66 🦋

3.5K 315 10
                                    

Ermina mengacau straw di gelas minumannya . Mata ermina tak lepas menatap wajah tunangnya yang dari tadi asyik melihat telefon bimbit .

Fariz adalah lelaki pilihan ermina . Mereka dah bertunang hampir setahun itu pun kerana mahu ermina habis belajar . Lepas saja ermina habis belajar mereka berdua akan terus kahwin .

Sekali sekala ermina melihat fariz tersenyum lebar seakan lupa yang tunangnya masih ada di depannya .

Ermina menghembus nafas kuat , dia menongkat dagu dengan sebelah tangannya . Perasaan bosan mula melanda dirinya .

"Fariz" panggil ermina lembut . Tapi fariz mengabaikan panggilan .

"Fariz" panggil ermina sekali lagi nada suaranya masih lagi lembut. Namun tunangnya masih sama . Ermina sudah geram dengan fariz .

"Fariz !"

Bum !

Kini suara ermina kuat memanggil nama fariz sekali dengan tangannya menghentak meja untuk menyedarkan tunangnya .

Hampir tercampak telefon fariz akibat terkejut , dia terus pandang wajah ermina yang sudah cemberut

"Awak pekak ke saya panggil banyak kali ? Kenapa ada tunang lain ke kat dalam telefon awak tu sampai tak bagi tumpuan dekat saya ?" Perli ermina kasar . Fariz mengosok perlahan belakang tengkuknya .

"Sorry , saya balas chat kawan saya tadi . Maaf la tak bagi tumpuan dekat awak" kata fariz .

"Balas chat kawan sampai senyum ke telinga ? Kawan ke atau perempuan lain ?" Kata ermina dengan sebelah keningnya naik ke atas . Fariz menelan liur kesat .

"M-mana ada" kata fariz dengan gagap .

Ermina mengangkat kedua bahunya . Bukan dia tak tahu yang tunangnya tengah curang di belakangnya . Dia nak tengok sampai mana fariz menipu dirinya .

"Dah tu letak la telefon kat tepi , tak lari pun telefon tu kalau awak simpan" kata ermina malas . Fariz terus menyimpan telefonnya di dalam poket seluar .

"So ? Kenapa awak ajak jumpa ni ?" Tanya ermina bosan . Dia tak ada mood mahu berjumpa dengan fariz . Bila tengok muka lelaki tu hatinya sakit .

"Salah ke saya nak jumpa tunang saya sendiri . Lagipun masing-masing sibuk kan . Awak dengan kelas awak saya pula dengan kerja saya , sekarang je masa kita nak luangkan sama-sama" kata fariz dengan nada lembut .

'kerja curang dengan perempuan lain' kata-kata itu hanya terungkap dalam hati ermina . Ermina menayang senyuman terpaksa .

"Saya tak sabar nak kahwin dengan awak" kata fariz . Tangannya perlahan bergerak untuk memegang tangan ermina tapi ermina cepat-cepat tarik tangan dari di sentuh fariz .

"Belum kahwin lagi , jangan nak pegang-pegang sangat" kata ermina selamba .

"Sayang ?" Kepala ermina dan fariz serentak berpusing ke arah satu suara perempuan di sisi meja mereka . Mata fariz membulat besar . Peluk mula menitik jatuh di dahinya .

"F-farah ? Buat apa dekat sini ?" Tanya fariz tergagap-gagap . Farah terus mengukir senyuman manis sebelum duduk di kerusi bersebelahan dengan fariz .

" I shopping tadi , tak sangka pula jumpa you dekat sini sayang" kata farah dengan nada gedik . Ermina pula sudah memeluk tubuh . Matanya melihat tubuh badan farah dari atas hingga ke bawah .

Jadi ni la perempuan yang tunangnya curang .

"Ni siapa sayang ? Adik you ke ?" Tanya farah sebaik saja matanya melekat di wajah dingin ermina .

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang