92 🦋

5.8K 391 57
                                    

Kevin ke hulur ke hilir di depan bilik icu , dia tak boleh duduk diam . Dia risaukan keadaan isterinya . Encik zacky , puan hanani dan tuan handry melangkah laju ke arah Kevin .

"Felicia mana kevin ?" Tanya encik zacky dengan risau . Dia memegang kedua lengan menantunya . Kevin tak mampu mengeluarkan suaranya . Matanya hanya menatap mata encik zacky dengan sayu .

Tuan handry menarik lembut badan encik zacky . Dia faham perasaan besannya . Puan hanani menghampiri anak lelakinya .

"Kevin dah makan ? Kenapa pucat sangat muka ni" tegur puan hanani . Muka pucat kevin di usap perlahan . Kevin hanya mengangguk kepala perlahan .

"Kevin okay mom" kata kevin perlahan . Kepala dia rasa berat . Mungkin terlalu banyak fikir tentang isterinya . Ardeela dan affan datang kepada mereka

"Kevin , dalisha tak keluar lagi ke ?" Tanya ardeela di atas kerusi roda . Kevin menggeleng kepala perlahan . Ardeela menunduk kepalanya .

"Kalau dalisha tak halang deela mesti dia selamatkan sekarang" kata ardeela perlahan . Semua tergamam . Puan hanani menghampiri wanita yang pernah menjadi permaisuri di hati anak lelakinya .

"Deela , tak baik cakap macam tu . Ni semua takdir Allah , dalisha sayang sangat dekat deela . Dia tak nak anak-anak deela kehilangan deela" pujuk puan hanani lembut . Dia mengusap kekura tangan ardeela . Sikit pun puan hanani tak marahkan ardeela .

Dia percaya semua yang terjadi ada hikmahnya .

"Siapa suami kepada puan felicia dahlisha ?" Tanya seorang doktor di depan pintu icu . Kevin terus mendekati doktor itu .

"Saya doktor" kata kevin perlahan . Doktor itu memandang Kevin dengan sayu . Dia menepuk perlahan bahu kevin .

"Pesakit nak jumpa dengan awak" kata doktor itu . Bibir pucat kevin mengukirkan senyuman lebar . Dia memandang ke arah puan hanani . Puan hanani mengangguk kepala di sebelah ardeela .

Dia terus masuk ke dalam untuk berjumpa dengan isterinya . Kevin tak dapat menahan sebak melihat banyak wayar yang badan isterinya .

"Ji..han" panggil felicia perlahan . Dia menghulurkan tangan ke arah suaminya . Tanpa basa basi kevin menyambut huluran felicia . Dia mencium kekura tangan isterinya .

"Hey.." kevin mengeluarkan suaranya . Felicia mengusap lembut pipi kevin .

"Jihan.. dalisha nak peluk jihan boleh ?" Tanya felicia lemah . Kevin mengangguk kepala berkali-kali . Dia membangunkan badan felicia . Kevin memeluk badan felicia dari belakang .

Ubun-ubun isterinya dicium dengan lembut . Kevin tak dapat menahan air matanya .

"Jihan , maafkan sha kalau selama ni kita kahwin sha tak mampu nak jadi isteri yang terbaik untuk jihan . Sha cintakan jihan sangat-sangat , jihan lelaki pertama yang buat sha jatuh cinta . Halalkan makan minum sha selama sha jadi isteri jihan" kata felicia dengan nada yang sangat perlahan . Dia memegang erat tangan suaminya .

"Sha , jihan yang patut minta maaf dekat sha , jihan bodoh , jihan buta tak nampak yang sha betul-betul cintakan jihan . Jihan banyak buat sha makan hati . Sekarang jihan sedar yang jihan cintakan sha , jihan nak sampai bila-bila kita jadi suami isteri . Jihan nak sha satu-satunya badadari jihan dekat syurga nanti . Kalau Allah nak tarik nyawa sha , jihan harap Allah tarik nyawa jihan sekali . Jihan nak sehidup semati dengan sha"

Air mata kevin semakin lebat semasa mengucap kata-kata itu . Felicia juga mengalirkan air matanya . Dia bersyukur akhirnya cintanya di balas walaupun dah lambat .

"Jihan , sha mengantuk . Sha nak tidur boleh ?" Tanya felicia lembut .

"Kita tidur sama-sama ye sayang" jawab Kevin . Mata mereka berdua menutup dengan perlahan-lahan . Degupan jantung mereka juga berhenti serentak . Mereka berdua tidur untuk selama-lamanya . Permintaan kevin dimakbulkan , dia pergi bersama dengan bidadari syurganya .

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang