'bang'
'bang'
'bang'
"Arghh" semua yang berada di masjid itu serentak menutup telinga mereka dan menjerit kecil apabila mendengar bunyi tiga das tembakan di lepaskan dari seseorang .
Ketiga-tiga peluru itu tepat mengenai belakang izham yang cuba melindungi affan . Izham dan affan jatuh bergolek-golek ke tanah
Vromm..
Motor yang menembak mereka tadi laju meninggalkan masjid . Keadaan di masjid itu menjadi sunyi sepi , masing-masing terkaku dan terkejut dengan kejadian yang baru saja terjadi .
Tubuh puan malika bergetar hebat apabila melihat badan izham sudah banjir dengan darah . Kaki lestari pula seperti terpaku di tanah , matanya tak lepas memandang badan izham yang sudah tak sedarkan diri .
Semua orang laju bergerak ke arah affan dan juga izham . Sesetengah dari mereka cuba menelefon ambulance , raut masing-masing sudah terpancar cemas .
Affan memangku kepala izham di pehanya , "adam bangun" ujarnya lemah namun tiada respon . Mata izham tertutup rapat , affan berasa tak sedap hati . Dia menepuk-nepuk pipi izham untuk menyedarkan lelaki itu , sekali-sekala dia memeriksa nadi izham . Lemah
Dia terus melakukan cpr di dada izham , "adam bangun , jangan tinggalkan aku !" Ujarnya tanpa berhenti menekan-nekan dada izham . Matanya mula mengeluarkan cecair jernih , dia tak mahu kehilangan izham . Cukup la dulu dia kehilangan orang yang paling dia rapat .
"Abang rey tepi" eryna datang laju menghampiri izham dengan membawa kotak-kotak kecemasan , untung saja dia selalu bawa peralatan itu kemana-mana saja . Dia menolak sedikit badan affan supaya memberi ruang kepadanya untuk memeriksa keadaan izham . Mujur la dia seorang doktor .
"Abang rey , abang muq tolong eryna terbalikkan badan abang adam" pintanya datar , affan dan afzan mengikut arahan eryna . Mereka cepat-cepat membalikan badan izham . Eryna meletakkan kain yang di lipat tebal untuk di jadikan bantal di kepala izham .
"Eryna i tolong you" ardeela mengsengsengkan baju lengan pengantinnya .
"You tahu ke bab-bab ni ?" Soalnya sinis , wajah selamba ardeela di pandang lama . "Tahu , i ambil kos perubatan so jangan pandang rendah dekat i" balasnya datar . Eryna cuma mengangguk kepala , dia tak mahu bertikam lidah dengan ardeela buat masa ni . Nyawa izham lagi penting dari bergaduh .
"You tolong guntingkan baju dia" eryna menyerahkan gunting kepada ardeela sebelum dia mula memakai glove tangan . Tanpa banyak cakap ardeela laju mengunting baju izham sehingga habis .
"Nah" ardeela mengambil glove biru di tangan eryna . Dia memakai glove itu sambil matanya melihat ketiga-tiga peluru yang terbenam di belakang izham dengan tajam .
"You nak keluarkan peluru tu or i ?" Soal eryna perlahan . Tangannya lincah memeriksa tempat tembakan itu , "you je , i tolong jahitkan luka dia" balas ardeela dengan nada sama . Eryna mengangguk kepalanya , oximeter mini dan alat bantuan penafasan di serahkan kepada ardeela
"you check oksigen dalam badan dia" eryna memulakan kerjanya , pisau bedah di ambil lepas ardeela meletakkan alat bantuan penafasan dan oximeter di jari telunjuk izham . Dengan penuh kecekapan eryna mula mengeluarkan peluru di belakang izham .
Semua yang berada di masjid itu sangat ngeri apabila eryna mengeluarkan peluru-peluru di belakang izham tapi dalam masa yang sama mereka kagum dengan kecekapan eryna dan ardeela masa menyelamatkan izham .
Mata mereka hanya fokus melihat eryna mengeluarkan peluru-peluru itu . Macam ni rupanya doktor bedah kat hospital , la nyah kau ingat doktor tu main ohsom ke dengan pesakit kat dalam bilik bedah tu
![](https://img.wattpad.com/cover/186102923-288-k938563.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Action[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...