35 🦋

4K 341 2
                                    

Ardeela melangkah keluar dari bilik air , terasa segar badannya bila lepas mandi . Tubuh affan yang sedang duduk disofa sambil menaip sesuatu di laptop di pandang sekilas .

Dia berjalan ke arah cermin make up yang tersedia untuk dirinya , dia mengambil losyen yang sering di pakai lalu di sapukan ke tangannya . Semerbak bau losyennya dalam bilik mereka , matanya tak lepas memandang wajah tampan suaminya yang tekun membuat kerja .

Haila suami buat kerja pun nampak hensem .

"Abang tahu la muka abang hensem , jangan la tengok lama-lama" ardeela tersentak sekejap , macam mana affan tahu yang dari tadi dia hanya memerhati suaminya .

Sesaat dahi ardeela mulan mengerut , laju dia berpusing menghadap suaminya . "Wait wait tadi awak cakap apa ? Abang ?" Soalnya pelik . Affan cuma mengangguk kepala tanpa memandang wajah isterinya , matanya hanya fokus pada skrin laptop di ribanya .

"Abang nak mulai sekarang sayang kene panggil abang dengan panggilan abang , boleh ?" Pinta affan lembut , ardeela terdiam sejenak . Anak matanya hanya meliar ke seluruh bilik , bibirnya di herot ke kiri ke kanan memikirkan permintaan suaminya .

"Tapi saya tak biasa la" affan meletakkan laptopnya ke tepi , dia bangun dari duduknya dan terus berjalan ke isterinya . Sampai di depan ardeela , affan menjatuhkan kedua lututnya ke lantai untuk menyamakan ketinggian isterinya yang masih duduk di kerusi meja .

Tangan ardeela di raih lembut , dia mengusap kekura tangan isterinya . Matanya terus bertembung dengan mata hazel isterinya , mata yang membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama .

"Tak apa nanti sayang practice sampai sayang biasa okay ?" Satu tangannya naik mengusap pipi ardeela yang sedikit tembam , ardeela cuma mengangguk kepala . Jujur dia malu sekarang ni , jantungnya tak berhenti berdegup laju .

Ardeela menunduk sedikit kepalanya untuk menyorok pipinya yang sudah merona merah . Sejak bila ardeela medina ni cepat malu , ya Allah jatuh saham .

"Alolo kenapa pipi merah-merah ni ? Nak cendol ke ?" Usik affan saat matanya menangkap wajah kemerahan isterinya . Laju tangan ardeela menolak sedikit bahu affan

"Awak ni !" Ardeela memuncung sedikit bibirnya kedepan , kedua tangannya di lipat ke dada . Affan cuma tersengih melihat isterinya mula merajuk

"Panggil abang , sayang" berubah sedikit muka ardeela mendengar suara lembut suaminya , dia mengigit sedikit bibirnya .

"Ab-abang" terasa berat sedikit mulutnya bila mahu memanggil suaminya dengan panggilan 'abang' .

"Hm" gumam affan , bibirnya tak berhenti tersenyum manis . Ardeela tersentak melihat senyuman suaminya , jarang dia dapat melihat senyuman manis suaminya .

Okay i'm falling in love .

"Awak eh bukan , abang" affan menjungkit sedikit kepalanya .

"Ardel nak tanya boleh ?" Terasa kekok pula bila bahasakan dirinya ardel . Affan mengangguk kepalanya , kedua tangan isterinya di pegang erat .

"Kenapa abang pilih ardel jadi isteri abang ?" Soalnya perlahan , dia menunggu jawapan dari suaminya tapi malangnya affan hanya diam sambil menenung lantai . Aku ke lantai yang tanya dia sekarang ni ?

"Abang !" Ardeela menguatkan sedikit suaranya untuk menyedarkan affan . Terangkat sedikit bahu affan bila suara kuat ardeela menerjah gegendang telinganya .

