06🦋

5.2K 459 19
                                    

"Are you kidding me ? Nina !"

"What ?"

Tetiba ardeela rasa menyesal mahu menolong nina , dia sangka nina serius rupanya , tak. Kalau la dia tak tengok nina dekat pantai tempoh hari tak ada la dia terjebak dekat sini

"Kau bawa aku kat kubur cina ni buat apa ? Kubur kau dekat sini ke ?"

"Eh , bukan kita nak mintak nombor ke kat sini ?"

"Yang nak nombor tu kau sengal ! Kau ingat aku ni miskin sangat ke sampai nak mintak nombor ?"

"Oh tak eh ? Hehehe"

Ardeela memejam matanya sebentar , geram dengan perangai nina yang tak pernah serius . Tolong sesiapa bawa nina ni pergi jauh

Elok- elok dia nak tolong terus rasa tak jadi nak tolong , biar je si nina berkeliaran macam ni.

"Jangan marah , deela yang comel lagi cantik. Aku gurau je"

"Gurau kepala hotak kau la ! Nasib sekarang siang lagi , kalau malam kau tanggung la bila jumpa hantu cina nanti"

Nina menggeleng kepala takut , walaupun dia dah jadi hantu , dia tetap penakut dengan hantu.

Kalau nina ni boleh di sentuh dah lama ardeela lempang lempang muka pucat nina , suka betul buat dia naik angin

"Kau terus je kereta tu , pastu belok kiri then belok kanan. Lepas tu belok lagi kanan and belok lagi kiri , dah masuk simpang kiri belok masuk kanan lepastu be-"

"Berapa banyak belok rumah kau ni ? Jangan main-main eh nina. Aku balik karang "

Ardeela terasa dirinya dipermainkan sekali lagi oleh nina , kejap belok kiri kejap belok kanan pening kepala dia nak faham

Nina pula tersengih busuk bila dia kenakan ardeela , dia dah biasa kenakan orang sampai ke mati perangai tu ada lagi . Sorry deela tak sengaja

"Hehehe , sorry just belok kanan terus . Nanti kau nampak rumah dekat depan pantai , rumah aku dekat hujung sikit"

Ardeela terus memandu keretanya mengikut arah yang di tunjuk oleh nina , lama-lama fade up dia nak layan perangai nina yang nakal ni

Tapi bila nina berjauhan dengan dia , ardeela terasa rindu . Mereka berdua sudah seperti adik-beradik , ardeela satu-satunya perempuan , jarang rapat dengan abang-abangnya . Manakala nina pula tiada adik beradik

Memang sesuai betul mereka berdua ni.

"Nina ?" Ardeela memecahkan kesunyian dalam kereta , tetiba kekok pula bila nina mendiamkan diri

"Hm?"

"Kau ada cerita yang kau ada kembarkan?" Ardeela cuba menanyakan tentang kembar nina , nina hanya mengangguk kepala. Dia tak sangka yang dia ada kakak kembar selama ni

Puan maya dan encik zamarul tak pernah cerita pasal kakak kembarnya kepada dia , nina dapat tahu pun masa dia dikebumikan

"Kau tak ada jumpa kakak kau ke ?"

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang