31 🦋

4.3K 342 128
                                    

Affan mengemaskan sampin putih keemasannya agar kelihatan kemas . Dia melihat dirinya di dalam cermin , dia kelihatan sangat hensem ketika memakai baju nikah berwarna putih . Serupa macam arwah papanya

Tok tok

Affan mengalih kepala ke arah pintu , dia melihat puan malika masuk ke dalam bilik dengan senyuman sayu .

Puan malika menghampiri anak sulungnya , dia melihat affan dari atas hingga ke bawah . Baju nikah yang dipakai affan di usap lembut , baju arwah suaminya waktu pernikahan mereka . Songkok yang terletak di atas meja di ambil lalu di letak lembut di atas kepala anaknya .

Matanya mula bertakung air mata , terbit rasa rindu pada arwah suaminya .

"Mama" panggil affan lembut . Dia menekup kedua pipi puan malika lembut , hatinya juga terpaut sayu melihat puan malika mula mengalirkan air mata . Dia tak sanggup melihat puan malika dalam kesedihan .

"Macam arwah papa" ujar puan malika perlahan . Dia tak dapat menahan kesedihan saat teringat arwah uwish 

"Mama nak pesan dekat kamu rey , dah kahwin nanti jaga isteri kamu baik-baik . Jangan sakitkan hati dia , kalau kamu sakitkan hati dia sama macam kamu sakitkan hati mama" ujar puan malika sayu , dia meraih tangan affan yang masih setia di wajahnya . Dia mengenggam tangan besar anak sulungnya itu .

"Janji dengan mama , lepas kahwin dengan deela tinggalkan dunia gelap rey . Mama tak nak rey dengan keluarga rey hidup di sekeliling musuh . Mama tak nak sesuatu yang buruk jadi dekat menantu and bakal cucu mama nanti" sambungnya lagi . Affan mengangguk kepalanya

Agak berat sebenarnya untuk dia tunaikan tapi dia akan usaha juga untuk keluar dari dunia gelapnya . Demi puan malika dan demi ardeela

"Mama pesan dekat abang je ke ? Dekat kami tak nak ?" Soal afzan di belakang puan malika bersama harriz dan izham . Muka masing-masing sudah masam seperti asam jawa

Puan malika menoleh kepala kebelakang , terletus ketawa puan malika melihat wajah masam afzan dan juga anak-anak buahnya . 

"Alolo , meh sini dekat mama" puan malika mendepakan tangannya untuk memeluk anak bongsunya . Afzan laju memeluk erat tubuh puan malika lama , tak lama lagi dia mahu jadi suami orang . Nanti dia tak dapat nak manja dengan puan malika lagi dah .

Ye la lepasni mesti nak bermanja dengan isteri je .

Puan malika melepaskan pelukan , pipi afzan diusap lembut .

"Kamu pun sama muqris , jaga diri , jaga isteri . Jangan nakal-nakal nak buli isteri kamu lepasni , kalau mama dengan kamu asyik buli citra siap kamu mama kerjakan . Kamu berdua pun sama , jaga baik-baik isteri-isteri kamu tu . Jangan biarkan diorang dalam bahaya , kalau apa-apa terjadi dekat menantu-menantu mama . Kamu berempat dulu mama cari faham" nasihat puan malika panjang lebar .

"Faham mama" ujar mereka berempat dengan senyuman manis .

"Mama tak nak cari papa baru untuk kitaorang ke" usik izham seronok . Mana tahu puan malika ada calon papa untuk mereka .

"Ish ada ada je la kamu ni , mama dah tua tak adanya papa baru untuk korang semua" balas puan malika geram . Dia tak ada niat mahu mencari penganti arwah suaminya , baginya biar la arwah uwish menjadi satu-satunya suaminya .

"Mama muda lagi la" sampuk harriz yang dari tadi mendiamkan diri . Kalau bab menyakat orang dia akan membuka mulut .

"Dah dah , kita dah lambat ni , kesian bakal isteri-isteri kamu tunggu dekat masjid tu" laju puan malika keluar dari bilik anak sulungnya , makin lama dalam tu takut tak berhenti dia di sakat nanti .

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang