau sebab dia bukan manusia tapi syaitan bertopengkan manusia"bisik ermina di telinga ardeela , dia sempat menyelit mengutuk kakaknya

Dahi ardeela mengerut sedikit , eryna ? Siapa pula perempuan tu ? Kenapa ermina cakap dia syaitan bertopengkan manusia ? Bahaya sangat ke dia ? Nama eryna terus bermian di fikirannya .

"Siapa 'eryna' tu ?" Soal ardeela , dia juga berbisik seperti ermina .

"My monster sister" mulut ardeela ternganga sedikit mendengar jawapan ermina , serius la ermina ni ? Ke perangai dia dengan nina sama je ? Dia dah tak larat nak layan kalau perangai sama macam nina , stress !

"But don't worry kak deela , mina akan protect kak deela dari monster tak guna tu" ujar ermina dengan penuh keyakinan . Kalau eryna sentuh sedikit ardeela tahu la apa yang dia akan buat nanti pada kakaknya. Ardeela cuma mampu mengangguk kepala mendengar kata-kata ermina yang terlampau yakin tu. Tangannya mengosok kepala ermina , ada ada je budak seorang ni .

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang