Affan menghirup air kopinya dengan tenang , dia turun ke cafe untuk memberi ruang isterinya berehat . Afzan , izham dan harriz juga mengikut affan lepak di cafe .
Tuan dahlan dan yang lain sudah pulang ke rumah kecuali arfan dan eryna kerana eryna di masukkan ke dalam wad yang sama . Walhal eryna masih lambat mahu bersalin tapi dia di paksa oleh arfan .
Arfan takut isterinya pula yang mahu melahirkan anak mereka .
"Lepas ni apa plan kauorang ?" Tanya afzan sebelum menghirup airnya . Harriz dan izham mengangkat sebelah kening serentak .
"Aku nak cari orang yang cuba hancurkan hidup kita" kata affan tanpa nada . Dia rasa tak sedap hati .
"Aku pelik , siapa yang musuh dengan kita ?"
"phoniex"
"Ha kon*k"
"Otak jangan kotor sangat boleh tak setan . Phoniex"
Semua terdiam mendengar nama yang keluar dari mulut izham . Mereka kenal sangat dengan nama itu . Musuh ketat mereka .
"Apa lagi yang si sial tu tak puas hati dengan kita ?"
"Kau la sial , yang kau bunuh anak lelaki dia tu buat apa"
"Dah anak lelaki dia yang kacau tempat aku , siapa suruh" jawab afzan selamba . Harriz menggeleng kepalanya . Mana tak mengamuk si tua kepala botak tu bila anak lelakinya dibunuh kejam dengan afzan .
"Affan !" Jerit arfan sambil berlari laju ke arah affan , afzan , izham dan harriz . Termengah-mengah arfan bila sampai dia meja mereka berempat .
"Kau kenapa ?" Tanya affan dingin . Dia masih tak puas hati bila teringatkan layanan arfan pada eryna . Abang ipar tak ipar la .
"Kau nampak eryna dengan deela tak ?" Tanya arfan dengan nafas tersekat-sekat , macam nak mati dia berlari tadi . Dahi affan mengerut mendengar pertanyaan abang iparnya
"Bukan dalam bilik ?"
" Tak ada" jawab arfan sambil menggelengkan kepalanya . Dia sempat merembat air harriz dan meminum sehingga tinggal separuh .
"Tadi aku pergi wad isteri aku tapi aku tengok eryna tak ada . So aku ingatkan isteri aku pergi merayau dekat wad isteri kauorang . Aku pergi la wad adik aku tapi aku tengok katil adik aku kosong . Isteri-isteri kauorang bertiga pun tidur macam tak nak bangun . Armaya pun hilang" jelas arfan laju . Mereka berempat terus bangun dari kerusi .
Tanpa membuang masa mereka berlima berlari masuk ke dalam wad yang menempatkan isteri dan anak-anak mereka .
"Sayang" afzan mengejut isterinya namun citra tidak membuka matanya , begitu juga dengan may dan lestari .
Affan pula ke katil isterinya . Memang betul kata arfan , katil isterinya kosong . Dia juga berjalan laju ke katil kecil anaknya . Affan hanya melihat afzril dan afzrin tidur nyenyak . Manakala katil yang menempatkan armaya kosong .
"Panggil doktor cepat" arah izham dengan cemas dia masih mengejutkan isterinya . Tanpa basa basi arfan terus memanggil doktor .
Affan meraup wajahnya dengan kasar . Tiba-tiba matanya menangkap dua picagari di bawah katil isterinya . Dia mengambil perlahan dua picagari itu .
Memang sah isterinya di culik . Affan mengengam kuat dua picagari itu sehingga hancur . Kemarahannya semakin meluap .
Nyawa isteri dan anak perempuannya dalam bahaya . Bukan itu saja nyawa eryna juga dalam bahaya .
Doktor mira masuk ke dalam wad dengan kelam kabut . Dia terus ke katil may untuk memeriksa keadaan pesakitnya sebelum ke katil lestari dan citra .
"Isteri encik bertiga kene suntik dengan ubat tidur , mujur dos ubat tidur tu tak terlalu tinggi kalau tak nyawa isteri-isteri encik dalam bahaya" jelas doktor mira dengan nada perlahan .
