"argh..." Jeritan kesakitan omar memenuhi bilik seksaan lestari . Torehan di dadanya sangat menyakitkan , darahnya juga mengalir dengan banyak .
"Yeayy" lestari menepuk kedua tangan lepas melihat hasil seninya di badan omar . Bentuk bunga rose terukir cantik di dada lelaki itu
"Hm macam tak cukup je" pisau tumpul yang menjadi pilihannya kini di letakkan di perut omar . Dia menarik perlahan pisau itu berkali-kali sehingga darah keluar dari torehannya itu .
"S-sakit arghhhh" sekali lagi omar meraung kesakitan bila perutnya di toreh banyak kali .
"HAHAHA , cantiknya !!" Lestari memuji hasil kerjanya dengan gembira . Kini lestari tak ubah seperti seorang psychopath yang kehausan darah , sejak dia jumpa dengan izham , lestari jarang mencari mangsa untuk di seksa .
Dia terlalu sibuk dengan perkahwinan dengan izham .
Lestari menarik usus omar yang terkeluar lalu di lilitkan di leher omar . Tak cukup dengan itu , lestari mengeluarkan kedua bebola mata omar dengan kejam .
omar sudah nyawa-nyawa ikan di seksa oleh lestari .
"Ish ! Jangan la mati lagi !!" Jerit lestari sambil menepuk pipi omar , perlakuannya seperti kanak-kanak yang sedang bermain dengan anak patung .
"B-bunuh a-aku" ujar omar perlahan . Tersekat-sekat dia mengeluarkan suaranya , dia tak sanggup menahan sakit yang melampau .
"Ha ? Kau nak aku bunuh kau ? No no ! Aku belum puas nak seksa kau lagi , jangan mati lagi !" Ujar lestari kasar
Pang .
Pang.
Pang .
"Aku cakap jangan mati lagi ! Bangun !" Lestari menampar pipi omar berkali-kali dengan ganas .
Leon menghampiri adiknya , dia menarik tubuh adiknya dalam pelukan . Leon menenangkan adiknya yang semakin menganas .
"Bunuh je dia" ujar leon lembut , dia memandang omar yang kelihatan sangat mengerikan dengan pandangan kosong .
"No !" Tolak lestari kasar .
"Just kill him" leon tetap membalas dengan nada yang lembut . Lestari hanya diam sambil memuncungkan bibirnya kedepan .
"Kau bunuh la dia , aku dah tak ada mood nak seksa dia" lestari terus melepaskan sarung tangan dan dia mencampakkan sarung tangan itu ke lantai dengan kasar .
Dia berjalan ke arah kerusi sebelum melabuhkan punggung . Darah yang melekat di bajunya di biarkan
Kini giliran leon pula untuk menghabiskan nyawa omar , dia meletakkan muncung pistol cz 75 di kepala omar . Dia menarik perlahan picu pistol itu sebelum melepaskan tembakan dengan selamba .
Dor !
Habis terburai otak omar keluar akibat tembakan dari jarak dekat oleh leon .
"Dah , kemas bilik ni and buang mayat ni kat mana-mana je . Ingat jangan tinggal bukti" ujar leon dengan nada selamba . Dia membawa adiknya keluar dari bilik seksaan itu untuk menukar baju lepastu mereka mahu bergerak ke hospital untuk melawat adik iparnya .
" Kenapa tak datang waktu wedding aku ?" Soal lestari lepas menukar pakaian , matanya tak lepas memandang muka leon yang selamba duduk di atas katil .
"Busy" balas leon sepatah .
"Tahu la busy tapi adik kesayangan kau kahwin takkan tak dapat datang sekejap . Penting sangat ke kerja kau daripada adik kau ni" ujar lestari dengan nada kecewa
Leon menghembus nafas perlahan , mula dah adiknya buat dia rasa serba salah .
"I'm so sorry sebab tak datang wedding kau , aku betul-betul busy" ujar leon lembut.
Lestari menjuling mata ke atas , dia masih terasa kerana leon tak datang masa dia nikah . Kalau leon ada mungkin suaminya takkan koma sekarang .
"Dah la , hantar aku pergi hospital sekarang . Nanti suami aku bangun tengok aku tak ada kat sebelah dia . Habis nanti kantoi" lestari mencapai beg tangannya di sebelah leon .
Leon hanya diam mengikut lestari ke hospital .
"Kau bawa kereta" lestari mencampak kunci kereta kepada leon . Leon mencapai dengan tangkas kereta kunci milik lestari .
Dia memandu dengan tenang , lestari juga bermain telefon di sebelah abangnya . Mereka berdua hanya diam dalam kereta
"Suami kau dah tahu ke siapa sebenarnya kau ?" Leon memecahkan kesunyian dalam kereta . Matanya masih fokus membawa kereta
"Belum" balas lestari selamba .
"Tak ada niat nak bagitahu suami kau ?" Soal leon sekali lagi .
"Tak ada" balas lestari , leon mengerut sedikit dahinya .
"Kenapa ?" Soal leon dengan kemusykilan
"Malas" balas lestari dengan selamba . Leon mengangguk kepala perlahan , dia terus mengunci mulut sehingga mereka sampai ke hospital .
"Kau tak nak tengok adik ipar kau ke ?" Soal lestari pada abangnya .
"Nope , aku nak jumpa leo . Ada hal" tolak leon lembut . Lestari membalas dengan anggukan kecil .
"Kirim salam maut dekat jantan tu , jantan tu lagi sekor tak nak datang langsung wedding adik dia yang cantik ni" ujar lestari sebelum dia turun dari kereta miliknya . Leon melepaskan ketawa kecil mendengar bebelan adiknya .
Dia terus meninggalkan lestari di depan hospital dan bergerak untuk berjumpa dengan abang sulungnya yang menanti dirinya di rumah .
Lestari juga melangkah masuk ke dalam hospital
Sampai di bilik suaminya , dia menolak perlahan pintu bilik hospital . Lestari masih melihat izham masih lagi terbaring kaku di atas katil
Dia mengambil tempat di sisi suaminya , sebaik saja dia duduk lestari tak berhenti menatap wajah pucat suaminya . Tangannya naik mengusap rambut izham dengan lembut
"Saya dah balas dendam untuk awak" bisiknya perlahan . Lestari terus melabuhkan kepalanya di hujung katil .
...
"Dekat badan dia ada ukiran bunga rose" ujar emerson perlahan . Izham , afzan dan harriz terdiam sekejap .
"Tak kan la blackrose" ujar mereka serentak namun nada mereka masih perlahan .
"Boleh jadi juga sebab setahu aku cuma blackrose je yang akan lukis bunga rose dengan badan mangsa diorang" ujar emerson sambil menegakkan badannya , dia mengetuk dagunya berkali-kali .
"Lantak dia la siapa suruh cari pasal dengan blackrose tak pasal-pasal mati katak" sambung emerson lagi , tangannya laju mengambil buah anggur yang tinggal sebiji .
"Eh , t-tapikan te-teruk ju-juga nyum d-dia mati" ujar emerson dengan mulut penuh dengan buah anggur .
Pap .
Harriz menepuk kuat mulut emerson sehingga merah . Tersembur-sembur buah anggur yang di makan oleh emerson .
"Habiskan dulu makanan dalam mulut tu , tak senonoh langsung" ujar harriz dengan geram .
Emerson menyatukan dua tapak tangannya .
"Tapi siapa sebenarnya ketua blackrose ?" Ujar izham dengan penuh pertanyaan . Yang lain juga diam memikirkan hal yang sama .
Lestari yang mendengar perbualan mereka hanya mengukir senyuman sinis .
KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Aksi[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...