42 🦋

3.8K 351 12
                                    

Eryna mengelipkan matanya berkali-kali , sinaran matahari menyinar cerah di matanya . Anak matanya mula menglilau ke kiri dan ke kanan memandang seluruh bilik yang sangat asing baginya .

Dia membangunkan badannya perlahan-lahan . Kepalanya yang terasa sakit di pegang lembut , eryna perasan badannya hanya di tutupi dengan selimut .

Bajunya yang di pakai semalam berterabur di atas lantai . Dia mula rasa tak sedap hati , setahu eryna dia cuma lepak di mamak dengan kawan-kawannya saja

"Eh , you dah bangun sayang ? I baru nak kejut you" ujar seseorang yang baru keluar dari bilik air sambil mengetatkan tali bathrobe

"A-apa you buat dekat i arfan" tergagap-gagap eryna menanya pada lelaki itu . Arfan cuma tersenyum sinis mendengar soalan eryna , dia menghampiri eryna yang kelam kabut menutup badannya yang terdedah

"Kita buat macam 3 bulan lepas" ujarnya selamba sebelum melepaskan ketawa kecil , eryna menggeleng kepala perlahan . Matanya mula bertakung cecair jernih

"Kenapa you buat i macam ni arfan !" Tangan eryna naik memukul bahu arfan berkali-kali . Arfan membiarkan pukulan eryna , bukan sakit sangat pun

"Hey perempuan" arfan mengengam kuat rambut eryna sehingga gadis itu mendongak ke atas

"S-sakit" eryna memegang tangan arfan yang menarik rambutnya . Kulit kepalanya terasa mahu terkeluar sekarang ni , arfan mengabaikan ringisan eryna

"Kalau kau tak keluar dengan jantan semalam , aku tak kan buat macam ni dekat kau ! Berapa kali aku nak cakap yang kau tu cuma milik aku" bentak arfan kasar

"Dengan siapa i nak keluar itu hak i ! You bukan siapa-siapa nak halang i !" Eryna membalas bentakkan arfan dengan berani .

"Heh , bukan siapa-siapa ? Kejap lagi kau tahu la aku ni siapa dalam hidup kau" eryna mengerutkan dahinya , jantungnya tak berhenti berdegup laju . Apa kalini rancangan arfan untuk hancurkan hidupnya .

"Maksud you apa ?" Arfan cuma diam tanpa menjawab soalan eryna . Bibirnya cuma tersenyum sinis

Tok tok tok

Arfan dan eryna memandang pintu bilik hotel serentak , makin lebar senyuman sinis arfan .

Arfan terus menghampiri pintu , buka saja pintu arfan melihat ada 4 orang lelaki yang memakai jubah sedang berdiri tegak di depan pintunya

"Assalamualaikum , kami dari jabatan agama Islam" ujar salah seorang dari mereka sambil menjenguk kepala ke dalam .

Nafas eryna menjadi tersekat-sekat bila mendengar jabatan agama Islam . Arfan pula sudah menjeling wajah pucat eryna dengan gembira .

"Kami berdua dapat aduan yang awak berdua tengah berkhalwat dekat sini"

Arfan hanya diam memeluk tubuh di depan pintu , dia menyandarkan badannya ke dinding sebelum mengangguk kepala selamba .

"Awak berdua dah berkahwin ?"

"Banyak tanya la orang tua ni , belum kahwin lagi tapi kejap lagi kitaorang dah nak kahwin" ujar arfan selamba .

Keempat-empat lelaki itu menggeleng kepala serentak .

"Sila ikut kami ke pejabat agama"

Eryna merasakan hidupnya sudah menjadi gelap , macam mana dia nak hadap encik farwish dan puan marlinda . Eryna terus menghamburkan tangisan di atas katil

"Kau tak payah nak menangis sangat la , pakai baju kau . Lepastu kita pergi kahwin ye sayang" ujar arfan sambil mengelus lembut pipi eryna .

"Kenapa you jahat sangat dengan i arfan" arfan mengorek hujung sebelah telinganya . Lagi sekali dia hanya diam tak menjawab soalan eryna .

Eryna menunduk kepalanya kebawah , dia tak berani mengangkat kepala memandang wajah tegang encik farwish . Eryna meramas kedua tangannya yang sudah mengigil

"Puas hati kamu eryna ?" Soal encik farwish tegas , puan marlinda menghampiri suaminya lalu mengambil tempat di sebelah encik farwish . Bahu suaminya di usap perlahan untuk menenangkan kemarahan suaminya

"Papa tanya , puas ke hati kamu malukan papa dengan mama ?" Soal encik farwish sekali lagi tapi kali ni suaranya naik tinggi sehingga bergema dalam pejabat agama islam .

Eryna mula mengalirkan air mata , "bukan salah eryna papa" ujarnya perlahan .

"Ni semua salah arfan papa , arfan yang rancang nak perangkap eryna . Tolong la papa percayakan eryna" sambung eryna sambil menunjuk tepat pada arfan yang berdiri tak jauh dari mereka

"Papa kecewa dengan kamu eryna , mana papa nak letak muka papa" suara encik farwish mula berubah menjadi sayu . Eryna menjatuhkan kedua lututnya di hadapan encik farwish dan puan marlinda

"Papa , maafkan eryna pa tapi sumpah eryna tak buat semua ni" rayu eryna sambil memegang kedua tangan encik farwish

"Adik , kau tolong la aku . Cakap dekat papa aku tak buat semua ni , kau tahukan aku macam mana" kini eryna merayu pula pada ermina yang berdiri di sebelah puan marlinda

"Papa apa yang kak eryna cakap tu betul , dia takkan buat semua ni dengan orang yang dia tak suka" ujar ermina namun encik farwish mengendahkan anak bongsunya

"Abang ar" Semua kepala berpaling ke arah ardeela yang datang bersama affan dan tuan dahlan yang kelihatan sangat marah .

"Kau kalau tak menyusahkan aku memang tak bolehkan" tuan dahlan terus menarik rambut arfan lalu di lemparkan ke dinding , tak cukup dengan itu tuan dahlan melepaskan beberapa sepakkan di perut arfan .

Semua tergamam melihat tuan dahlan membelasah arfan dengan teruk

"Daddy cukup la tu" ardeela cuba menghalang tuan dahlan dari terus memukul arfan , dia sudah agak pasti abangnya akan di belasah oleh tuan dahlan

"Kau cakap dekat aku kenapa kau buat macam ni !" Kasar suara tuan dahlan menanya pada arfan , namun kemarahannya semakin meluap melihat anak sulungnya hanya mendiamkan diri

"Aku tanya kau ni bodoh ! Pekak ke ?" Bentak tuan dahlan kasar , dia mara ke anak sulungnya untuk kembali membelasah arfan tapi ardeela dan affan cepat-cepat menahan tuan dahlan .

"Daddy dah la tu , kalau daddy pukul abang ar lagi bukannya dapat selesaikan masalah pun" naik turun dada tuan dahlan menahan marah pada anak sulungnya .

Arfan mengelap darah yang terkeluar sedikit dari mulutnya , matanya tajam memandang wajah tegang tuan dahlan .

"Kalau ar cakap dekat daddy , bukannya daddy faham pun" ujarnya selamba .

"Tak faham apa ? Kau boleh je cakap dekat aku yang kau suka perempuan ni . Kau ingat bapak kau ni dah mampus ke sampai sanggup buat bende bodoh !" Balas tuan dahlan sebelum menghembuskan nafas kasar .

"Saya minta maaf tolong jangan bergaduh dekat sini , sini tempat pejabat agama islam bukan tempat bergaduh . Kalau nak bergaduh sangat sila pergi tempat lain lepas mereka berdua settlekan kes ni" sampuk salah seorang staff yang dari tadi menahan telinga mendengar mereka bergaduh .

"Jadi macam mana ? Sama ada kahwinkan mereka untuk tutup malu atau bayar denda ?" Sambungnya lagi .

"Kahwinkan saja mereka ni" ujar tuan dahlan dan encik farwish serentak .

Eryna menggeleng kepala laju , dia tak mahu berkahwin dengan arfan . "Mama tolong la eryna mama , eryna tak nak kahwin dengan lelaki tu" rayu eryna pada puan marlinda .

"Mama minta maaf sayang , tu keputusan papa . Mama tak boleh buat apa-apa" ujar puan marlinda pasrah , dia memeluk badan anaknya dengan erat .

Arfan pula sudah bersorak gembira dalam hati . Akhirnya eryna menjadi miliknya sekarang

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang