Affan mengerlingkan sedikit matanya ke arah ardeela yang termenung memandang langit . Dari tadi isterinya hanya diam tanpa bercakap dengannya sepatah perkataan sekalipun .
"Sayang ?" Panggilnya lembut , tangannya juga meraih lembut memegang tangan isterinya , ardeela tersentak sekejap .
"Sayang okay ? Dari tadi diam je tak cakap dengan abang pun" ujar affan sambil fokus memandang jalan raya , ardeela mengalih kepalanya ke arah affan . Wajah serius suaminya di pandang lama
"Hey ? Kita tanya dia boleh pulak dia pandang muka kita . Yang , abang tahu abang hensem jangan la pandang lama-lama nanti ada yang kita patah balik rumah karang" ujarnya selamba , bibirnya terus tersenyum nakal .
Ardeela terus memukul perlahan bidang dada suaminya . "Abang" panggil ardeela perlahan , matanya mula redup memandang suaminya
"Hm" sahut affan tanpa memandang wajah ardeela .
"Betul ke ardel ni first love abang ?" Dahi affan mengerut mendengar soalan isterinya , dia memandang wajah mendung ardeela sekilas .
"Kenapa sayang tanya macam tu ? Kan abang dah cakap yang sayang first love abang" ujar affan lembut , ibu jarinya mengusap-usap kekura tangan isterinya .
"Abang tak tipu ?" Sekali lagi affan mengerut dahinya , laju dia mengangguk kepala menjawab soalan isterinya . Makin pelik dia dengan perangai ardeela yang tiba-tiba menanya soalan yang pelik.
"Okay" ujar ardeela perlahan , dia kembali tenung langit yang kelihatan mendung seperti hatinya . Dia kecewa sedikit bila affan tak jujur dengan dirinya
Tangan affan yang masih lagi mengengam tangannya di biarkan saja .
'siapa perempuan tu dalam hati awak affan ?' bisiknya dalam hati . Ardeela terasa mahu menangis tapi dia segera menahan air mata agar tidak mengalir .
Sejak bila dia menjadi cengeng pun dia tak tahu .
Di penthouse , nina membuka pintu almari dengan perlahan , file coklat yang disimpan ardeela kembali di tarik perlahan . Dia menarik semua gambar yang berada dalam file itu
'gambar siapa tu ?' tanya seseorang lelaki di belakangnya
'Melissa' balas nina tanpa memandang lelaki di belakangnya
Berapa saat kemudian nina mengangkat kepalanya . Setahu dia rumah ni tak ada orang dan tak mungkin la orang boleh nampak dirinya
Laju kepala nina pusing kebelakang , luluh hatinya melihat wajah hantu yang menyeramkan
'mama hantu !!' jeritnya kuat , firdaus menutup kedua telinga laju tangannya menolak belakang kepala nina .
'diam la setan' marahnya , nina laju menutup mata dengan kedua tapak tangannya . Firdaus memandang nina dengan pandangan bosan .
'yang kau nak takut dengan aku ni dah kenapa ? Kau kan hantu jugak , hantu' ujarnya dengan nada bosan , nina menurunkan sedikit tangannya .
'memang la aku hantu tapi kau tu seram sangat' balas nina takut .
'heh , ni semua sebab abang-abang sepupu kau la . Kalau diorang tak bunuh aku dengan kejam confirm dah lama aku jadi hantu paling hensem' ujar Firdaus bangga , nina membuat muka geli .
'oh , jadi kau mangsa abang-abang sepupu aku la ?" Firdaus memandang wajah nina dengan tajam .
'habis tu kau ingat aku bunuh diri ke ?' nina tersengih busuk mendengar jawapan firdaus .
'hari tu kenapa kau takutkan kawan aku ?' Soal nina sambil mencengkak pinggang , mukanya sengaja dibuat garang padahal tak garang pun .
'oh yang tu aku saja usik' balas Firdaus selamba , dia mengorek sebelah telinga tanpa menghiraukan wajah garang nina .
Alah setakat hantu pendek macam nina ni sekali dia tendang melayang jauh nanti . Nasib la dia jenis hormat perempuan .
'tapi tadi aku nampak minah tu bukak file ni , kesian aku tengok muka dia macam dah nak nangis'
'deela bukak file ni ?' soal nina , firdaus cuma mengangguk kepala berkali-kali .
'habis la' ujar nina perlahan .
'kenapa nyah ?' soal firdaus selepas melihat riak wajah nina sudah berubah pucat . Eh hantu bukan memang dah pucat ke ?
'mesti dia salah faham nanti' firdaus cuma mengangguk kepala . Dia baru teringat siapa perempuan yang ada dalam gambar tu .
'ye tak ye jugak , ala tak apa nanti pandai la jantan sial tu terangkan dekat dia' ujar Firdaus selamba
'eh , kau bukan dendam ke dengan rey ?' sekali lagi firdaus mengangguk kepala malas .
'memang la aku dendam dengan dia tapi tu dulu sekarang tak , aku saja je nak takut-takutkan deela' ujar firdaus sebelum dia melepaskan ketawa kecil bila teringatkan kejadian yang dia menakutkan ardeela .
'jahat kau ni' ujar nina sambil memukul kuat bahu firdaus .
'sakit la sial' marah firdaus , tangannya mengosok bahu yang dipukul nina .
'kau hantu tak payah nak mengada sangat la daus' ujar nina selamba , rasa takutnya hilang bila sudah berborak dengan firdaus .
Macam mana dia tahu nama hantu itu firdaus ? Sebab firdaus budak sekolah lamanya . Lelaki yang paling dia tak suka sebab sombong dan belagak , last-last kene bunuh dengan abang-abang sepupunya .
Siapa suruh belagak sangat kan dah mendapat .
'aku rasa malam ni confirm diorang gaduh besar' ujar firdaus tiba-tiba . Nina mengangguk kepala setuju dengan Firdaus , salah affan la siapa suruh berahsia sangat .
'dah la aku chau lu bye' lepas bercakap begitu firdaus terus menghilangkan diri meninggalkan nina berseorangan di bilik tidur affan .
'heh , dia blah macam tu je ? Atleast bagi la salam dulu ke tak pun tinggalkan makanan ke ? Tak ada la aku lapar' bebelnya seorang diri .
Nina melabuhkan punggung di sofa yang berhampiran dengan katil . Bibirnya diherot ke kiri dan ke kanan memikirkan nasib kawannya .
'kenapa abang rey still simpan gambar kak melissa eh ?' ujarnya seorang diri .
'ke abang rey still lagi tak boleh move on ? Omg aku harap sangat la abang rey cepat-cepat jelaskan kat deela . Mau perempuan tu mengamuk sebab salah faham' nina cepat-cepat menggeleng kepala
Sudah la si ardeela tak mahu mendengar penjelasan , dan dan pula affan jenis simpam rahsia .
'tak boleh jadi ni , kalau abang rey bergaduh dengan deela malam ni habis la . Aku kene buat sesuatu ni' nina terus bangun dan menghilangkan diri . File coklat tadi sempat disimpan kembali ke dalam almari .
KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Aksi[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...