37 🦋

3.8K 343 10
                                    

"sayang dah siap ke belum ?"soal affan sambil memakai jam tangan rolex ditangan kirinya , matanya juga memerhati isterinya yang seperti mencari sesuatu di dalam almari baju mereka . "belum lagi la abang , ardel punya cardigan tak jumpa" ujar ardeela dengan nada pasrah , affan menghampiri isterinya .

"cardigan sayang ?" ardeela menjatuhkan kepalanya berkali-kali , wajahnya semakin cemberut . Sudah la baru saja dia beli cardigan itu , "tak apa la abang pergi turun dulu , nanti ardel turun okay" ujar ardeela lembut.

"betul ni ? tak nak abang tolong carikan ?" ardeela laju menggeleng kepalanya . Senyuman manis ditayang di hadapan suaminya , tangannya juga menolak tubuh affan ke pintu bilik mereka . "betul ni ?" soal affan sekali lagi ,

"iya abang tak apa ardel nak tukar baju lain jap" balas ardeela lembut , mendengar hal itu bibir affan mula mengukir senyuman nakal . Ardeela yang melihat senyuman nakal suaminya sudah rasa tak sedap hati , "tak apa la biar abang teman sayang tukar baju" ujar affan nakal , ardeela menjuling mata ke atas

mula dah perangai gatal tu .

"Tak payah nak mengada-gada , abang pergi turun sekarang" tubuh tegap affan terus ditolak keluar dari bilik . Ardeela cepat-cepat mengunci pintu agar suaminya tak dapat masuk , Affan menggeleng kepala di depan pintu bilik mereka , sengihan nakal masih lagi terukir dibibirnya

"kau kenapa bang tersengih-sengih macam orang dah nak mati" tegur afzan sebaik saja dia keluar dari bilik , harriz juga jalan menghampiri dua beradik setan itu . Affan terus menghilangkan sengihannya selepas di tegur afzan , mukanya kembali dingin seperti biasa . sebelah tangannya di masukan ke dalam poket seluar

"kau tu yang dah nak mati" balas affan selamba , afzan menjeling tajam muka selamba abangnya

"bini-bini korang mana ?" tanya affan selepas matanya tak melihat wajah citra dan may disamping adiknya dan juga sepupunya .

bini-bini ? bunyi macam pelik je , macam kahwin ramai pula

"bini aku dah turun dulu" balas harriz malas , afzan juga mengangguk kepalanya . Isterinya awal-awal lagi dah tinggalkan dia dalam bilik . "Deela tak turun lagi ke ?" kini afzan pula menanya pada abangnya , affan hanya mengangguk kepala .

"dia suruh aku turun dulu , dah la jom turun" affan meraih bahu adiknya dengan kasar turun ke bawah . Afzan redha diheret dengan abangnya , harriz hanya mengikut mereka berdua tanpa sepatah perkataan .

ardeela masih lagi berdiri di hadapan almari baju , jari telunjuknya tak berhenti mengetuk dagu licinnya . Satu persatu bajunya di keluarkan , dia pening mahu memakai baju apa . Padahal mahu pergi hospital saja , saat ardeela menarik bajunya tetiba satu file coklat jatuh tepat di kakinya .

Ardeela laju mengambil file itu , dia membelek file coklat itu dengan pelik . Dia tak pernah lagi nampak file ni , mungkin file penting suaminya . Ardeela mengangkat bahunya , laju tangannya membuka file itu untuk melihat isi dalamnya .

dia menarik satu gambar dalam file itu dengan berhati-hati , dahi ardeela terus mengerut bila melihat seorang perempuan yang cantik dalam gambar itu . Hatinya mula berdebar , dia memusingkan gambar itu ke belakang . Tulisan di belakang gambar itu di baca perlahan

"My beautiful baby"

ardeela menarik satu lagi gambar yang ada dalam file coklat milik suaminya , gambar yang kedua membuatkan hati ardeela luluh . Gambar perempuan tadi bersama dengan suaminya berpelukan mesra . Mereka berdua kelihatan sangat bahagia , gambar itu juga dipusing ke belakang , ayat yang tertulis dalam gambar itu menghancurkan hati ardeela

"My first love ! just you and only you forever"

ardeela menelan air liur kesat . Sakit , itu yang dia rasakan sekarang ni . Siapa perempuan ni dalam hati suaminya , kenapa pandangan affan pada perempuan kelihatan affan sangat-sangat mencintai perempuan itu . Adakah affan berbohong dengan dia selama ni ?

Ardeela masukkan gambar-gambar yang menyakitkan hatinya kembali ke dalam file coklat dan dia terus menyimpan file itu di tempat asal . Dia merembat mana-mana saja baju yang ada di depan matanya , ardeela membuat muka seperti biasa , dia tak mahu cepat melenting . Malam ini dia mahu bertanya terus-terang dengan suaminya.

ardeela laju turun ke bawah dengan muka yang ketat , semua sudah menunggu dia di ruang tamu . "siap pun menantu mama ni" ujar puan malika lembut , senyuman kecil di hadiahkan ardeela buat puan malika . Dia langsung tak memandang wajah suaminya

"dah jom la kita gerak sekarang" mereka semua mengangguk kepala dan mula mengangkat punggung dari sofa , affan cuba pegang tangan isterinya namun ardeela laju melarikan tangan dan meninggalkan affan yang terpinga-pinga di belakang . Hatinya masih panas dengan gambar yang dilihat tadi .

Affan memandang isterinya dengan pandangan pelik , tiba-tiba saja ardeela bersikap dingin dengannya . isteri dia tengah period ke ?


01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang