40 🦋

3.9K 341 8
                                    

Pulang saja dari hospital ardeela terus masuk ke bilik tanpa menunggu suaminya . Sekali lagi affan pelik dengan sikap ardeela , dari dalam kereta lagi ardeela hanya diam tanpa bercakap dengannya

"sayang kenapa moody je hari ni ? abang ada buat salah ke ?" soal affan , dia menutup pintu bilik perlahan

tak senang punggung affan bila isterinya langsung tak bercakap dengannya . Ardeela mengunci mulutnya , soalan suaminya ibarat angin yang lalu .

"sayang" tangan ardeela di raih lembut tapi isterinya menepis dengan kasar .

"siapa perempuan tu ?" soal ardeela tiba-tiba tanpa memandang wajah affan , affan mengerut dahi mendengar soalan isterinya .

"perempuan mana ni sayang ?" soal affan kembali , ardeela terus melangkah ke arah almari baju . Pintu almari dibuka dengan kasar , file coklat yang ada dalam almari itu di ambil lalu dibaling tepat di sebelah affan

mata affan terus bulat besar bila file itu di jumpa isterinya , jadi ini punca ardeela tak mahu melayaninya .

"mana sayang dapat file ni" soal affan , dadanya mula turun naik perlahan. Dia cuba mengawal perasaannya dari marah , ardeela memeluk tubuh tanpa menjawab soalan suaminya

"abang tanya mana sayang jumpa file ni ?" soal affan sekali lagi , kini nada suaranya menjadi tinggi , perasaannya mula tak terkawal . Ardeela mula kecut melihat panahan tajam mata suaminya

"Ardel jumpa dalam almari" jawabnnya perlahan

"siapa bagi kebenaran sayang bukak file ni ?" ardeela cuma diam menunduk sedikit kepalanya . Affan mengenggam kedua tangannya

"aku tanya siapa bagi kebenaran kau bukak file ni !" tengking affan kuat , panggilan 'sayang-abang' juga berubah menjadi 'kau-aku' ,  Ardeela terkedu bila di tengking.

Matanya mula berkaca-kaca , dia tak sangka affan sanggup tengkingnya hanya disebabkan gambar dalam file tu .

"saya isteri awak salah ke saya bukak ?" air matanya sudah mengalir di pipinya , dia memandang suaminya dengan tatapan kecewa .

"boleh tak sebelum kau sentuh barang aku , cakap dengan aku dulu . Jangan suka-suka hati je bukak  !" ujar affan kasar , dia meraup rambutnya kebelakang .

"sampai hati awak affan hanya di sebabkan gambar dalam file tu awak sanggup tengking saya" ujar ardeela dengan teresak-esak .

Affan tersentak , dia mula sedar kesalahannya , dia cuba menghampiri isterinya tapi ardeela laju bergerak menghindarinya .

"sayang  i'm so sorry " ardeela menggeleng kepalanya , dia terus keluar dari bilik meninggalkan affan yang merasa serba salah .

Affan menumbuk dinding dengan kuat lepas kepergian isterinya , segala memakian di lemparkan pada dirinya .

"Kau bodoh affan , kau memang bodoh" makinya perlahan . Afzan , citra , harriz dan may laju masuk ke dalam bilik affan dengan muka cemas .

Mereka terkejut mendengar suara affan dan ardeela bergaduh .

"Bro apahal ni ?"

Affan cuma diam , dia duduk di atas katil sambil meraup kasar mukanya .

"Deela pergi mana affan ?" May pula menyoal selepas tak nampak kelibat ardeela di dalam bilik tidur affan .

"Kat luar" balas affan perlahan .

"Korang berdua bergaduh ke ?" Sekali lagi affan mendiamkan diri . Dia termenung file yang ada di tangannya

"Affan , awak tengking deela ke ? Awak tahu tak yang deela tu tak boleh kene tengking !" Affan memejam matanya mendengar marahan citra . Sekarang dia betul-betul serabut

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang