60 🦋

3.9K 323 2
                                    

Tangan affan meraba-raba katil di sebelahnya . Kosong , matanya terus terbuka luas mencari kelibat ardeela . Dia bangun dari baringnya sambil kepala memandang ke kiri dan ke kanan

Sah , memang dia kene tinggal dengan isterinya lagi .

Affan turun dari katil dan menyarung kain pelikat dan sehelai baju t-shirt . Tuala yang tergantung di belakang pintu di raih lalu di letakkan di atas bahunya

dia pelik kenapa suasana rumah kelihatan sunyi , kakinya terus bergerak ke dapur memandangkan bilik air berdekatan dengan dapur . 

sampai di dapur dia melihat afzan dan yang lain sudah duduk di meja untuk bersarapan pagi namun dia tak melihat kelibat ardeela dan isteri-isteri adik dan sepupunya .

"hai cik abang lambat bangun" tegur harriz sebaik saja di melihat affan berdiri di pintu dapur

"macam mana tak lambatnya kalau semalam macam dah nak patah katil dia kerjakan" kata afzan selamba , mereka bertiga ketawa serentak bila muka affan sudah kemerahan menahan malu . 

"hampa semua tak baik kacau affan , macam la tokwan tak tahu hampa pun sama macam affan . Haish kesian bini-bini hampa dikerja sampai lunyai , ni kalau tak dapat kembaq tokwan tak tahu nak habaq lagu mana , sampai nak roboh katil aku hampa kerjakan" sampuk hajah sofia dengan membawa teko teh panas . 

ketawa afzan , harriz dan izham mati serentak , mereka bertiga terus tayang senyuman ganjal . Alamak kantoi pula hehe..

affan pula menayang senyuman sinis pada adik dan sepupunya 

"tokwan ardel dengan yang lain pergi mana ?" tanya affan lembut 

"oh depa ikut tok pi bendang sat , kejap lagi balik la depa tu" kata hajah sofia , affan menganguk kepala perlahan . Dia terus masuk bilik air untuk bersihkan dirinya 

" lepas habis menyorok ni hampa pi la jalan-jalan sekeliling kampung ni" kata hajah sofia sebelum minum air teh panas buatannya sendiri . 

afzan yang nikmati air teh tersembur mendengar ayat hajah sofia , semua yang di meja terkejut dan memandang afzan serentak

"kau ni tak senonoh betul la muqris" marah izham , afzan laju mengelap bibirnya untuk menghilangkan sisa air teh . Dia mengabaikan izham , matanya tertumpu pada hajah sofia

"bila masa kami main menyorok-nyorok tokwan , elok je kami sarapan dekat sini" kata afzan dengan polos . harriz mengangguk kepala mengiyakan sepupunya .

"Allah , maksud tokwan lepas sarapan , menyorok oranq kedah panggil sarapan" jelas hajah sofia dengan menepuk dahi perlahan . Mulut afzan , harriz dan izham serentak membuat bentuk bulat kecil sambil mengangguk kepala 

"ingatkan tokwan nak ajak kami main nyorok-nyorok tadi" gurau harriz .Hajah sofia tergelak kecil dengan gurauan harriz .

affan yang sudah selesai mandi keluar dari bilik air sambil mengelap rambutnya yang masih basah .

"woi bang meh la sini kita menyorok" kata afzan yang mahu mengenakan abangnya , affan mengerut dahinya 

adik dia yang bebal ni nak ajak dia main nyorok-nyorok ke ?

harriz , izham dan afzan berusaha menahan diri dari melepaskan ketawa melihat wajah blur affan . Hajah sofia menggeleng kepala perlahan , ada je akal nak mengenakan orang

"duduk la affan , jangan layan peel adik dengan sepupu hang yang tak betui ni" kata hajah sofia selamba , affan mengikut cakap hajah sofia . Dia terus mengambil tempat di sebelah adiknya . 

"Assalamualaikum !!" laung satu suara yang sangat mereka kenal . Apa lagi terus lebar senyuman masing-masing bila buah hati mereka sudah balik 

"balik pun depa" kata hajah sofia 

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang