82 🦋

4.2K 368 32
                                    

Affan masuk ke dalam rumah dengan riak wajah gembira . Beg-beg shopping di angkat sehingga paras dada . Tak sabar nak timbang anaknya sendiri nanti .

Eh bukan anak tapi anak-anak .

"Muqrey daripada mana ? Muqris cakap dari pagi keluar . Ni dah nak malam baru balik" tegur puan malika . Affan terkejut melihat kehadiran puan malika . Dia terus memeluk badan puan malika untuk melepaskan rindu .

Habis 5 bulan puan malika pergi ke itali untuk menguruskan syarikat di sana . Puan malika membalas pelukan anak sulungnya

"Bila mama sampai ? Kenapa tak bagitahu rey kalau tak mesti rey ambil mama dekat airport" kata affan sambil melepaskan pelukan .

"Mama saja tak nak bagitahu . Nak buat surprise untuk anak menantu mama" kata puan malika lembut . Kepalanya mengintai-ngintai di belakang affan . Dia mencari kelibat menantu sulungnya .

"Deela mana affan ?" Tanya puan malika . Affan mengaru kepala yang tak rasa gatal . Dia tak tahu nak cakap macam mana dekat mamanya .

"Err"

"Deela dah 3 bulan duduk dekat luar mama" sampuk afzan dengan selamba . Dia keluar dari lif sambil memimpin tangan isterinya . Berkerut dahi puan malika . Dia memandang affan semula dan membuat isyarat muka untuk anak sulungnya menerangkan semuanya .

Mulut affan bagaikan terkunci . Tajam matanya memandang afzan yang selamba .

"Tuan Affan muqrey ! Jelaskan dekat mama kenapa deela tak duduk dekat rumah ni ?" Tegas suara puan malika bercakap . Affan menelan air liur yang terasa kesat di kerongkongnya .

"Cakap la apa lagi ? Hari tu berani sangat" gesa afzan dengan nada selamba . Dia menyilang kaki kirinya di atas kaki kanan . Terangkat-angkat kening afzan mencabar abangnya .

"Okay fine , i'm cheated on her but this part is my own planning . Rey sengaja buat-buat curang sebab rey tahu yang syezrin tu ada niat nak hancurkan perkahwinan rey dengan deela . Mama tahukan macam mana anak mama ni sayang and cintakan dekat deela . Rey cintakan dia separuh mati tau , tak kan la tetiba rey nak berubah pula hati rey dekat perempuan lain .

She my first love . Tak ada sesiapa yang boleh gantikan deela dalam hati rey" terang affan panjang lebar . Afzan yang mendengar penjelasan abangnya terbit rasa bersalah dalam hatinya . Sepatutnya dia tanya dulu , ni tak dengan membabi buta dia tuduh abangnya yang bukan-bukan .

"Muqrey tahu jantung mama hampir nak tercabut tengok gambar rey dengan perempuan tu atas katil , dengan tak pakai bajunya" kata puan malika . Dia memicit pelipis matanya .

"Dia sengaja nak buat macam tu mama . Tapi mama jangan risau , waktu tu rey tak betul-betul pun tidur . Masa dia bagi air dekat rey , rey dah keluarkan balik air tu and makan ubat untuk hilangkan pill mengantuk . Rey sengaja buat-buat pengsan" kata affan . Dia meletakkan beg-beg shopping di lantai dan menghampiri puan malika . Dia meraih tangan puan malika lalu mengusap dengan lembut untuk mengurangkan kerisauan dalam diri puan malika .

"Deela tahu semua ni ?" Tanya puan malika perlahan . Affan mengangguk kepala berkali-kali .

"Kami sama-sama yang buat plan ni . Deela kata dia tak kisah , asalkan hati rey tetap untuk dia" kata affan untuk menyakinkan puan malika .

Puan malika mengeluh kecil . Naik pening kepalanya memikirkan perangai anak menantunya .

"Mama harap benda ni tak akan terjadi lagi and mama nak rey settlekan semua ni secepat mungkin . Mama tak nak hati menantu mama sakit sebab kamu" kata puan malika sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka .

"Baik mama" kata affan lembut .

"Assalamualaikum" sahut ardeela di luar pintu .

Affan yang mendengar suara isterinya laju menapak ke arah pintu . Dia membuka pintu seluas-luasnya . Wajah gembira isterinya terpampang di depan pintu .

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang