Hampir sebulan affan dan yang lain honeymoon di kampung ardeela . Akhirnya kaki mereka melangkah masuk ke dalam ruang pejabat .
Dan hampir sebulan juga syezrin lily menggantikan tempat zara sementara waktu .
Dengan langkah lenggang lenggok syezrin lily menghampiri boss bossnya yang hensem . Bibirnya mengukir senyuman mengoda .
"Boss" tegur syezrin lily dengan lembut . Affan , afzan , harriz dan izham mengangguk kepala serentak tanpa memandang wajah syezrin lily yang terang-terang mahu menggoda mereka .
Dengan baju yang ketat dan kain skirt yang singkat takkan mampu buat mereka berempat tergoda .
Mereka terus berpecah masuk ke dalam bilik kerja masing-masing meninggalkan syezrin sendirian . Syezrin menghembus nafas kasar .
"Kau nak berdiri jadi patung tugu negara ke kat tengah-tengah tu ? Masuk bilik aku cepat" Tegur affan dengan nada dingin . Dia mengintai keluar sedikit di depan pintu biliknya .
Terkedek-kedek syezrin masuk ke dalam bilik kerja affan .
Affan terus melabuhkan punggung di atas kerusi kerjanya . Laptop kerja di buka perlahan . Syezrin menghentikan langkah betul-betul di depan meja affan .
"Kau nak jadi tugu negara pula dekat sini ke ?" Kata affan . Syezrin laju menggeleng kepala .
"Suara mana suara ? Bisu dah ke ?" Perli affan .
"Tak tuan" laju syezrin membuka mulut . Sakit hati dia dengar perlian boss besarnya .
"Ha ada pun suara ingatkan bisu tadi , sekarang jadual aku macam mana ?" Kata affan . Syezrin terus mengeluarkan buku
"Pagi ni boss tak ada meeting dengan siapa-siapa cuma petang dalam pukul 3 tuan ada meeting dengan tuan dahlan tentang projek hari tu" kata syezrin . Terangguk-angguk kepala affan .
"Lunch nanti tolong setkan satu meja untuk dua orang , aku nak lunch dengan isteri aku" kata affan tanpa memandang wajah kecewa syezrin .
"Dekat restoran biasa ke tuan ?" Tanya syezrin . Affan mengangguk kepala tanda sebagai jawapan .
"Kalau macam tu saya keluar dulu" syezrin mengangkat kaki bila affan cuma mengangguk kepala .
"kejap sebelum tu" kaki syezrin automatik berhenti di depan pintu . Syezrin menunggu affan mengeluarkan suaranya .
Lelaki yang merangkap bossnya dah jatuh cinta dengan dia ke ? Tak sia-sia dia pakai baju macam ni . Syezrin dah agak mesti affan akan tergoda dengan dia . Semua mata lelaki sama je .
Syezrin menayang senyuman manis .
"Boleh tak lepas ni kau tukar baju kau tu ? Macam tak cukup kain aku tengok . Esok pakai yang sopan sopan sikit . Ingat ni tempat kerja bukannya clubbing yang kau selalu pergi" kata affan tanpa memandang muka syezrin .
Terus mati senyuman syezrin . "Baik tuan" syezrin terus keluar dari bilik kerja affan . Dia mendengus geram .
'tak apa affan , satu hari nanti you akan melutut merayu dekat i' bisik hati hitamnya . Syezrin melangkah pergi ke meja kerjanya .
Di dalam bilik , Affan menggeleng kepala perlahan . Zara ni pun satu la cari la penganti yang elok sikit . Ni tak yang seksi juga perempuan ni cari .
Dia tak suka pekerja barunya pakai pakaian begitu . Nak bandingkan ardeela dengan syezrin . Bagi affan seksi lagi isterinya . Walaupun ardeela tak pernah pakai baju seperti syezrin .
Haish cakap pasal cik isteri ni tetiba rasa rindu pula pada ardeela . Laju tangan affan mengambil telefon bimbit yang terletak di atas meja .
Whatsapp yang tertera nama isterinya di tekan .
Me
"Assalamualaikum cik isteri"Affan menunggu balasan dari ardeela dengan senyuman lebar .
Ting !
My moon 🤍
"Waalaikumussalam cik suamiku""Nak apa chat ardel ? Dah rindu ke tu ?"
Affan mengigit bibir bawahnya .
Me
"Haah , abang dah rindu dekat sayang""Nak hug"
Tawa kecil ardeela terlepas melihat ayat suaminya . Padahal tak sampai beberapa jam mereka berpisah affan sudah merinduinya .
My moon 🤍
"Mengada-ngada balik nanti kita hug sampai pagi ye"
Bibir affan mula mengukir senyuman nakal .
Me
"Alang-alang tu kita buat anak lagi"My moon 🤍
"Itu la je yang abang tau , tak habis-habis"
Affan sudah ketawa besar , dia rasa mesti isterinya sekarang tengah blushing dekat sana
Me
"Nanti kita lunch sama-sama tau sayang , abang dah book tempat untuk kita"My moon 🤍
"Okay abang , dah la ardel buat kerja dulu . Byebye suami ku"
"I love you"
Affan menghentak meja berkali-kali dengan perlahan . Isterinya terlalu comel sekarang ni rasa macam nak balik je
Me
"Okay sayang""I love you too moon"
Syezrin mencebik bibir bila melihat affan yang tak berhenti senyum lebar sambil memandang telefon bimbit milik lelaki itu. Depan dia kemain lagi affan bermuka dingin .
Apa yang istimewa sangat perempuan yang lelaki tu gilakan dia pun tak tahu . Nak berbandingkan dengan dia , cantik lagi dirinya dari isteri bossnya . Ramai lelaki tergila-gilakan dia . Cuma dia je yang tak nak , sebab hatinya telah terpaut pada affan .
"Well kalau aku tak dapat affan tak ada siapa boleh dapatkan affan" kata syezrin perlahan . Dia menekan-nekan kuat pen miliknya untuk melepaskan geram .
Syezrin dah lama kenal dengan affan , dari zaman kolej lagi memandang affan dan syezrin belajar di tempat yang sama . Ketika itu syezrin tak berhenti mengejar affan .
Berkali-kali dia cuba untuk goda lelaki itu mesti affan akan menolak dirinya jauh . Kini peluang dia untuk rampas affan kembali .
Dia tak kisah walaupun affan sudah kahwin dia tetap akan jadikan affan milik dia selamanya .
Kalau dulu eryna menjadi penghalangnya kini gadis itu sudah menjadi isteri kepada suami kawan baiknya hawa . Berkat pertolongan syezrin membantu arfan untuk mendapatkan eryna dengan cara kotor .
Sekarang pesaing dia adalah isteri affan . Syezrin akan pastikan affan dan isterinya berpisah selama-lamanya . Dan affan akan jadi milik dia seorang .
Otaknya licik . Dah banyak kali dia rosakkan perkahwinan orang lain . Jadi syezrin takkan sia-siakan kelebihan dia dalam merosakkan perkahwinan affan dan ardeela .
Bibir syezrin terus mengukir senyuman sinis .
'wait and see baby'

KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Aksi[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...