88 🦋

4.4K 403 116
                                    

"aku terima nikahnya mardell catriona zander binti Abdullah dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai"

Dengan sekali lafaz akhirnya tuan dahlan dan puan catrine sah menjadi suami isteri .

Selepas 3 bulan mereka berdua mengenal antara satu sama lain , akhirnya di satukan juga walaupun di usia yang tua .

Tuan dahlan bergerak ke arah puan catrine yang tersimpul malu di atas pelamin dan di temani dengan satu-satunya anak perempuannya , ardeela .

"Assalamualaikum bidadari abang" bisik tuan dahlan perlahan sambil menyarungkan cincin di jari manis puan catrine . Habis merah pipi catrine mendengar suara suaminya . Tuan dahlan mencium dahi puan catrine dengan lembut .

Dia tak sangka di usia 45 tahun , dia menjadi isteri orang buat pertama kalinya . Selama ini dia hanya fokus menjaga arfiq sampaikan tak mahu berkahwin . Sekali sangkut dengan adik ipar sendiri .

Ardeela yang mendengar suara romantik daddynya terus mengemam bibir . Boleh tahan sweet daddynya eh .

"Waalaikumussalam , suami saya" balas puan catrine dengan lembut . Berdegup kencang jantung tuan dahlan mendengar suara lembut isteri barunya .

"Ehem , nak sweet sweet nanti ya , sila ke tepi saya pun nak sarung cincin dekat isteri saya . Apa ingat daddy je yang kahwin" sampuk arsyad dengan pakaian pengantin . Dia melangkah ke arah isterinya .

Ainul mardhiah . Wanita pilihannya . Dia bergerak ke arah ainul yang duduk di samping puan catrine .

"Ehem , assalamualaikum isteri arsyad yang tercinta" kata arsyad sebelum melabuhkan punggung di sebelah ainul . Tersimpul malu ainul bila dipanggil suaminya .

Tangan isterinya di raih lembut sebelum menyarungkan cincin .

"Arsyad cium dahi ainul ye ?" Pinta arsyad sebelum melabuhkan ciuman di dahi isterinya dengan lama .

"Waalaikumussalam suami ainul yang tercinta" kini giliran ainul mardhiah membalas dengan sama . Dia menyarung lembut cincin di jari arsyad .

Flashlight dari kamera tak berhenti terpancar mengambil gambar empat mempelai itu di atas pelamin . Ardeela awal-awal dah turun dari pelamin . Tak sanggup dia nak dengar ayat sweet daddy dan abang keduanya .

Takut kene potong kaki je sebab manis sangat . Dia pergi ke arah suaminya dan juga yang lain . Ariq pula sudah mengigit alas meja dengan kuat . Dia pun nak kahwin juga tapi tak jumpa jodoh je .

Ardeela cuma menggeleng kepala perlahan . Matanya beralih pula ke arah arfiq yang tak berhenti berborak dengan perempuan cantik di sebelah adiknya . Dia belum kenal lagi dengan perempuan itu .

"Tak nak kenalkan ke dekat kakak ke siapa gadis yang cantik dekat sebelah adik tu ?" Ardeela mula mengeluarkan suara sambil mengelus lembut perutnya . Percakapan arfiq dan gadis itu terhenti bila di tegur ardeela . Habis merona pipi gadis itu bila di puji ardeela

"Oh , lupa pula . Ni marsya delia , my beautiful wife to be" kata arfiq dengan mengangkat-angkat sebelah keningnya . Ardeela menayangkan senyuman lebar kepada marsya begitu juga dengan marsya .

"Cantik , pandai kau pilih bakal isteri kan"

"Mesti la , macam kau juga kak . Cantik , nama pun ada macam nama kau juga"

"Bagus , bagus . Ha abang riq bila nak cari bakal isteri ? Tak kan nak menangis gigit alas meja je"

Ardeela mengusik abang ketiganya . Terlepas gigitan di alas meja . Tajam ariq memandang adik perempuannya . Nasib la adik dia tengah mengandung kalau tak dah lama kene wrestling .

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang