Citra memandang sebuah rumah banglo besar di hadapannya dengan pandangan resah , dia takut .
Segala memori buruk yang terjadi di rumah itu bermain di mindanya , kedua tapaknya sudah banjir dengan air peluh . Dia tak tahu apa reaksi mama dan papanya setelah dia datang sini hanya untuk memberitahu yang dia akan berkahwin minggu depan .
Cakra menepuk sebelah bahu adiknya , "jom , jangan risau abang ada dengan adik" ujarnya lembut . Dia mengenggam tapak tangan citra kemas , cakra cuba menenangkan adiknya yang dalam keresahan .
Siapa je tak takut dengan keluarga besar encik daud . Keluarga yang terkenal dengan sikap ego yang melampau . Mujur la cakra dan citra tidak terikut perangai encik daud dan puan zaharah .
"Kalau papa tak nak jadi wali adik macam mana abang ?" Soalnya takut .
"Tak apa nanti kita sama-sama pujuk papa okay" ujar cakra lembut , rambut ikal mayang adiknya diusap perlahan .
"Jom" ajaknya sambil meraih tangan citra kemas . Sebelum melangkah masuk mereka berdua sudah berdoa ajar encik daud berlembut hati untuk menjadi wali kepada citra .
Cakra menekan loceng rumah besar sekali tetapi tiada tanda-tanda orang akan membuka pintu pagar rumah itu . Cakra menekan sekali lagi loceng tapi kali ini dia menekan berulang kali , geram pula dia tak ada orang nak bukak pintu pagar .
Sudah la tengah panas , terbakar pula hati dia . Security guard kat sini makan gaji buta ke apa ?
Cakra dan citra melihat satu susuk tubuh perempuan 50an berlari anak ke arah mereka . "Tuan cakra" panggil barzilah pembantu rumah yang sudah lama berkerja dengan encik daud . Mata barzilah beralih ke arah gadis disebelah cakra . Bersinar-sinar mata barzilah melihat wajah cantik citra
"Cik citra !" Gembira hatinya melihat citra dalam keadaan yang baik saja . Dia terlalu risaukan citra , selama ini dia lah menjaga citra dari gadis itu masih kecil lagi . Dia sudah menganggap citra seperti anak perempuannya sendiri .
"Ibu ila bagi la kami masuk" ujar cakra lembut . Barzilah laju membuka pintu pagar rumah dengan gembira , saat pintu pagar sudah terbuka barzilah terus menarik tubuh kurus citra dalam pelukan .
Barzilah terlalu rindu pada citra . Hatinya terpaut sedih saat encik daud menghalau citra keluar dari rumah besar itu .
"Ibu ila , mama dengan papa ada kat dalam ke ?" Soal citra perlahan . Matanya memandang sekeliling rumah itu , tiada perubahan selepas dia dihalau keluar dari rumah neraka ini .
"Ada , tuan daud dengan puan zaharah ada kat dalam" ujarnya sambil mengangguk kepala .
"Citra datang sini kenapa ?" Tangan barzilah tak berhenti mengusap tangan citra .
"Citra dah nak kahwin minggu depan ibu ila , sebab tu citra dalam sini nak jumpa papa nak suruh papa jadi wali citra nanti" terang citra panjang lebar . Terkejut besar barzilah mendengar anak angkatnya mahu kahwin .
Dalam hatinya sudah bersyukur , sekurang-kurangnya ada orang mahu menjaga gadis itu .
"Masuk la nanti ibu ila panggilkan tuan daud , nanti pandai-pandai la korang berdua pujuk papa korang tu" barzilah berjalan memasuki pintu utama diikuti dengan citra dan cakra .
Sejujurnya dalam hati mereka bertiga sudah ketakutkan . Takut encik daud mengamuk dan mula mencederakan citra .
"Siapa yang datang tu ila ?" Suara garau encik daud menampar gegendang telinga mereka bertiga .
"Hm tuan , ni tuan cakra dan cik citra datang nak jumpa dengan tuan" ujar barzilah perlahan . Dia menunduk kepala kebawah , takut mahu melihat muka encik daud yang sudah berubah menjadi dingin .

KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Action[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...