"Puan ardeela mana ya saya tak nampak dia pun" tanya doktor mira bila matanya menangkap katil ardeela kosong , yang cuma ada affan dan anak-anak lelaki itu saja .
Mereka semua hanya diam , arfan menghampiri affan sebelum menepuk perlahan bahu adik iparnya .
"Ardel dengan eryna kene culik" kata affan perlahan . Matanya tajam memandang tingkap . Arfan tergamam lama . Dia melihat di tangan affan ada dua picagari yang sudah hancur .
"Aku nak cari isteri dengan anak aku" kata affan tegas , dia keluar dari wad isterinya dengan perasaan marah . Arfan , afzan , izham dan harriz tak sempat menghalang affan .
"Doktor tolong pantau isteri dengan anak kami . Jangan bagi sesiapa masuk kecuali keluarga kami saja" arah afzan laju . Mereka berempat terus keluar dan mengejar langkah affan .
Doktor mira hanya mengangguk kepala perlahan dengan kerutan di dahi . Dia mengikut arahan afzan .
Affan memandu kereta dengan cepat menuju ke mansionnya . Dia takkan biarkan orang yang menculik isteri dan anak perempuannya hidup .
Afzan , izham , harriz dan arfan mengikut affan dari belakang . Arfan juga risaukan keadaan isterinya yang masih mengandung . Arfan sempat menelefon afiq , arsyad dan arfiq untuk menolong dia mencari eryna , ardeela dan armaya .
"Selamat datang boss" kata salah seorang anak buah affan sebaik saja affan masuk ke dalam mansion dengan wajah yang sangat dingin .
Kakinya laju menapak ke arah satu bilik yang menempatkan seorang lelaki di dalam itu . Affan terus menendang kuat pintu bilik .
"Kau cakap dengan aku siapa boss kau !" Kata affan sambil menggenggam kolar baju lelaki di depannya . Lelaki itu hanya tersenyum lemah sambil memandang mata affan dengan sinis .
"Dia dah mula kan plan dia" kata lelaki itu dengan lemah namun kedengaran sinis . Affan menumbuk kuat pipi lelaki itu sehingga beberapa gigi lelaki itu tercabut .
"Kau bagi tahu aku sial ! Siapa dalang semua ni" tengking affan kuat . Lelaki itu hanya diam . Affan yang melihat lelaki itu diam terus menyeksa lelaki itu .
Dia mengambil pisau yang dah di sediakan di sebelahnya .
"Aku pantang kalau orang tak jawab soalan aku , baik kau cakap sebelum aku koyakkan mulut busuk kau ni" kata affan sambil mengacukan pisau di pipi lelaki itu .
Lelaki itu mula takut , tadi kemain berani sekarang tahu pula takut .
"Anak perempuan phoniex" kata lelaki itu cepat . Affan terus meletakkan pisau tajam itu ke bawah . Dia memandang lelaki itu tanpa perasaan .
"Aku dah bagitahu kau kan , lepaskan aku" rayu lelaki itu dengan lemah .
Tepi bibir affan naik ke atas mendengar rayuan lelaki di depannya . Pisau yang masih di tangannya di tusuk di dada lelaki itu , lebih tepat di jantung . Terbeliak mata lelaki itu bila di tusuk oleh affan .
"Jumpa dalam neraka" kata affan sebelum menusuk berkali-kali pisau di dada lelaki itu sehingga nyawa lelaki itu berpisah dari badan .
Afzan , harriz , izham dan arfan yang baru sampai tergamam melihat affan sudah banjir dengan darah . Lelaki di depan affan mati dengan mata terbeliak .
Affan menghentikan tusukannya . Dia mengelap darah di tangan dan di wajahnya . Anak matanya berubah menjadi warna biru gelap namun lagi gelap dari sebelum ni .
"Arfiq dah tahu tempat deela dengan eryna" kata arfan dengan riak wajah yang geli . Naik bulu roma dia melihat affan bunuh lelaki itu tanpa perasaan . Aura adik iparnya juga buat dia takut .
KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Action[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...