Ardeela mengelip matanya berkali-kali , dia terbangun dari tidurnya kerana merasakan sesuatu bermain di hidungnya . Buka saja mata , wajah pucat nina memenuhi retina matanya .
Hampir saja dia terjerit kuat kerana terkejut , dia terus melihat jam di sebelah katilnya .
Jam menunjukkan baru pukul 4 pagi , dia menoleh sekejap ke arah suaminya yang masih terlena . Ardeela kembali memandang ke arah nina yang masih lagi menatapnya .
'Apa ?' Dia mengerakkan mulutnya tanpa mengeluarkan suara , nina membuat isyarat tangan untuk keluar sekejap ke balkoni .
Ardeela mengangguk kepala dan bangun dari baringnya perlahan . Dia mengambil bathrobe yang tergantung di hujung katil lalu menyarungkan di badannya .
Bajunya dan affan yang bersepah di lantai , di tolak sedikit ke tepi . Bila teringkatkan kejadian malam tadi , pipinya mula kemerahan .
'Woi !' Sekali lagi nina muncul di depan mukanya . Untung saja dia tak menampar pipi nina kalau tak naya je .
Ardeela turun dari katil perlahan , dia berjalan ke balkoni dengan langkah berhati-hati . Sakit woi nak jalan laju-laju
Sampai saja di balkoni , ardeela menutup sedikit pintu balkoni dan menghampiri ke arah nina .
"Kau ni memang tak boleh tengok aku hidup senang eh ? Pukul 4 pagi kacau aku tidur" hemburnya dengan geram , nina cuma tersengih busuk sambil mengosok belakang kepalanya .
"Sorry sister , tadi aku nak masuk jumpa kau tapi tersalah timing pula" ujar nina nakal
"Kau nampak semua ke ?" Soal ardeela dengan rasa janggal , nina cuma mengangguk kepala laju . Dia nampak segalanya , namun dia cepat-cepat keluar dari bilik tu . Tak mau la tengok sampai habis malu
"Haah kitaorang nampak semuanya" sampuk firdaus secara tiba-tiba di tepi ardeela . Hampir tercabut jantung ardeela bila disergah begitu saja
"Dasar setan tak guna !" Marah ardeela pada firdaus , dia mengurut dadanya berkali-kali .
"Sorry sorry" ujar firdaus sambil mengangkat kedua tangannya .
"Ni kenapa panggil aku pagi-pagi buta ni" soalnya perlahan , sekali sekala dia memandang ke arah suaminya yang lena di dalam bilik .
"Abang rey dah cerita semuanya kan pasal melissa ?" Ardeela cuma mengangguk kepalanya , dia masih lagi terasa mengantuk dan penat .
"Dia bagitahu yang melissa tu tunang abang kembar dia ?" Sekali lagi ardeela mengangguk kepala perlahan , nina dan firdaus serentak menghela nafas lega .
"Kenapa ?" Tanya ardeela malas
"Kitaorang ada bende nak cakap dekat kau ni" bisik nina perlahan , matanya meliar ke kiri dan ke kanan . Takut orang lain dengar pula apa yang dia mahu cakap kepada ardeela .
Firdaus mula membuat muka kesal , ni yang dia malas nak layan perangai seketul nina . Tangannya terus memukul perlahan belakang kepala nina .
"Sakit la setan , kenapa kau pukul kepala aku" marah nina sambil menggosok-gosok belakang kepalanya .
"Yang kau nak berbisik dengan deela tu dah kenapa ? Bukan ada orang dengar pun selain kita bertiga . Tolong sedar diri sikit yang kau tu hantu , hantu" ujar firdaus senada , dia menggeleng kepala . Tangannya di silang ke dada .
"Korang ni nak cakap ke atau nak bergaduh kat depan aku ?" Ujar ardeela malas , mulutnya mula menguap besar . Tandanya dia benar-benar mengantuk sekarang ni
"Okay okay , macam ni sebenarnya m-"
"Sayang , buat apa dekat balkoni tu" belum sempat nina menghabiskan ayatnya , suara affan terlebih dahulu memotong . Nina mengemam bibir menahan marah , dia pantang betul kalau dia tengah bercakap ada orang potong

KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Aksi[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...