Dia hanya tersenyum sedikit , tangan isterinya di tarik menuju ke katil tidur mereka . Ardeela cuma mengikut suaminya tanpa sepatah perkataan

Mereka berdua melabuhkan punggung serentak di tilam katil . Tangan affan masih setia memegang tangan isterinya

"Kenapa sayang nak tahu ?" Ardeela memutar bebola matanya ke atas bila soalannya dia balas dengan soalan .

"Ye la , kan ramai lagi perempuan lebih cantik dari ardel" ujar ardeela dengan nada perlahan , ardeela menunduk kepala kebawah sambil jari runcingnya bermain-main di tangan affan .

Senyuman dibibir affan semakin lebar memerhati tindakkan isterinya , laju affan menarik dagu ardeela supaya memandangnya .

"Cause you're my first love" ujarnya dengan romantik , sekali lagi mata mereka bertemu . Lama , jantung mereka juga berdegup laju macam baru lepas bersukan .

"Really ?" Ardeela seakan tak percaya dengan ucapan suaminya , takkan la selama lelaki ni hidup tak pernah suka mana-mana perempuan ?

Affan cuma mengangguk kepalanya berkali-kali .

"When i saw your eyes for the first time , jantung abang ni tak berhenti berdegup laju . And after that abang decide untuk jadikan sayang permaisuri dalam hidup abang selamanya" ujar affan dengan panjang lebar . Dia menekup pipi tembam isterinya dan mengusap dengan penuh kasih sayang .

"Wow so sweet talker" ejek ardeela sebelum ketawa kecil ,

"Just sweet talker with you baby" ujar affan sambil mengepit hidung mancung isterinya . Laju ardeela menepis lembut tangan affan di hidungnya , hidung hidung jangan main eh sensitif .

"Sayang" panggil affan lembut , tangannya memeluk pinggang ardeela ketat . Kepalanya di labuhkan di bahu isterinya

"Hm" guman ardeela perlahan , tubuhnya mengeras bila dipeluk affan . Sudahla dia tak pernah kene peluk dengan lelaki kecuali abang-abangnya . Terasa sangat kekok .

"Kalau sayang tahu kisah gelap abang , sayang akan tinggalkan abang tak ?" Soal affan secara tiba-tiba . Ardeela cuma mendiamkan diri selepas mendengar soalan suaminya

"Maksud abang ?" Soal ardeela balik .

"Abang ni bukan lelaki yang baik , abang jahat . Jahat sangat-sangat , abang takut kisah silam abang akan buat ardel pergi tinggalkan abang" luah affan panjang lebar .

"Abang" ardeela menolak sedikit kepala suaminya supaya menghadap dirinya , rambut yang terjuntai di dahi affan di usap kebelakang .

"Ardel tak kisah pun dengan kisah silam abang yang gelap tu . Kisah silam abang tu cuma masa lepas je sekarang ni abang fokus dengan masa depan abang" ujar ardeela lembut , dia mengusap kekura tangan besar suaminya . Ardeela mengukir senyuman kecil di depan suaminya

"Lagipun kalau abang jahat , dah lama kan abang naik tangan kat ardel pastu maki-maki ardel . Lepastu abang suruh ardel tidur kat lan-" belum sempat ardeela menghabiskan ayatnya , affan laju menutup mulut isterinya .

"Ya Allah sayang , ingat abang ni lelaki yang dalam novel yang sayang selalu baca tu ke ?" Ujarnya sebelum mengeluh perlahan . Ardeela tersengih di sebalik tapak tangan affan .

Tu la banyak baca novel dan tengok drama tv3 lagi .

"Hehe , jum la abang tidur esok nak pergi hospital lagi" ardeela membaringkan badannya di atas tilam empuk , matanya terus tutup tanpa menunggu suaminya . Amboi deela jumpa katil je terus tidur

Affan cuma menggeleng kepalanya . Dia juga membaringkan badannya di sebelah ardeela . Tubuh kecil isterinya di bawa dalam pelukan .

"Goodnight wifey" affan mencium sekilas dahi licin isterinya sebelum dia hanyut dalam mimpi .

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang