[BOOK 1]
[This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story]
Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...
sepasang kaki melangkah perlahan ke arah katil izham , tubuh izham yang masih terbaring kaku di pandang dengan pandangan kosong . Dia memandang sekeliling yang tak ada satu orang pun kecuali dia dan izham , mask hitam di mukanya di betulkan sedikit agar tidak kelihatan wajahnya .
"kau ni menyusahkan kerja aku je"ujar lelaki itu dengan nada geram . Satu tangan dimasukkan ke dalam poket baju doktor yang tersarung dibadannya , picagari yang terisi cecair jernih di keluarkan . "Harap kau cepat mampus la hahaha" ujarnya sambil ketawa kecil namun kedengaran sangat sinis , dia mencucuk jarum picagari ke tiub air yang bersambung dengan izham . Lelaki itu tersenyum sinis disebalik masknya sebaik saja badan izham mula mengelupur kuat di atas katil
lepasni tak ada lagi halangan untuk dia musnahkan keluarga besar Felix Dianxander . "woi !" lelaki itu tersentak bila mendengar suara lestari di belakangnya 'shit !' carutnya dalam hati .
Laju kakinya berlari meninggalkan ruangan bilik izham tapi lestari lebih tangkas menendang belakang lelaki itu sehingga lelaki itu jatuh ke lantai . "Sial kau buat apa dekat suami aku ha" soalnya kasar . Dia cuba untuk membuka mask di muka lelaki misteri itu namun lelaki itu cepat-cepat menendang kuat sisi kanan tangannya .
Lestari yang belum siap sedia terperlanting ke dinding hospital . Dia meringis sedikit sambil memegang tangan kirinya , lelaki misteri itu laju-laju berlari meninggalkannya . Dalam hati lestari dia sudah mencarut , memaki dan segala mem la .
Lestari bangun dengan cepat untuk menekan butang memanggil doktor . "Cepat la bodoh , mati laki aku nanti tak pasal-pasal jadi janda" bebelnya perlahan , tangannya tak berhenti menekan butang itu .
"Kenapa ni ?" Tanya seorang nurse kepada lestari , dia dan seorang lagi nurse cepat-cepat menahan tubuh izham yang mula kekejangan . "Mana la aku tahu , kau nampakkan dia macam mana" ujar lestari dengan kasar , dia tengah sakit hati boleh pula nurse tanya soalan mintak kaki .
"Puan sial tunggu kat luar" kepala lestari laju memandang doktor aiman dengan pandangan tajam . "Kau sialkan aku ?" Makin panas hatinya bila disialkan dengan doktor .
Doktor aiman laju menepuk dahinya "ya Allah maaf puan , maksud saya puan sila tunggu dekat luar" laju doktor aiman membetulkan ayatnya . Lestari mengangguk kepalanya dan terus melangkah keluar dari bilik izham .
Affan , afzan dan harriz datang menghampiri lestari yang kelihatan sangat cemas di luar bilik izham . "Asal ni ?" Soal afzan sebaik saja mereka sudah berada di hadapan lestari .
"Tadi ada seorang lelaki dia pakai baju macam doktor tapi lestari tak pernah nampak pun dia dekat sini" lestari meraup sebentar wajahnya , dia cuba menahan sebak yang mula muncul dalam dirinya .
"Lelaki tu cuba nak bunuh izham , lestari masuk badan izham dah mula kekejangan" sambungnya lagi , kini air matanya mula mengalir . Rasa takut semakin kuat mengalir dalam badannya
"Lestari ada nampak muka lelaki tu ?" Kini giliran affan menanya kepada lestari tapi lestari hanya menggeleng kepalanya .
"Lestari tak sempat nak tengok muka dia , masa lestari nak buka mask lelaki tu cepat-cepat lelaki tu sepak lestari" ujar lestari , tangan kanannya mengosok tangan kirinya yang terasa sengal .
Afzan mengengam kuat kedua tangannya . "Nanti apa-apa info pasal izham kau terus bagitahu aku" afzan menepuk bahu harriz sekejap sebelum meninggalkan mereka . "Kau nak pergi mana" jerit harriz perlahan , "nak jumpa babi" balas afzan dengan selamba . Semua pengunjung dihospital memandang mereka berdua yang seperti monyet menjerit-jerit di dalam hospital .
"Dia bela babi ke ?" Soal harriz pelik pada affan . Dia mengaru kepalanya yang tak rasa gatal , affan hanya mengangkat kedua bahunya .
"Ye la kot tapi asal la dia tak bawak kau"
"Kenapa nak bawak aku ?" Makin pelik harriz memandang affan yang selamba di sebelahnya , wajah lestari di pandang dengan muka blur . Lestari hanya membuat tak tahu , malas dia nak layan perangai blur harriz . Baik dia tunggu suaminya yang sedang di rawatan di dalam .
"Kau kan babi belaan dia" balas affan tanpa nada .
"Lah , insaf dah ke ? Setan dalam badan kau dah lari ?" Harriz mengentap bibirnya menahan geram apabila disindir affan . Sabar is sabar , nasib abang kalau bukan abang dah lama masuk hospital . Duduk sebelah katil dengan izham baru tahu .
Doktor aiman melangkah keluar dari bilik izham , raut mukanya kelihatan murung . Lestari laju menerpa ke arah doktor aiman "doktor macam mana dengan suami saya ?dia hidup lagi kan ? Belum mati lagi kan ?" Bertubi-tubi dia menanya soalan kepada doktor aiman .
Doktor itu hanya mengeluh sedikit , dia hanya menggeleng kepalanya dengan raut wajah sedih . Lestari terus mengengam kuat kolar baju doktor aiman , lagi sekali doktor aiman terkejut beruk . Haritu mak sekarang bini lepas ni siapa pula tarik kolar ni .
"Kau cakap betul-betul sebelum penumbuk aku ni melekat kat muka kau" lestari menunjuk sebuku penumbuk dihadapan muka doktor aiman , laju doktor aiman menaikkan kedua tapak tangannya . Ya Allah isteri siapa gangster sangat ni
"Ke..keadaan tuan izham se....semakin teruk ce... cecair yang masuk dalam badan tu..tuan izham lagi melambatkan degupan ja...jantung tuan izham" tergagap-gagap dia menerangkan keadaan izham kepada lestari dan yang lain .
Lestari melepaskan gengaman di kolar doktor aiman , dia terduduk mendengar keadaan suaminya yang semakin buruk . Air matanya semakin lebat mengalir , ardeela , citra dan may yang baru saja sampai tergamam sebentar . Mereka bertiga laju menerpa ke arah lestari yang sudah menangis teruk .
Tubuh lemah lestari di tarik masuk dalam pelukan mereka . Mereka bertiga cuma menenangkan sahabat mereka , hati mereka bertiga juga sedih mendengar khabar berita tentang izham . Affan dan harriz pula sudah terduduk termenung di kerusi berhampiran bilik izham .
"Kenapa , kenapa dia nak bunuh suami aku" ujar lestari lemah , dia tak kuat . Dia takut kehilangan suaminya , dia baru saja kahwin dengan izham terus dapat dugaan yang sangat sukar dia terima .
"Shhh , kitaorang ada zahsy" pujuk ardeela sambil memeluk kuat tubuh sahabatnya .
"Awakkk" raungnya sambil mengengam kuat lengan ardeela .
Di hujung dinding hospital lelaki tadi sentiasa berada disitu cuma dia menukar bajunya supaya tak dikenali lestari , dia mengengam tangan dan menumbuk dinding hospital perlahan "Sial tak mati lagi lelaki tu" ujarnya kesal , lelaki itu terus meninggalkan hospital dengan perasaan marah .
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.