44 🦋

3.9K 344 65
                                    

Lestari menjatuhkan hujung kepalanya di katil izham , dia masih lagi menunggu suaminya sedar dari koma . Sudah sebulan lebih di berkampung di hospital namun izham masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk bangun dari komanya .

Tanpa dia sedar jari izham mula bergerak sikit demi sedikit , mata izham juga mula buka perlahan. Terkebil-kebil mata izham menerima cahaya lampu hospital , kepalanya di pusing perlahan ke arah isterinya yang meletakkan kepala di tepi katil . Tangan kanannya naik mengusap lembut kepala isterinya yang di sangkakan Tidur .

Lestari yang baru hendak memejam mata tersentak bila terasa kepalanya di elus lembut , dia terus mengangkat laju kepalanya . Matanya mula berkaca-kaca selepas melihat suaminya sudah sedarkan diri .

"A-awak" raungnya kuat sambil memeluk kuat badan suaminya , izham mengusap-usap belakang lestari . Sedar-sedar je dah kene pujuk bini menangis , koma balik la macam ni .

"N-nak a-air" tersekat-sekat izham mengeluarkan suaranya , tekaknya sekarang terasa sangat la haus . Izham membangunkan badannya perlahan-lahan , lestari menolong suaminya , dia terus mengambil air dan di berikan pada suaminya .

Izham dengan rakus minum air kosong yang diberikan isteri .

"Awak tunggu sini , saya pergi panggil doktor okay" izham mengangguk kepalanya sambil menikmati air kosong , fuh terasa lega bila air mengalir laju di kerongkongnya . Lestari terus keluar memanggil doktor untuk memeriksa suaminya .

"Doktor !!!!" Terangkat bahu doktor aiman bila mendengar suara lestari memanggil dirinya , nasib tak tumpah air kopi di tanganya . "Ye puan kenapa jerit-jerit ? Suami puan dah nazak nak mati ke ?" Soalnya bertalu-talu dengan cemas , kalau suami lestari dah mati tenang hidup dia . Boleh la dia ambil gadis di depannya menjadi isteri ehek .

Ampun bang .

"Choi mulut kau kata laki aku dah mati , aku panggil kau ni sebab laki dah sedar cepat ! Pergi check dia" ujar lestari kasar , tanpa basa-basi lestari menarik kolar doktor aiman dengan satu tangan mengheret ke bilik yang menempatkan suaminya .

Doktor aiman yang belum siap sedia hanya redha di seret seperti anak anjing , cancel la nak jadikan isteri . Mati la kalau macam ni , gangster nak mampus .

"Awak doktor dah datang !!" Jerit lestari dengan nyaring , izham yang masih menikmati air kosong tersedak teruk . Dia menepuk-nepuk dadanya menghilangkan rasa perit di tekak , lestari dan doktor aiman terkejut dan terus bergerak ke arah izham tak berhenti batuk .

"Tarik nafas dalam-dalam tuan" ujar doktor aiman sambil mengosok belakang badan izham , izham menarik nafas dalam-dalam dan dihembus perlahan . Lega .

Izham dan doktor aiman memandang lestari serentak , lestari mengkebilkan ke dua-dua matanya sebelum menayangkan gigi rapinya . 

"Sorry saya excited sangat" ujar lestari perlahan , dia menyatukan kedua jari telunjuk sambil membuat muka comel , doktor aiman hanya mampu memandang lestari kosong . Kalau nak comel-comel dengan suami jangan libatkan dia , dah la dia cepat cair lagi-lagi muka yang dibuat comel oleh lestari .

Mama , nak kahwin !

"Dah , yang kau pandang isteri aku tu lama-lama kenapa" doktor aiman tersentak bila di tegur izham , laju kepalanya di alihkan ke arah izham yang masih memandang tajam dirinya . Reaksi muka di kawal seperti tidak berlaku apa-apa , padahal dalam hati sudah berdetak laju takut dengan panahan tajam izham .

"Cepat check aku" doktor aiman mengangguk kepala laju , dia terus melakukan tugasnya sebagai doktor yang bertauliah .

"Alhamdulillah kondisi tuan semakin okay , saya harap lepas ni tuan izham berjaga-jaga dekat luas sana . Kesian saya tengok isteri tuan , sikit lagi nak jadi balu . Eh tapi tak apa kalau tuan pergi pun , saya ada boleh tolong jaga isteri tuan" ujar doktor aiman dengan nada bergurau , laju izham memandang muka selamba doktor aiman di sebelah .

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang